Tuesday, 25 October 2016

Birthday girl ke 11 tahun

assalamualaikum semua


23 Oktober merupakan ulang tahun kelahiran anak ke 2 saya.  sehari sebelum tu kami ada sambutan Hari Alam Sekitar dan mereka terlibat dengan pameran produk inovasi berdasarkan barang terpakai.
dalam perjalanan balik, saya singgah ke kedai kek untuk beli kek.  konon2 nak buat supries utk dia. tapi dia ikut saya masuk kedai tu dan pilih sendiri kek birthday.  dia cakap esok hari jadi Wani. Wani nak kek ini.  Gulp...

  inilah rupa kek yang dipilih oleh Wani.  kek aiskrim pelangi.  sebenarnya saya nak beli cheese cake tp sebab dia dah request, layan aje lah..



disebabkan Wani dah tahu saya beli kek, terpaksalah buat suprise cara lain.  


video

pagi2 lagi saya kejutkan Izah dan Azim utk nyanyikan lagu selamat hari jadi kepadanya ketika dia masih tidur..

terus bagi hadiah kepada dia masa itu.  sebabnya ada perancagan aktiviti pada hari itu.. so kenalah bagi awal2...

lepas wani tiup lilin, kami terus bangun dan bersiap.  saya kerah semua sekali untuk bantu saya mengemas rumah sementara saya menyediakan sarapan dan menyiapkan kerja2 laundry dan mengemas dapur. Izah saya suruh sapu dan mop lantai di ruang tamu. manakala Wani saya minta dia vacum semua karpet yang ada.  azim saya suruh dia kosongkan semua tong sampah yang ada dalam rumah. 

perancangan asal nak gerak jam 10 pagi. tapi disebabkan saya keletihan, saya berehat sekejap.  anak2 merungut jugak sebab lewat, tapi bila saya kata saya penat dan nak rehat sekejap sebab perlu drive diorang terpaksalah akur. hihihi.  jam 11 pagi baru kami gerak.  sebelum tu saya kena ambil 2 orang kawan Izah yang nak ikut serta.







 
sampai ke destinasi, acara memotong kek pun dijalankan.  lepas tu suruh budak2 ni habiskan dulu kek sebab bimbang kek jadi cair akibat cuaca panas. 

lepas makan kek diorang terus terjun ke dalam kolam ini. 


 

 

 



 

sekian, wassalam

like