Thursday, 27 October 2016

Pertandingan mencipta bahan baru daripada bahan terbuang

assalamualaikum semua

baru2 ini saya telah memberi ruang kepada anak2 sy untuk menyertai pertandingan menghasilkan bahan baru daripada bahan buangan peringkat kebangsaan yang bertempat di IPG Batu Lintang, Sarawak.  Wani dan Azim masuk untuk kategori sekolah rendah manakala Izah untuk kategori sekolah menengah. masing2 diiringi oleh seorang guru pengiring mewakili sekolah masing2.

disebabkan saya yang cadangkan anak2 ni masuk dan budak2 ni pun eksited, so projek menyiapkan produk pun dilaksanakan pada hujung minggu di rumah.


 



 







 


inilah hasilnya.  eco softboard dengan menggunakan kotak telur terpakai.  ini gambar setelah dibalut dengan kertas putih dan dihias sikit.



Ini pulak hasil kumpulan Izah. Untuk produk kumpulan Izah bagi kategori sekolah menengah pula, sy x dapat nak tengok proses membuatnya sebab Izah buat kat sekolah bersama ahli kumpulannya. 

sebelum hari pertandingan, saya ajar mereka macam mana nak present depan panel penilai dan macam mana nak jawab soalan sekiranya ditanya.  saya suruh diorang praktis depan saya.

sebenarnya tujuan saya adalah untuk melatih softskill anak2 dan memberikan pendedahan kepada mereka.  iyalah kalau di sekolah mereka lebih tertumpu kepada akdemik sahaja.  sesekali kita lepaskan pula mereka keluar dan kita tengok kemampuan mereka pula.  Saya tengok Izah dan Wani mempunyai tahap confident level yang tinggi untuk skill komunikasi.  Tapi Azim masih takut2 lagi.  kalau orang tanya dia akan menyorok belakang kakaknya.  Tapi tak apa, mungkin dia masih belum bersedia lagi.

masa hari pertandingan anak2 saya pergi dengan cikgu masing2.  saya sengaja datang lewat sebab tak mahu anak2 jadi nevous bila tengok mamanya ada kat situ.  Saya tengok dari jauh aje mereka menjawab pertanyaan pengunjung yang hadir.  masa panel penilai datang saya masih belum sampai lagi.


ini group Izah bersama cikgunya.  memang betul2 konsep remaja idea mereka.  saya pun suka..

 

saya curi2 snap gambar Wani dan Azim dari jauh aje. nampak Wani menjawab dengan yakin.

ini gambar yang kawan saya snap ketika dia sedang membentangkan hasil inovasinya.  Azim tukang pegang aje.  Yang baru biru tu lah panelnya.

yang ini pula group Izah yang disnap oleh kawan saya juga..



Gambar di bawah ni adalah antara produk inovasi group lain yang sempat saya snap gambarnya. tak banyak pun..


 



bila keputusan diumumkan, nama sekolah Wani dan Azim mendapat naib johan bagi kategori sekolah rendah.. hihihi. Satu anugerah yang tidak dapat dinilai. 






walaupun group Izah tak berjaya tapi saya berbangga sebab mereka berani mempersembahkan dan berkomunikasi dengan baik.  persaingan memang tinggi. walaupun Sempat juga merakamkan kemenangan bersama pemenang yang lain.  saya pun menyelit juga.. hahaha.


rentetan kemenangan ini ada lagi program yang perlu mereka ikuti selepas ini.  nanti saya sambung ye...

sekian, wassalam.

like