Thursday 10 November 2016

Menawan puncak Gunung Penrisssen

assalamualaikum semua

aktiviti hiking diteruskan lagi.  kali ini kami berjaya menawan puncak Penrissen yang terletak di Borneo height.  Gunung ini terletak di sempadan Sarawak dan Kalimantan.  Gunung ini mempunyai ketinggian 1260m dari atas laut dikatakan gunung yang tertinggi di Kuching.

Aktiviti ini disertai seramai 30 orang.  Ianya dianjurkan oleh Kelab Kembara Anak Sarawak.  saya menyelit aje..

perjalanan mendaki ke puncak mengambil masa 1 1/2 jam dan mendaki turun juga 1 1/2 jam juga. antara cabaran gunung ini adalah kehadiran pacat yang banyak.  Jadi pastikan anda bersedia dengan air tembakau sebelum mendaki gunung ini.  selain itu laluan yang licin terutama sekali semasa menuruni gunung ini.  untuk makluman laluan mendaki dan menurun menggunakan trek yang berbeza.

berikut merupakan butiran yang berkaitan untuk sesiapa yang berminat mendaki gunung ini

Yuran masuk: RM10 seorg (2016)
bayar di pondok pengawal
tak perlu guide sebab laluan ditanda

jenis trail
1. Tangga
2. Trail hutan (berlumut dan licin)
3. banyak pacat
4. trail jenis loop (bulat) naik dan turun menggunakan trail yang berbeza.
5. masa mendaki 2-3 jam ke puncak (tapi bergantung kepada kelajuan, cuaca dan stamina individu)
6. guide: tak perlu sebab ada kod warna pada pokok.
7. Tempat letak kereta: tiada bayaran
8. pengangkutan ke check point : RM5 seorang (2016)

keperluan penting
1. bawa air dan makanan secukupnya.
saya bawa air mineral 500 ml 2 botol dan 100 plus 500 ml sebotol.  untuk makanan sandwich, coklat dan biskut.
2. Ubatan yang berkaitan
3. baju hujan
4. memakai kasut hiking yang sempurna (tapak masih bagus)
5. air rebusan tembakau/ garam (untuk cegah pacat)



sebaik sahaja kami parking kereta, kami akan menaiki kenderaan ini untuk ke check point yang terletak di Kalimantan view point.



 pendakian pun bermula sebaik sahaja saya melintasi papan tanda ini.

 

 
 trek ini mempunyai banyak tangga.  pendaki perlu berhati-hati kerana sekiranya berlaku kesilapan boleh membahayakan diri.  Kami dinasihatkan untuk menaiki tangga tidak lebih 2 orang dalam satu masa..



salah satu pemandangan yang sempat saya rakam sebelum menuju ke puncak.  semakin hampir ke puncak, udara semakin nyaman dan tiupan angin amat menyegarkan..

 

tergambar kepuasan sebaik sahaja berjaya menawan puncak gunung ini...  


 kami berehat selama 1/2 jam sebelum menuruni gunung ini.  Cabaran semasa menuruni gunung ini adalah keadaan trek yang licin.  trek dipenuhi oleh mata air yang mengalir dari gunung.  memang kena berhati-hati.

 

 
 muka2 ceria sebaik sahaja menamatkan pendakian ini.

 berehat sebentar sebelum menuju ke kereta untuk berjalan pulang...




inilah peta laluan yang kami lalui untuk ekpedisi ini.

sekian, wassalam...

No comments: