Friday, 29 January 2016

buku RAM ke 28 yang dimiliki

assalamualaikum semua

misi mendapatkan buku karya RAM diteruskan.
kali ini berjaya dapat yang ke 28 pulak...
tengah bersiap2 mengemas nak balik parcel pun sampai..
melompat hati saya..


ini lah yang dicari2...
seronoknya...

sekian.
wassalam..

Thursday, 28 January 2016

Misi mencari buku karya RAM. beli online pula..

assalamualaikum semua..

dah namanya hobi saya membaca kan..
selagi tak dapat apa yang dicari memang akan berusaha lah sampai jumpa.
saya pernah cerita dalam entry di sini pasal misi mencari buku RAM kan...
cari di kedai tak jumpa. saya cuba pulak cari online..
dah namanya rezeki, jumpa jugak dalam DBP punya online.
sesiapa yang berhajat nak beli buku2 keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka boleh lah klik di sini.

hari ini buku yang saya beli tu pun sampai... guna pos laju aje

 


ini lah buku yang dicari2 karya pertama RAM yang diterbitkan kali pertama pada tahun 1995. semasa shopping tu saya sempat juga menyambar 2 buah buku karya Fatimah Saidin iaitu Korban kasih dan Korban kasih 2..


sekian untuk entry ringkas saya

wassalam....

Wednesday, 27 January 2016

info pasal pc dan laptop yang ramai tak tahu

assalamualaikum semua

saya nak kongsikan sedikit info yang saya perolehi melalui FB yang saya rasa sangat berguna.
Kalau kat pc atau laptop ada stiker window dah ada detail window tu (biasanya untuk pc dan laptop yang terkini ye) maknanya pc yang dibeli itu dah ada window built in dalam hardisk.
kalau dulu bila kita beli pc dapat CD tapi sekarang diletak dalam pc tu.

sekiranya nak format pc tu, periksa dulu ada tak stiker ni.
kalau ada jangan hantar kedai untuk format.
nanti dia masukkan yang pirate dan akan overide window ori tu atau dia format guna window yang sedia ada dan charge macam dia install guna installer dia.

caranya adalah transfer data yang penting ke dalam external hardisk.  kemudian buat restore factory setting.  dalam 2 minit dah boleh format pc sendiri.  siap install semua software macam masa kita beli dulu sebab semua tu sebenarnya kita dah beli dan ada dalam pc.

so tak perlulah nak bazirkan duit ye..



terima kasih kepada tuan punya FB yang berkongsi info yang berguna ini.  buat masa sekarang pc sy masih baru lagi. nanti kalau dah tiba masanya saya akan cuba buat.  sementara ni parking dulu kat sini untuk rujukan akan datang.

sekian, wassalam

Tuesday, 26 January 2016

edible garden di tepi rumah terkini

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

sebelum ini pernah ada beberapa entry pasal edible garden kat halaman kecil sebelah tepi rumah saya. buat masa sekarang, inilah pokok2 yang tinggal kat halaman tepi rumah saya.

tak banyak dah. ada yang dah mati sebab dah sampai masanya dan ada pula yang baru nak hidup.  pokok-pokok yang saya semai sebelum ini pun tak menjadi. ini gara2 dikacau ganggu oleh si papas dengan si telu lah.  suka betul kucing 2 ekor tu melepaskan 'hajat' kat  tapak semaian saya.

Inilah pokok betik sekaki saya.  inilah satu2nya benih yang selamat daripada kacau ganggu 2 ekor kucing saya.  hasil daripada pembacaan saya, betik ini akan mengeluarkan  buah setelah 3 bulan ditanam dan boleh dituai setelah 6 bulan. saya beli benih ni secara online daripada tanamsendiri.com.  betik ini adalah jenis baka renik dan berbuah besar.  nanti kalau dah bebuah saya up date lagi ye..

 pokok cili ni saya beli yang dah siap2 berbuah kat pasar.  benih cili yang saya tanam sebelum ini tak menjadi..  dulu saya pernah tanam pokok cili hidup kat laman tepi ini jugak tapi terlindung daripada matahari. akibatnya pokok cili tu tak mahu berbuah... kali ini saya tanam kat kawasan lama yang kena matahari.  setakat ini pokok cili ini memang berbuah tidak berhenti...

 ini pokok daun kari saya.  nampak togel aje sebab saya baru aje cantas batang nya sebab nak kasi keluar tunas yang baru..
 pokok daun kesum saya ni dah mula subur balik.  masa musim panas hari tu nampak kering aje macam nak mati.  bila saya buang pokok2 yang tua dan kering nampak dia subur balik..

 poko daun limau purut ni pun masih hidup lagi. tapi daunnya nampak macam tak sihat.  mungkin saya kena letak baja biar subur.. sila abaikan rumput yang banyak tu ye.. bila musim huja aje, rumput memang cepat tumbuh. tak menang tangan saya nak cabut...

 pokok kunyit ni pun nampak subur.  sepatutnya saya kena rajin sikit buang daun kuncit u baru lah pokok kunyit ni sihat..

ini lah pokok pandan yang berjaya saya tanam.  sebenarnya dah banyak kali saya tanam poko pandan ni tapi nasib tak menyebelahi saya. yang kali ini baru nampak hidup segar pokok ni.. harap2 dapatlah pokok ni bertahan ye...

hobi santaiku lagi..

assalamualaikum semua

entry kali ini nak tunjuk hasil tangkapan semasa saya pergi kedai buku popular.



ini buku untuk 3 bulan punya bacaan..  hihi. yang dua kat atas dan buku lawak kampus tu anak2 punya. buat masa sekarang saya sedang habiskan membaca buku RAM yang bertajuk Sunan Cinta Nan Sakti...  tinggal sikit aje lagi.  lepas ni bolehlah sambung baca yang baru dibeli ini...

sekian, wassalam

Monday, 25 January 2016

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

assalamualaikum semua.

jom sertai

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH




boleh klik kat link di sini untuk join


tempoh : 22 Januari 2016 hingga 12 Februari 2015 (jam 10 malam)




Thursday, 21 January 2016

kisah hobi ku

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

salah satu hobi saya yang masih kekal sampai hari ini adalah membaca novel.  kalau zaman remaja dulu saya suka baca novel penyiasatan.  masa ni siri nancy drew, harry boy, 7 penyiasat dll memang sangat popular lah.  tapi masa ni saya masih bersekolah menengah. nak beli memang tak mampulah.  jadinya saya jadi pengunjung tetap perpustakaan sekolah tiap2 hari...  maknanya tiap2 hari saya akan habis sebuah buku.  masa membacanya adalah waktu tunggu bas selepas balik sekolah.  kalau tak sempat habis, saya sambung baca sebelah malam pulak sebaik sahaja kerja2 sekolah selesai.  selagi tak habis baca buku tu saya tak akan tidur sebab keesokkan harinya saya mesti pulangkan semula buku itu untuk pinjam yang baru pulak... dah macam satu ketagihan pulak....

minat membaca saya memang tak pernah hilang.  bila saya dah mula bekerja, saya mula membeli novel2 pula.  masa ini saya selalu beli novel2 kisah percintaan.  Minat saya kepada penulis  novel triller Ramlee Awang Murshid ini bermula bila saya meminjam buku kawan. kebetulan kawan saya terletak buku bertajuk ADAM atas meja saya.  saya biasanya tak suka beli novel yang penulisnya lelaki. rasa macam tak masuk dengan jiwa bila membacanya.  Entah macam mana saya boleh terminat nak meminjam drpd dia.  kawan saya kata RAM ini banyak novel dan semuanya triller. selepas habis baca novel ADAM tu saya terus pergi kedai buku dan borong semua buku RAM... masa tu siri Sunan belum ada lagi.. yang saya ingat siri Tombiruo yang popular...  bermula daripada waktu itulah saya mengikuti perkembangan novelis RAM ni... asalkan keluar aje novel baru dia, saya akan terus cari di kedai2 buku..

sampai sekarang saya memiliki 25 buah novel drpd novelis RAM ini.  hasil carian saya (ala google aje), RAM telah menghasilkan 33 buah novel. saya tak ada 8... mana nak cari???  yang no 8 dan no 17 tu adalah jalan cerita yang sama. cuma bahasa aje yang berbeza.  saya dah ada yang 17. so tak perlulah nak beli yang no 8.  dan yang terkini adalah  ini..



inilah senarai buku yang saya perolehi. yang warna biru tu tidak ada dalam koleksi saya..


1. Igauan Maut - 1995 - DBP
2. Tombiruo - 1998 - Alaf21
3. Ranggau - 1999 - Alaf21
4. Anugerah Pertama - 2000 - CESB 
5. Mandatori - 2000 - Alaf21
6. Semangat Hutan - 2001 - Alaf21
7. Pei Pan - 2002 - UPDSB 
8. ADAM - 2002 - Alaf21
9. Satu Janji - 2003 - Alaf21
10. Tombiruo Terakhir - 2004 - Alaf21
11. Rahsia Perindu - 2005 - Alaf21
12. Bagaikan Puteri - 2005 - Alaf21
13. Hatiku Diharajuku - 2006 - Alaf21
14. Cinta Sang Ratu - 2007 - Alaf21
15. Ungu Karmila - 2008 - Alaf21 (dipasaran Dis 07)
16. Hijab Sang Pencinta - 2008 - Alaf21 (dipasaran Okt 08)
17. Personal Justice - 2008 - Alaf21
18. Mikhail - 2009- Alaf21
19. 9 Nyawa - 2010 - Alaf21 (dipasaran Nov 09)
20. Cinta Sufi - 2010 - Alaf21 (dipasaran Mac 10)
21. Rayyan Fantasi - 2011 - Alaf21 (dipasaran Dis 10)
22. Sutera Bidadari - 2011 - Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 11)
23. Fiksyen 302 - 2011 - Grup Buku Karangkraf (dipasaran Dis 11)
24. Sunan Musafir - 2012 - Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 12)
25. Aku Bercerita - 2013 - Grup Buku Karangkraf (dipasaran Jan 13)
26. Mitos - 2013 (Novel bersiri di ruangan Inspirasi Novel - Berita Harian. Terbit setiap sabtu bermula 7 September 2013)
27. Magis - 2013, Grup Buku Karangkraf ( dipasaran Okt 13)
28. Sunan Nanggroe - Mei 2014,Grup Buku Karangkraf.
29. Antologi Jiwa Kacau 2 : Gaun Berdarah ( Raudhah ) - Mei 2014, Grup Buku Karangkraf.
30. Mitos - Julai 2014, RAMFC ( Telah kehabisan stok)
31. Raudhah - 2015 - Grup Buku Karangkraf ( dipasaran Nov 14)
32. Antologi Jembalang : (Tetamu Siang) - Jan 2015 ( dipasaran Dis 14)
33. Sunan Cinta Nan Sakti-2015

sekian, wasalam

Tuesday, 12 January 2016

dekorasi dalam bilik air

assalamualaikum semua

Entry kali ini saya nak cerita pasal dekorasi terkini bilik air pulak ye..
ini tempat paling penting tau.
ini merupakan ruang rasmi kita tiap2 pagi dan petang.
oleh itu kita kenalah pastikan tandas kita berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk digunakan.

lagi satu kalau tetamu datang dan nak tumpang tandas, tak adalah kita terpaksa menebalkan muka kalau terlampau kotor sangat.
nampak sangat pengotornya...

okey lah.. jom skodeng gambar2 yang sempat disnap selepas selesai membersihkan rumah hujung minggu lepas...



 

dua gambar kat atas ni adalah bilik air yang terletak di dalam bilik tidur utama. tak ada byk deco2. saya cuma tampal stiker kat atas flush cistern tu dan letak curtain sebagai pembahagi antara ruang bath tab dengan toilet. Konon2 tak mahu kawasan toilet basah, tapi bila anak2 mandi dalam tu basah jugak sebabnya masing2 tak mahu lap badan dulu sebelum keluar dr bath tab tu.  kadang2 sampai kat depan pintu toilet basahnya.. masa ni mulalah mama diorg jadi singa...

 
yang ini pulak bilik air ke dua yang ada sebelah belakang. Bilik air ini kami jarang guna sebab pemanas airnya rosak.  tapi still kena maintain jugak sebab ini lah yang akan digunakan oleh tetamu kalau diorg dtg rumah.  oleh itu deco2 perlu jugak.

saya tampal stiker aje kat pintu tu.  doa masuk tandas pun saya tampal.  konon2 nak mendidik anak2 lah.  ruang antara toilet dan mandian pun saya letak curtain.


Niat saya nak kasi ceria sikit kat ruang bilik air ni. so adalah saya tampal pelekat kat atas flush cistern tu dan sy tukar pelapik tandas. lantai tu saya belikan pelapik biru di ruang toilet aje. ayat 'remember to flush' saya tampal kat situ jugak.



 gambar yang last ini adalah ruang mencuci muka, cuci tangan sebelum makan dan sebagainya.  saya memang suruh anak2 berus gigi kat ruang ini tapi jarang pun diorg gunakan. diorg lebih suka memberus gigi di dalam bilik air.  cermin yang ada tu sebenarnya saya letak aje kat situ.  perancangannya saya nak gantung tapi disebabkan penyangkut pada cermin tu cuma disertakan untuk pemasangan memanjang, terpaksalah saya biarkan dulu.  entah bilalah saya nak beli penyangkut tu. asyik lupa aje.  kesudahannya masih berada macam tu jugak...

sekian, entry pasal bilik air saya untuk kali ini.

wassalam...

Monday, 11 January 2016

sekadar untuk renungan

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

diam tak diam dah sampai ke bulan Januari 2016.
rasa macam baru semalam aje kita masuk ke angka 2015.
terasa masa sangat pantas berlalu.
entah kenapa saya terasa mahu merenung kembali perkara-perkara yang saya lalui sepanjang tahun 2015 yang baru berlalu.

Tahun 2015

Sepanjang tahun ini Allah telah memberikan ujian yang amat berat sekali.
ujian yang saya tidak pernah sangka.
ujian yang saya tak pernah terfikir.
ujian yang saya tak pernah terlintas sedetik pun dalam hati saya.
ujian yang saya rasa tidak ada seorang insan pun mahu menerimanya.

Tapi...
Allah telah memilih saya untuk menempuhnya...
Allah telah memilih keluarga saya untuk merasai keperitannya.
rasa mahu rebah dan mengalah.
terasa mahu berputus asa..

Namun begitu,
syukur alhamdulillah, walaupun ujian dirasakan amat berat sekali, tetapi Allah sentiasa membantu.
DIA hadirkan insan2 yang berhati mulia kepada saya.
Sokongan dan doa daripada insan sekeliling saya adalah satu rahmat yang amat besar.
saya semakin menghargai erti persahabatan...
saya semakin menghargai insan2 penting dikeliling saya...
saya semakin menghargai rezeki dan nikmat yang saya miliki...

kadang2 bila saya keseorangan, saya cuba mengimbas kembali kehidupan sepanjang 38 tahun yang telah diberikan olehNya.
apa amalan saya,
apa sumbangan saya kepada agama, bangsa dan negara yang boleh dibanggakan.
apa kesilapan dan dosa2 saya dan..
sejauh mana saya berusaha untuk menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.
adakah saya berusaha menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

saya cuba mengingati kembali apakah kesilapan dan dosa2 sama ada dosa kecil atau dosa besar yang mungkin menjadikan Allah murka sehingga menurunkan musibah kepada saya.

atau mungkin Allah ingin menegur saya dengan cara yang amat halus supaya saya kembali kepadanya.

atau mungkin Allah rindukan saya kerana saya terlalu sibuk dengan urusan duniawi hingga menggurangkan amalan saya.

atau mungkin juga Allah mahu saya lebih redha dan sentiasa mengingatiNya disetiap hembusan nafas saya di muka bumi ini.

Allah.....
beratnya ujian ini.

sabar dan redha adalah kunci kehidupan ini.
setiap yang berlaku ada sebabnya.
setiasa bersangka baik denganNya.
Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

sujud dan bermohon kepadaNya
semoga doa saya dimakbulkan Allah.
semoga tahun 2016 akan ada sinar kebahagian buat saya sekeluarga.
semoga kehadiran tahun 2016 akan mengembalikan semula sinar yang telah hilang sepanjang tahun  2015 ini.

semoga saya lebih mendekatkan diri kepadaNya.
saya bertekad... nak jadi lebih baik dari semalam...
nak jadi baik, nak jadi baik, nak jadi baik.....

semoga saya terus istiqamah..


Aamiin....




Friday, 8 January 2016

perkara yang perlu dielakkan ketika menghias rumah

assalamualaikum semua..

hari ini saya nak kongsikan sedikit tip yang diperolehi hasil daripada pembacaan dan carian dalam google.





buat pilihan sendiri

idea dekorasi rumah anda seelok-eloknya adalah kehendak sendiri.  rumah kita adalah ruang peribadi kita.  kita boleh dapatkan pendapat orang lain tapi jangan sampai orang lain yang tentukan apa yang perlu dibuat dalam rumah kita.  dikuatiri idea yang diberikan itu tidak serasi dengan jiwa kita.

elakkan mengecat dahulu
ada sesetengah orang terutama yang baru dapat kunci begitu teruja untuk mengecat rumah terlebih dahulu.  konon2 senang sebab belum ada perabut lagi.  tapi masalah akan timbul bila perabut yang dibeli itu tidak sesuai dengan warna dinding.  akibatnya kita terpaksa menukar warna cat.  sebaik-baiknya pilih perabut, permaidani dan langsir terlebih dahulu baru tentukan warna dinding yang ingin dicat atau dipasang kertas dinding.

jangan abaikan psikologi warna
setiap orang ada warna yang sesuai dengan jiwa masing-masing.  elakkan terlalu mengikut trend semasa hingga mengabaikan kesesuaian warna tersebut dengan diri.  perlu diingatkan warna dinding akan mempengaruhi emosi kita.  kalau anda seorang yang  mudah marah elakkan warna2 yang panas yang memberi kesan kepada jiwa anda.  bagi yang sedang berdiet pula elakkan warna yang ceria yang boleh membangkitkan selera anda di ruang makan.  sebaik2 nya pilih warna-warna alam seperti coklat, hijau dan biru untuk ruang tamu dan bilik kerana ia akan memberikan aura nyaman dan selesa sebaik sahaja anda melangkah kaki masuk ke dalam rumah sesudah penat bekerja.  untuk ruang permainan atau ruang keluarga bolehlah memilih rona warna-warna terang kerana ia lebih serasi dipadankan dan menepati keperluan dan aktiviti di ruang tersebut.



elakkan memilih warna dalam kedai
sebaik-baiknya dapatkan contoh fabrik, kemasan dinding, atau cat untuk dibawa pulang.  dengan cara ini kita dapat lihat kesan perbezaan warnanya dalam cahaya semulajadi dan dibawah sinaran lampu di rumah anda.

elakkan memilih cat dari kertas contoh
cara yang sebaiknya adlah membeli setin kecil cat warna pilihan untuk dicuba di rumah.  cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu pada persekitaran semulajadi.  boleh juga sapukan pada kadboard dan acukan pada dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

elakkan dekorasi paksa
elakkan memaksa menyatukan perhiasan yang ada di rumah anda.  jangan kerana anda telah tersalah membeli perabut menjadikan anda memaksa untuk memilih langsir yang sama warna dengan perabut tersebut.  anda boleh buat pilihan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama yang ada dalam ruang tersebut.



jangan abaikan titik fokal ruang (feature wall)
perlu diingatkan bukan semua ruang perlu mempunyai titik fokal. tapi sekiranya ada ia perlulah menyerlah.  susun perabut dan perhiasan yang ada dengan memberikan tumpuan kepada unsur utama ini.



elakkan perabut disusun rapat ke dinding
selain daripada memudahkan aktiviti mengemas rumah, ia juga dapat memberikan keselesaan kepada tetamu yang berkunjung untuk berbual dengan anda.  



elakkan membina sekatan
sebaiknya elakkan meletakkan kerusi atau meja dilaluan utama kerana ia akan mengganggu kelancaran laluan.  dekorasi yang dibuat perlulah mengambilkira aspek keselamatan penghuni.

jangan beli kerana murah

ramai yang tersilap melalukan dekorasi akibat terpesona dengan tawaran  yang murah.  pastikan perhiasan yang dibeli itu bersesuaian dengan konsep kediaman anda.  teliti juga mutu pembuatan, rekaan dan sebagainya semasa memilih perhiasan.



Wednesday, 6 January 2016

roti jala bersama durian lempuk

assalamualaikum semua


kadang2 bila datang kerajinan memasak melampau2 pulak jadinya.  sebelum ni saya pernah syer entry resepi roti jala di sini.  untuk entry kali ini saya ubah suai sikit dengan menggunakan durian sebagai pelengkap  hidangan.

untuk membuat durian lempuk saya cuma masak isi durian yang telah dibuang biji bersama2 dengan gula.  kadar gula tu ikut taste sendiri. bila gula dah sebati dengan durian siaplah.


untuk versi kali ini roti jala saya berwarna hijau epal. (saja nak tukar angin. biasanya warna kuning).
guna sahaja non stick pan.  tak payah susah2 nak bubuh minyak dan lebih sihat..



 

Roti jala bersama sos durian dan air milo panas.  siaplah hidangan lengkap untuk sarapan pagi atau minum petang.  saya buat untuk sarapan pagi.



  selamat mencuba...

sekian, wassalam



Monday, 4 January 2016

roti inti kelapa

assalamualaikum semua

bila nak habis cuti sekolah mulalah kaum2 ibu memikirkan apakah makanan yang sesuai untuk bekalan anak sekolah.  entah kenapa hari sabtu dan semalam semangat nak meroti datang semula. ini mungkin sebab semangat dapat mixer baru.. hihihi.


inilah rupanya.
sumber : google

hari sabtu malam saya menyediakan inti kelapa.

nak sediakan inti kelapa ni senang aje.

bahan-bahan

3 cawan kelapa parut
1/3 cawan gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
sedikit tepung jagung

cara-caranya
1.  larutkan gula pasir, gula merah dan air dalam kuali. bila dah larut tapis untuk menghilangkan rasa seperti berpasir.




2.  kemudian masukkan kelapa parut ke dalam kuali yang ada air gula yang dah ditapis tadi.



3. kacau hingga sebati.  masukkan daun pandan yang disimpul.  untuk kes saya tak letak daun pandan sebab terlupa nak ambil ptg tadi.  waktu buat ni mlm jam 8.30 takkan nak keluar mlm semata2 nak ambil sehelai daun pandan.. hahaha.

4.  bila nampak dah sebati, masukkan tepung jagung untuk menjadikan inti itu berkilat.

 dah siap.

inti kelapa ini saya gunakan untuk inti roti


inilah hasil semalam punya meroti...

resepi roti ambil kat entry sebelum ini ye. di sini


sekian...

Langkawi 2015 (Part 4)

assalamualaikum semua

kita sambung lagi entry percutian ke Langkawi keluarga saya ye...

27 Disember 2015

ini merupakan hari terakhir kami berada di Pulau lagenda ini.  tak banyak sangat aktiviti yang dijalankan. Sebelah pagi tu kami hanya berehat2  aje sambil mengemas apa2 yang patut. kami check out jam 11 pagi dan terus menuju ke Dataran Helang untuk mengambil gambar kenang-kenangan (tempat wajib tu).  rupanya jalan menuju ke Jeti jem.  banyak betul kereta.













Lepas tu kami hanya menyambung shopping sementara nak menantikan waktu petang.    kami berjalan2  cuci mata ke Idaman Suri pula.  cadangan nak ke RAM juga. tapi tak sempat.  lepas tu singgah lagi sekali ke HIG sebab nak tambah coklat. ada pulak member yang kirim.

kami bernasib baik sebab kereta ke 2 yang kami sewa dapat digunakan sampai jam 5 petang. dapatlah kami gunakan.  dah peant kami duduk berehat kat wakaf yang disediakan kat area dataran helang ni.  Sambil2 tu makan tengahari dengan bekalan yang dimasak pagi tadi.


lebih kurang jam 5 ptg kami bergerak ke Jeti. 3 kali berangkut juga lah dengan barang2 yang telah meningkat 2 kali ganda banyaknya... yang paling banyak shopping saya lah... nasib baik ramai yang boleh tolong angkat..

feri kami jam 7 mlm.. sampai kat Jeti Kuala Perlis Jam 8.30 malam. agak terlewat juga lah..

 


muka2 keletihan. tapi sempat jugalah berposing dalam feri ini...
 




bas dari Kuala Perlis ke Klang jam 9.45 mlm. kami agak kalut juga lah sebab nak kena mendapatkan teksi untuk ke terminal bas.  cadangan asal nak jalan kaki aje tapi memandangkan masa dah suntuk dengan barang2 yang banyak lagi terpaksalah ambil teksi juga. 3 kali trip...

sampai kat terminal bas tu, masing2 carilah makanan ringan untuk alas perut.  iyalah nak makan berat dah lewat. takut tak sempat pulak.  cadangan nak makan kat hentian R&R tapi masing2 hanyut keletihan..   sudahnya kami sarapan pagi kat terminal Sani Ekspres di Klang Central. kami sampai di Terminal bas Klang Jam 6.30 pagi.

sekian kisah edisi cuti2 Malaysia sebagai penutup entry untuk tahun 2015.


saya selitkan video yang sempat saya buat khas untuk keluarga saya..

video

Sekian untuk entry yang panjang ni...
wassalam


related article
Langkawi part 3
Langkawi part 2
Langkawi part 1

like