Wednesday, 29 June 2016

biskut raya...

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semakin nak dekat nak raya, semakin bersemangat lah pulak anak2 nak buat biskut raya.
secara tak langsung mama diorang pun turut terjebak..
seperti tahun2 lepas saya buat biskut almond london dan semperit rangup. boleh rujuk resepi almond london  di sini dan semperit rangup di di sini..

inilah dua versi biskut semperit saya yang dibuat pada hari yang berbeza.  bezanya yang kaler hijau tu dah habis dimakan oleh anak2 manakala yang warna puple tu masih ada lagi. tak tahu dapat sampai raya atau tak...


manakala biskut almond london pula inilah rupanya.  saya minta bantuan Azim utk letak almond nibs nya... punya lah banyak dia letak...


untuk proses celup coklat kali ni sy gunakan penyepit besi aje...
lagi senang sebenarnya daripada sudu...
sblm ni sy celup coklat sambil bediri kat dapur dgn api terpasang menggunakan teknik double boiler, tp skrg sy gunakan teknik masukkan air panas dalam besen dan letakkan bekas coklat di atasnya. bila coklat dah cair, saya matikan api dan bawa kedua2 bekas tu letak atas lantai.
Bekas coklat mesti lebih besar drpd besen utk bertindak sebagai penutup.  ini untuk membolehkan air panas lebih tahan lama dan coklat akan mencair aje.
sambil duduk kat lantai saya dan Izah celup coklat tu.
cepat dan mudah rupanya.
selama ni sy berpeluh berdiri depan dapur semasa proses mencelup coklat ke dalam biskut...
rupanya selama ni saya salah teknik..
terima kasih kpd group wasap GC chocolatier's 71 atas perkongsian ilmu mencairkan coklat..




selepas selesai mencelup coklat pada biskut almond london tu sy mencipta resepi sendiri bertujuan untuk menghabiskan baki2 kacang almond dan coklat tu.  kalau tak habiskan memang akan terbiar aje lah sampai expired.  rasa rugi pulak sebab bahan2 tu skrg ni agak mahal harganya..

kpd sesiapa yang berminat nak buat ini resepinya... ini anggaran aje ye.. sebab saya habiskan semua bahan yang ada


bahan2
250 gm coklat bar
2 sudu besar cocoa butter
almond nibs (ikut suka)
almond sebagai hiasan.


caranya 
cairkan coklat dengan cocoa butter.  bila dah cair, masukkan almond nibs. kacau dan masukkan dalam paper cup. hiaskan dengan almond yang dibelah dua...  inilah hasilnya...




sekian, wassalam

kerosakan wiring pada kotak DB

assalamualaikum semua

sebenarnya perkara ni dah kerap terjadi. tapi saya yang tak ambil apa2 tindakan.
kadang2 masa tengah mandi menggunakan water heater pun terjadi black out.
sampailah terjadi insolator pada DB tak dapat berfungsi.
trip tu terjadi pada pagi hari semasa wani tengah mandi.
bila saya tengok pada kotak DB terasa panas.
overload kot dalam hati saya.
akibatnya pagi tu saya mandi dengan air sejuk aje.

pada sebelah petang nya saya cuba naikkan semula insolator pada kotak DB tu.
mungkin sebab dah sejuk, elektrik kembali berfungsi semula.

hujung minggu proses membuat biskut raya pun berjalan.
sepanjang menggunakan oven, beberapa kali berlaku trip.
mesti ada sesuatu yang tak kena.

saya minta tolong jiran belakang rumah untuk tengokkan apa yang berlaku pada kotak DB.
seperti mana yang diduga, insolator pada DB tu memang dah mula rosak.
wayar pun banyak dah haus.
dan ELCB (electrical circuit breakers)  pun nak rosak jugak.
menurut jiran saya ianya berpunca daripada penyambungan wayar yang tidak ketat.
bila wayar tak ketat menyebabkan berlakunya gegaran.
sebab tu mudah trip.



inilah rupa kotak DB yang telah ditanggalkan casingnya.
kepada yang tak tahu kotak DB tu ada lah singkatan daripada Distribution board.
merupakan alat yang penting sekali untuk mengawal aliran elektrik dalam rumah.
biasanya sekiranya berlaku overload atau kerosakan pada peralatan elektrik, suis pada kotak ini akan automatik ke arah off.


sempat saya ambil gambar jiran saya semasa dia sedang membaiki wayar pada kotak DB tu.
tapi dari jauh aje lah sebab tak mahu mengganggu dia...



inilah insolator yang dah rosak. nampak kesan terbakar tu.


ini pulak ELCB yang rosak juga.  patutlah asyik trip aje.  bahagian utamanya ada problem rupanya.

jiran saya ni jugak tolong tengokkan wiring oven saya.
oven saya tu dah berusia 11 tahun.  (banyak betul jasa oven saya tu.  sayang sungguh saya. kalau nak beli lagi bukan dapat dengan harga macam tu)
memang patut kena tengok juga.
tu pun dapat kesan ada beberapa wayar dah mula mereput.

harap2 lepas tukar kedua2 ni tak adalah masalah trip lagi..
saya risau keselamatan terutama sekali masa guna water heater untuk mandi.
harap2 keluarga saya dijauhkan lah daripada kejadian yang tak diingini.
sebab ada kes kematian pasal litar pintas semasa guna water heater.
takut saya.

kalau u'll ada masalah elektrikal, jangan biarkan ye.
cepat2 panggil orang yang mahir utk periksa wiring.
saya kebetulan jiran memang pakar elektrik.
dapatlah harga jiran2.
hihihi...
kalau panggil orang luar entah berapa lah saya kena.
alhamdulillah, berkat bulan ramadhan...

sekian, wassalam....

Monday, 27 June 2016

menukar soket

assalamualaikum semua

sebenarnya soket dah lama rosak.
soket baru pun dah lama beli.
tapi semangat nak tukar aje yang ke laut.
sedangkan menukarnya tak sampai 5 minit pun.
cuma kena berhati2.
pastikan suis utama dimatikan.
kalau tak, risiko kena renjatan elektrik boleh terjadi...

perlu diingatkan apa2 sahaja yang berkaitan dengan elektrik kena lebih berhati2.
pastikan keselamatan diutamakan walaupun anda ada sijil tauliah.
kalau dah terjadi, cakap pun tak guna.
okey lah... panjang pulak mukadimahnya.
padahal nak tunjuk cara tukar soket aje pun..
hihihi


inilah rupa soket yang dah kena bukak tu.  sila abaikan kekotoran yang ada dalam soket lama tu. maklumlah rumah dah berusia 10 tahun.  jangan terkejutlah tengok warna soket lama yang keruh tu.  

 

inilah soket baru.  pandangan belakang dan depan ye... pastikan ada label sirim baru beli bagi menjamin keselamatan barangan elektrik dan nyawa kita.  jangan main2 dengan elektrik ye... benda2 ni tak boleh ambil ringan...


pasangkan wayar ikut warna ye... kalau tak tahu meh saya ajar.
warna merah tu pasang huruf  L maknanya wayar hidup.  ini yang kena jaga2 sebab kalau suis utama tak dioffkan.  renjatan elektrik boleh berlaku.
wayar hijau tu sambung pada huruf E maknanya itu wayar bumi
wayar warna hitam tu pulak sambung pada N iaitu neutral.





sila abaikan soket yang bewarna coklat kat sebelah tu... selagi tak rosak, saya akan guna aje.. nanti nak cuba cari pencuci yang boleh terangkan warna soket tu pulak

Sekian, wassalam...



Monday, 20 June 2016

biskut semperit yang rangup

assalamualaikum semua

diam tak diam dah 14 hari umat islam berpuasa.
perasaan saya bercampur2.
kadang2 teruja, kadang2 sayu, kadang2 terkilan dan macam2 lagi.

lebih kurang 3 minggu lepas ujian hadir lagi. anak sy Azim kena penyakit kulit buta.  habis satu badan berkudis. menggaru2 dia sepanjang masa.  beli ubat di farmasi pun tak sembuh. bawa pergi klinik pun tak baik, akhirnya saya bawa dia berjumpa dengan doktor pakar.  lepas jumpa dengan doktor pakar barulah nampak perubahan pada badannya.  Azim diberi MC 2 hari.  Alhamdulillah Ahad lepas kudis pada badan dia mulai kering.  dan hari ini dia dapatlah ke sekolah semula.

disebabkan Azim kena kuarantin di rumah (doktor tak kasi dia keluar rumah), mama diorg jadi bosan.
sebelah pagi siaplah proses mengemas rumah.  bila petang dah tak tahu nak buat apa.
akhirnya saya buat keputusan untuk mencuba resepi baru yang saya perolehi drpd perkongsian rakan2 FB.

keistimewaan resepi biskut semperit ini adalah kerana tidak menggunakan telur.  maknanya Azim boleh makan (saya memang sengaja x bagi Azim makan telur dan ayam selagi belum sembuh sepenuhnya).  jom tengok bahan2 dan cara membuat biskut semperit ini.


bahan2
250 gm butter
1/2 tin susu pekat manis
75 gm tepung ubi
400 gm tepung jagung
75 gm tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna pilihan sendiri.
ceri merah untuk hiasan

cara2.

  • masukkan butter dan susu pekat ke dalam mangkuk dan mix sebati aje. saya guna senduk aje. jangan pukul sampai kembang ye. nanti rupa biskut jadi tak cantik.
  • Masukkan  esen vanila. pukul lagi hingga sebati.

  • ayakkan tepung jagung, tepung ubi dan tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan. yang ini uli guna tangan ye.  uli hingga jadi doh. doh ini sangat lembut.

  •  bahagikan doh kepada dua bahagian. satu bahagian diwarnakan ikut suka ye. satu lagi biarkan dengan warna asal.


  • masukkan kedua2 warna doh itu ke dalam acuan semperit dan bolehlah picit ke dalam dulang pembakar.  disebabkan saya punya dulang pembakar ada 2 jenis yang berlainan warna. jadi gambar yang ada ada yang warna silver dan ada yang warna hitam ye...




  •  hiaskan dengan ceri merah pada bahagian atasnya. kalau tak ada ceri merah boleh aje guna hiasan lain di atasnya..


  • bila dah siap, bolehlah dibakar ke dalam oven selama 15 - 20 minit bergantung kepada oven masing pada suhu 180 darjah celcius.  gambar dalam oven tak ingat nak ambik lah..



  • bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 
  • dah pun siap biskut semperit yang rangup ini... teruja anak2 saya melihat biskut warna hijau kuning ni..
  • saya buat 2 balang.  Esoknya bila saya buka balang biskut,  tengok ini yang tinggal... kuang! kuang! kuang!... maknanya biskut ni kena dengan selera anak2 saya...



kena buat lagi lah nampaknya... nasib baik sebalang lagi masih ada... itu pun tak tahu boleh bertahan sampai raya atau tidak.  tapi tak apa, asalkan anak2 makan dengan selera, sy okey aje.  biskut boleh buat lagi... bahan2 pun memang ada.  cuma rajin atau tidak aje...

sekian perkongsian resepi saya. 
wassalam

Monday, 13 June 2016

Majmaraya' Fes 2016

assalamualaikum semua

saya sebenarnya memang tak reti duk diam di rumah apabila weekend.
ada aje aktiviti nak buat.
paling malas pun saya bawa anak2 pergi tasik bagi makan ikan waktu petang.
nampak macam best aje. tapi sebenarnya rumah jadi macam tongkang pecah.
kain baju dah nak jadi gunung everest tak berlipat.  hahaha..

sebenarnya waktu biasa sy uruskan rumah waktu malam.  sebelum tidur sy akan lipat baju dan kemas sikit2.
tapi menjelang bulan puasa ni, aktiviti malam dipenuhi dengan ibadah.
saya usahakan untuk bersolat terawih di masjid bersama anak2.
pagi lepas sahur pula, saya mengaji quran. (konon2 nak katam lah sebelum habis ramadan ni. insha allah).

kebetulan weekend yang lepas banyak pulak program saya.
Sebenarnya niat asal nak bagi budak2 join pertandingan mewarna aje. tapi dah kebetulan ada, saya pun join jugak lah pertandingan menganyam ketupat.

sebenarnya Azim tak berapa sihat. badan dia kena gatal2. tapi sebab dah register bawa juga lah.  saya tak harapkan apa2. asalkan dia mewarna ok dah.



sempat lah saya snap beberapa aksi semasa diorg mewarna...



inilah hasil mewarna anak2 saya sebelum dihantar kepada urusetia pertandingan.



budak2 dapat belon drpd chicky.. sempatlah sy snap gambar budak2 ni.  masa ni Azim dah mula tak sihat.  gatal2 di badannya bula keluar.  nasib baik cuaca tak panas sangat. tapi mungkin sebab ramai org dia x selesa.


sebelum keputusan diumumkan, anak2 ni bergambar dulu dgn chicky dan DJ Adi..


tersenyum simpul aje azim bila diumumkan menang hadiah saguhati... masa ni dia kata dia pening...


selepas pertandingan mewarna, acara seterusnya adalah pertandingan menganyam ketupat. pertandingan ini berjalan 2 kali. 5 peserta terpantas akan bertanding ke peringkat akhir.





alhamdullilah, apabila keputusan diumumkan saya berjaya mendapat tempat ke3.


bergambar kenagan bersama pemenang..

sebelum balik, sempat juga saya berwelfie dengan DJ Cat fm sesi petang yang bersiaran secara online di Majma Mall, Kuching. sporting kan mereka...

sekian, wassalam...

Friday, 10 June 2016

Melawat kilang kek lapis Dayang Salhah

assalamualaikum semua

Kek lapis memang menjadi trade mark penduduk sarawak.  memang tak cukup syarat kalau berkunjung ke Kuching tapi tak membeli kek lapis sebagai ole2.

keistimewaan kek lapis sarawak ini adalah coraknya yang pelbagai dan sangat menarik. ditambah pula dengan perasa yang bervariasi.

antara jenama kek lapis sarawak yang terkenal adalah kek lapis Dayang Salhah.  sebelum mempunyai kilang, kek lapis Dayang Salhah ini dihasilkan dibahagian belakang kedai sahaja.  namun begitu, atas permintaan yang tinggi, perusahaan kek lapis ini telah diperbesarkan.  kini mereka mempunyai kilang yang terletak di Jalan Bako, Kuching.


Pemandangan di hadapan kilang kek lapis Dayang Salhah.


Selfie sebelum memulakan lawatan. 


 kilang ini telah disusun dengan teratur.  sebaik sahaja kami masuk, rung pertama yang dijumpai adalah ruang membasuh acuan dan peralatan.  disebabkan kami datang tengahari, ruang ini kosong daripada peralatan.



setelah itu ruang menyimpan bahan mentah.  disini segala bahan mentah disimpan.  kami tengok aje dari luar. x masuk pun ruang ini sebab kawasan larangan.



ini pulak ruang memproses adunan.  pada masa ini adunan telah siap diproses. jadi ruang ini tidak aktif.



ini lah ruang yang paling aktif. ruang penghasilan produk ataupun ruang membakar kek.  masa kami sampai, pekerja2 di sini sedang khusyuk menyiapkan kek.  memang cekap dan pantas mereka menghasilkan kek lapis.  1 oven pembakar tu dapat menghasilkan 6 buah acuan kek.  saya tengok seorang pekerja menjaga 3 buah oven...

sedikit ilmu yang saya perolehi hasil daripada temubual daripada pekerja di sini.

  • setiap lapis mengambil masa 3-4 minit sahaja di dalam oven.
  • api bawah 100 darjah celcius, manakala api atas 300 darjah celcius. 
  • kek lapis akan dikenakan dengan pemberat setiap kali dikeluarkan sebelum dilapiskan lagi.



Pada masa ni mereka sedang menghasilkan kek lapis masam manis.  nampak asam sekeping2 atas adunan itu.. menurut supervisor di situ, pada waktu biasa mereka akan menghasilkan lebih daripada 1 jenis pada 1 masa.  tapi kalau untuk produk raya mereka akan menghasilkan sejenis kek sahaja pada 1 masa.


 kek yang telah siap dihasilkan akan diletakkan di atas rak ini.  disebabkan kami datang tengahari, maka banyaklah kek yang telah dihasilkan di sini.


selepas itu kami dibawa melihat bahagian memotong dan membungkus kek pula. labelling nama kek juga akan dibuat disini.




proses memotong kek masih lagi menggunakan manual.  satu acuan tu akan dibahagi kepada empat.  sejenis pisau khas digunakan untuk memotong kek.


gambar bawah pula adalah proses membalut kek dengan menggunakan plastik.


inilah sebahagian kek yang telah siap dipotong, dibalut dan dilabelkan mengikut jenis.  



kek yang telah dibungkus akan diletakkan di dalam bakul ini yang mempunyai label dibahagian bakul..

selepas itu kek ini akan disimpan ke dalam freeze.  gambar dibawah ni adlah pekerja yang bertugas mengangkut kek untuk dimasukkan ke dala freezer.  menurut supervisor di sini, kek lapis Dayang Salhah tahan selama 4 hari jika dibiarkan pada suhu bilik dan tahan selama 3 bulan jika disimpan di dalam freezer.  kek lapis yang dihasilkan tidak mempunyai pengawet.  so kek tak tahan lama lah.


ini antara jenama kek lapis terbaru keluaran Dayang Salhah.. kek lapis Mozek Waterfront yang sangat cantik lapisannya...




kami juga sempat merakamkan gambar kenang2an pada penghujung sesi lawatan..  di sebabkan dah sampai sini saya sempat membeli 2 jenis kek lapis iaitu kek lapis india dan kek lapis holiday inn...


sempat lagi berselfie sebelum balik...



sekian, wassalam..

like