Tuesday, 23 August 2016

Run for the BRAVEHEART 2016

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal aktiviti yang agak kerap dilakukan bersama anak2.
kali ini saya tidak melibatkan penyertaan anak2 sebab kosnya agak tinggi.  RM50 seorg. so sy sorg aje lah yang join.  tapi saya bawa juga anak2 kat situ.

bertemakan 'Run for the BRAVEHEART' merupakan aktiviti larian charity sebenarnya.  maknaya larian berserta dengan sumbangan untuk pesakit jantung.  starting point bertempat di Pustaka, Kuching Sarawak. bersebelahan dengan tasik.  Tempat ini memang kami selalu berkunjung untuk aktiviti berjogging dan bersantai2 sambil memberi ikan makan di tepi tasik tersebut.

sebenarnya ada 3 kategori jarak larian yang boleh dipilih iaitu 2 km, 5 km dan 10 km.  saya memilih 5 km sahaja.

 

ini baju dan bib yang diterima sehari sblm aktiviti bermula. baju pandangan depan dan belakang.


sebahagian geng2 yang menyertai larian ini. masa ni muka2 ceria sebelum larian dimulakan.


 
 bila larian dimulakan memang masing2 dah hilang dari pandangan.  bergantung kepada kepantasan masing ye..  bila dah sampai medal dan sebiji buah epal diberi...

  

inilah pandangan hadapan dan belakang medal yang diberi.. makin bertambahlah koleksi medal saya.. hihihi


 





sempat berselfie sambil2 menunggu kot2 nombor bib naik untuk lucky draw.  tp x ada rezeki saya kali ini...


antara gambar kenangan sebelum habis aktiviti..





dah habis aktiviti, singgah ke Giant pula untuk beli barang dapur.  sempatlah bergambar dengan Izah yang dah macam adik beradik pulak sebab ketinggian yang hampir sama. tapi sebenarnya Izah lebih tinggi dari saya dah..



saya memang suka aktiviti seperti ini sebab disamping beriadah, ia juga menyihatkan badan.  anak2 pun suka.  so saya tak ada masalah lah kalau nak join sebab ada geng kecil jugak.  hahaha...

sekian, wassalam

Friday, 12 August 2016

ephyra selepas seminggu

assalamualaikum semua

ok kita tengok perkembangan selepas seminggu menggunakan ephyra premium dan skin bar


 1 st day

 


8th day

inilah muka saya selepas seminggu menggunakan produk ini.  kalau tengok gambar macam tak nampak sangat perbezaannya. tapi kalau diteliti betul2 kesan hitam pada pipi saya makin berkurangan. selain itu saya dapat rasakan kulit saya terasa halus dan pori2 yang semakin mengecil.
ok. maknanya ada kesan yang positif  berlaku.  nanti saya update lagi ye...

Sekian, wassalam


Thursday, 4 August 2016

mencuba produk Ephyra

assalamualaikum semua

sebenarnya saya ni bukanlah orang yang terlalu menjaga kecantikkan.
Biasanya saya cuma guna bahan asas aje iaitu compact powder, lipstik dan pencuci muka.
mungkin juga sebab saya bukan lah orang yang memiliki kulit yang sensitif.
adalah sikit2 jerawat tumbuh kat muka terutama sekali kalau saya makan kacang tanah (tapi sedap tuuuu) dn waktu nak datang bulan.

dulu masa remaja sebelum kahwin, rajin jugalah saya merawat muka.
ini gara2 terpengaruh dengan housemate masa belajar dulu.
bila tengok diorang buat, saya pun buat jugak lah.
rawatan ayng biasa saya buat adalah masker menggunakan putih telur.  seminggu sekali aje.

bila dah berkahwin dan beranak pinak ni saya dah mula malas.
ia lah. sibuk dengan anak lagi, nak bersiap lagi. dll
akibatnya penjagaan diri makin terabai. tapi idaklah sampai tak make up langsung...
macam yang saya ckp sblm ni. saya pakai yang asas aje.

bila umur dah nak masuk 40 siri ni, saya dah mula rasa keperluannya.
kedut dah mula keluar.  jeragat hasil kesan jerawat pun dah mula timbul.
saya mula lah survey2 produk yang ada di pasaran.
tapi disebabkan terlampau banyak produk yang ada di pasaran, menyebabkan saya sendiri tak tahu nak pilih yang mana.

jenama antarabangsa kini menjadi pilihan saya (estee lauder).
harga tak payah sebut lah. memang mahal.
buat masa ini, pencuci muka, compact powder dan lipstik saya pakai jenama ini.

tapi saya mahu penjagaan luar dan dalam.
iya lah. tak guna luaran nampak cantik tapi dalaman bermasalah.
akhirnya saya terbuka hati untuk mencuba produk  ini.
produk ini berada di pasaran bermula tahun 2012.
maknanya dah 4 tahun dipasaran.

daripada carian google, feedback yang diberikan agak positif.
so untuk permulaan ini saya mencuba ephyra premium dan ephyra skin bar.
pada masa yang sama, saya dapat percuma botol dan ephyra skin nano (trial) percuma




saya cerita sikit pasal produk ephyra premium ni sumber

10 Hasil Yang Nyata Dengan EPHYRA
  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri.
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah.
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan.
  • Mengurangkan kadar kolesterol.
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
  • Mengawalkan berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma.
  • Mengurangkan kesakitan sendi dan arthritis.

Kandungan

Kolagen Ikan Laut Dalam

  • Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putih laut dalam dari PERANCIS.
  • Mengembalikan keremajaan kulit anda.
  • Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
  • Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

Buah Acai

  • Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular.
  • Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
  • Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9.
  • Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

Gam Akasia

  • Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
  • Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

Salmon Ovari Peptide / Salmon Plasenta

  • Mencerahkan kulit muka dan keseluruhan badan.
  • Menghapuskan jerawat dan kulit berminyak.
  • Membaiki struktur kulit dan menghilangkan parut.
  • Melambatkan monopaus.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mengecilkan liang pori.

Asthaxanthin

  • Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
  • Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri.
  • Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

Serbuk Tomato

  • Mengandungi banyak vitamin A dan C/
  • Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah.
  • Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan.
  • Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

Acerolla Ceri

  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat.
  • kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata.

Marigold Bunga Ekstrak

  • Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
  • Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema.
  • Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif.

Superberry

  • Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
  • Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber terbaik untuk Vitamin C, ZatBesi, dan Potassium.



ephyra skin bar

Diformulasikan dari 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan. Ia selamat dan amat sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.
  • Melembapkan kulit wajah
  • Kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan kotoran,minyak & sel kulit mati
  • Merawat kulit berjerawat
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Sesuai digunakan untuk keseluruhan badan

Kandungan

Glutathione

Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.

Kolagen

Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.

Glyserin

Merawat kulit berminyak yang menyumbang kepada masalah jerawat, serta masalah kulit lain. Sangat berguna merawat masalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. Ia juga
memberi kelembapan pada kulit.

Banana Enzyme

Bertindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin,halus dan berseri.

Seaweed

Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat; rumpai laut atau seaweed menjadikan kulit lebih
anjal, menaikkan seri wajah serta menjadikan kulit lebih tegang.

Carrot Extract

Sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan
menjadikan tona kulit lebih sekata, bersinar serta membantu memperbaiki tisu kulit, melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.

Rice Bran Oil

Bahan semulajadi yang diperkaya dengan kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan
memperbaiki permukaan kulit

Bearberry Alpha Arbutin A Extract

Paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam.


inilah rupa epyra skin bar yang boleh digunakan selama sebulan.



inilah rupa saya sekarang.  muka original ye. x ada edit2.  nampak kulit muka saya yang agak kasar, sedikit jeragat pada pipi dan sedikit kedutan.

dari masa ke semasa saya akan update perkembangan sepanjang masa saya menggunakan 2 produk ephyra ini.  adakah seperti mana yang diwar2kan dalam testimoni mereka.

sekian, wassalam



Tuesday, 2 August 2016

ruang menonton edisi raya 2016

assalamalaikum semua

semenjak saya join FB kelab kaki deco (KKD) ni, macam2 idea untuk mendeco timbul.
setakat ni saya berpuashati dengan dekorasi ruang tamu saya.  mungkin akan dikekalkan lama sikit.

inilah deco dalam ruang menonton saya.  masa ni masih guna sofa lama lagi yang dah lembik dan koyak kusyennya.


 gambar di bwh ini pula sofa yang baru dibeli untuk menggantikan sofa lama.  kali ini saya memilih sofa berwarna kelabu pula.  manakala kusyennya saya cuba machingkan dengan warna dinding belakang tu...


setelah membelek2 gambar, google dan perkongsian daripada rakan blog dan FB, bermulalah operasi mendeco saya..


 

 

kali ini saya terjebak dengan deco kuda belang pulak.. mula2 ingat nak pakai wallpaper aje.  tapi bila saya cari tak jumpa pulak.. kesudahannya saya guna cat aje lah. tapi guna cat lebih rumit sebenarnya. tapi kos lebih rendah.

saya gunakan masking tape untuk membuat garisan tegak pada dinding.  proses ini lah sebenarnya yang paling sukar.  memakan masa yang lama sebab kena ukur dan buat garisan lurus satu per satu.
nasib baik saya ada pembantu remaja (Izah).  dah selesai proses menampal masking tape, barulah disambung dengan proses mengecat.  proses ini paling cepat.  lebih2 lagi saya dibantu oleh anak2. sekejap aje.  dah siap mengecat, saya biarkan kering dalam 1 jam barulah ditanggal masking tape tu. dan hasilnya memang sangat memuaskan...








bila dah siap saya nampak meja kopi tu macam tenggelam pulak warnanya.   mungkin sebab meja tu pun warna hitam jugak. so tambah alas meja kaler putih pulak.





bahagian belakang rak buku tu pun saya cat warna hitam juga.


sekian,
wassalam

Monday, 1 August 2016

pintu masuk edisi raya 2016

asssalamualaikum semua

sebelum ni saya tak pernah kongsikan keadaan pintu masuk rumah comel kami.
untuk pergetahuan u'll pintu masuk rumah kami ini agak uzur keadaannya.
ada kesan reput pada pintu tersebut hasil daripada tempias air hujan.  tapi skrang tak kena tempias lagi sebab kami dah tutup pada bumbungnya...

cadangan asal nak tukar bahru aje.
tp sampai kesudah tak tukar2.
bila bulan puasa lepas rasa macam nak buat ssesuatu kat pintu itu sebab nampak hodoh sangat.






inilah rupa asal pintu rumah saya. memang banyak betul kesan reput.
masa saya pergi Mr DIY saya sudah terjumpa sealant yang biasa orang gunakan untuk menutup lubang atau apa2 kecacatan pada dinding.  Entah macam mana timbul idea di kepala saya untuk menampal kesan reput dan lubang pada pintu tersebut. selant tu harganya dlam belas2 ringgit aje..
so masa weekend bulan ramadhan tu saya pun memulakan operasi menampal lubang2 pada pintu tersebut. nampaklah bertempek warna2 putih tu.  lepas tampal sealant tu saya biarkan seminggu dulu untuk memastikan dia keras sebelum saya gosok dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaannya.

lepas tu saya ke kedai beli cat kaler hitam.  hihihi... sebenarnya saya nak tukar kaler grill jugak. rupanya gril warna cerah ni cepat betul nampak kotornya.  kalau beli 1 tin untuk grill depan memang akan banyak lah lebihannya.  sebab tu saya ambil keputusan untuk cat sekali pintu tu dengan warna yang sama..


ini pemandangan semasa proses mengecat pintu.  masa ni grill belum cat lagi.  so nampaklah bercapok2 lagi kat pintu tu.. warna grill asal adalah warna krim.


 

inilah hasilnya selepas siap mengecat grill dan pintu.. nampak kan perubahan yang sangat ketara.


inilah hiasan raya edisi 2016 ruang pintu masuk saya.  Bahagian atas rak kasut tu saya hiaskan dengan bunga hiasan untuk menambahkan serinya...

sekian, wassalam...

like