Tuesday, 6 December 2016

Eastin Hotel KL

assalamualaikum semua

entry kali ini saya nak review hotel yang terletak di KL.  daripada sumber google hotel ini bertaraf 5 bintang. sesiapa yang berminat untuk menginap di hotel ni boleh buka link di sini.  bilik yang saya menginap adalah katil single double aje.. rasanya ini rate yang paling murah lah kot.  bila masuk aje saya terus snap gambar...

katinya dua biji jenis single.  turut disediakan almari baju.  tapi saya tak guna pun almari tu.  baju duk dlm beg aje. malas ak punggah2.  bukan nak stay lama pun.  (3 hari aje)



walaupun ada disediakan TV tapi saya langsung tak sempat nak tengok pun. tapi byk jugalah chanel yang disediakan untuk pengunjung.



gambar di bawah ini merupakan laluan pintu keluar. bilik ini lantainya carpet ye. sebelah kanan tu pintu ke bathroom.


kat bathroom ini ada dua pilihan untuk pengunjung mandi. sama ada guna shower atau bath tub.  kalau rasa nak bersantai2 macam mat saleh boleh lah guna bath tub tu.  tapi disebabkan saya datang sini atas urusan kerja, lupakan ajelah niat tu..

 

inilah pemandangan yang saya dapat lihat daripada tingkap bilik hotel yang dihuni.  tapi sebab sibuk dengan kerja, saya tak sempat langsung nak turun ke swimming pool tu.. kebetulan saya terlupa nak bawa baju swimming... dapat tengok dari atas aje lah.. 


makanan di restaurant amat memuaskan.  walaupun saya stay 3 hari aje di hotel ni ini tapi saya berjaya menambahkan berat badan saya sampai 3 kg.  makanan yang disediakan memang banyak pilihan dan rasanya memang sedap sampai terlupa dengan diet dan kalori pada makanan.

sebenarnya ini sebahagian aje dessert yang saya ambil.  tengok lah rupanya yang mengiurkan tekak saya.  bila dah habis misi menurunkan berat badan pula terpaksa dilaksanakan sampai seminggu untuk kembali ke berat asal... sob.. sob.. sob...



sekian, entry untuk kali ini..

wassalam..

like