Tuesday 31 January 2017

Fun Run Rely 2017

assalamualaikum semua..

keadaan cuaca sekarang ni memang kurang sesuai untuk aktiviti outdoor.  sebenarnya banyak kali dah saya kecewa kerana tak dpt nak joging kerana hujan bila sampai ke destinasi... cuma dapat duduk aje dan tengok hujan turun...

entah macam mana saya boleh terjoin satu event ni yang mengumpulkan 4 kelab di sekitar bandaraya kuching ini.. sebenarnya saya tak terfikir nak join tapi sebab ada 1 slot kosong saya pun beranikan diri join....

acara yang dipertandingkan adalah 4 x 800m yang menggabungkan 4 orang pelari daripada perbagai kelab.  pemilihan pasukan adalah melalui undian..

sehari sebelum tu kebetulan cuaca cerah... kalau ikutkan perancangan saya nak ikut hiking ke Gunung Seprom, Padawan  tapi trip tersebut  terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir akibat keadaan cuaca yang tidak menentu.  tapi sebab saya dah bangun awal dan siap masak (nasi lemak aje pun), so saya kejutkan anak2 dan bawa lah mereka ke Pustaka..

sampai kat sana say terkedu sekejap..  air tasik melimpah keluar hingga menenggelamkan trek yang biasa saya guna..  boleh tengok gambar kat bawah ni.




pondok tempat saya suka lepak2 lepas penat jogging pun tenggelam.  Tapi sebab dah sampai dan cuaca pun cantik saya teruskan jugak niat tu.. saya jogging kat laluan basikal.. maknanya lagi jauh treknya... tak kisahlah janji tercapai hajat dihati.. ramai jugak penggunjung pada waktu ini.. cuti CNY kan... so ramai lah yang ambil kesempatan datang ke sini..



dah penat makan lah homemade nasi lemak berlaukkan telur goreng dan ayam goreng..
lepas tu kamu ke pasar kubah untuk beli barang dapur...  petang tu keluar lagi ke Giant demi memenuhi kehendak izah yang sibuk ajak ke sana...makan lagi... 



pada hari kejadian jan 6.10 pagi dah mula gerak dari rumah.  sampai 6.30 pagi.  masa ni ramai dah mula datang... saya ingatkan Stadium Negeri tapi rupanya lokasi telah ditukar ke Stadium Sarawak.. cantik stadium ni.. stadium ni masih baru lagi.. ini lah stadium yang digunakan semasa upacara pembukaan dan penutupan SUKMA 2016 yang lepas.


apa2 pun kita bergambo dulu sebelum acara bermula...









Gambar di bawah  inilah  kelab yang sama2 join dalam event ini...


bergambar kenangan bersama ahli kelab sebelum balik...


walaupun tak menang tapi rasa seronok sebab dapat bersua muka dengan ahli kelab dan juga ahli kelab lain...  semangat kerjasama yang macam ini lah yang kita mahu.. kalah menang adat bertanding.. 

No comments: