Friday, 27 January 2017

Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam @ Taman Botani Negara Shah Alam


assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

dah namanya bercuti kan.. jadinya berjalan aje lah sepanjang bulan 12 lepas...
destinasi seterusnya, Taman Botani Negara Shah Alam.

kebetulan rumah musim sejuk dah siap. dapatlah merasa musim sejuk.. feeling pergi oversea lah pulakkk

 


saya datang hari sabtu.. memang ramai betul pengunjung. nak naik bas yang disediakan pun kena beratur panjang.  selain daripada bas, pengunjung juga boleh menyewa basikal atau berjalan kaki sahaja.  tapi memandangkan kawasan tersebut luas dan kami tak berani ambil risiko penat sangat, kami naik lah bas





haaaa... yang mana satu arah yang ingin dituju???


bila sampai ke rumah empat musim tu, penyalah ramai orang. tiket kami dicop dan dimaklumkan 1 jam lagi baru dapat masuk.  haru...  sebab tak mahu membuang masa kami pun keluar darisitu dan pergi dahulu ke tempat lain..
  

tempat yang kami tuju adalah aktiviti memanah.. tak pernah seumur hidup pegang benda alah ni... mengeletor aje tangan nak tarik tali tu...



 

nak dijadikan cerita, selepas tu hujan turun dengan lebatnya... disebabkan dah kesuntukan masa, kami redah aje hujan tu untuk kembali ke rumah empat musim tu... masa ni rasa menyesal sebab tak tunggu kat situ.  tapi seronok jugak sebab dapat main hujan... ala2 filem hindustan pulakkk.

bila sampai, tiket warna cop kami telah pun dipanggil. bila sy tanya kat petugas di situ, dia terus kasi kami masuk.. lega.. kalau tak memang burn lah tiket kami..  

musim sejuk memang sinonim dengan sambutan hari natal.  jadi sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah tersebut, nampaklah dekorasi pada pokok krismas.  sempat juga saya snap gambar pasal rumah empat musim ini.

 


lepas tu kami terus masuk ke dalam rumah tersebut.  bayangkan kami yang memang basah lencun, masuk pula ke dalam rumah yang penuh dengan ais dan salji... memang sejuk yang teramat lah..  Sempatlah saya snap beberapa keping gambar buat kenangan...





sekian entry saya untuk kali ini. wassalam...

like