Monday 17 April 2017

Assum Waterfall, Serian

assalamualaikum semua

Disebabkan Sarawak bercuti panjang sempena Good Friday, makanya banyaklah perancangan yang dibuat.  antara aktiviti wajib adalah hikig bersama kelab kembara.  semenjak join kelab ni saya semakin aktif pulak masuk hutan.  kali ni saya join trip ke waterfall yang terletak di Kampung Assum, Serian.  jarak daripada bandaraya Kuching lebih kurang 50 km dan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam untuk sampai ke destinasi. 


Untuk sampai ke kampung ini, kami perlu melalui jalanraya yang berbukit bukau dan bengkang bengkok.  ada ahli group kami yang terpaksa berhenti dan muntah di tepi jalan.   ini gambar yang sempat diambil oleh co pilot saya..  seperti biasa, biarlah gambar berbicara dengan sedikit catatan dari saya.


wajah2 ceria sebelum aktiviti bermula.  inilah sebahagian ahli kelab kembara yang turut serta untuk trip kali ini.. seperti biasa ianya akan diketuai oleh KJ.



aktiviti hiking bermula jam 8.30 pagi.  selepas bacaan doa kami pun memulakan perjalanan.   



gambar di bawah ni adalah jambatan kayu yang kami lalu untuk menyeberang ke sebelah.



sambil berjalan tu, sempat juga saya snap gambar jeram yang menarik di pandangan mata ini..


lalu jambatan yang diperbuat daripada buluh..



lokasi pertama yang kami jumpa adalah empangan Assum.  kami berehat sebentar sambil snap beberapa keping gambar.  Guider bagitahu kami tidak dibenarkan mandi di kawasan ini...





ini gambar beramai2 di bahagian atas empangan ini.



sambung semula perjalanan melalui titi buluh ini.. buluh ni masih hijau lagi dan agak licin waktu ini..






dan akhirnya kami tiba di waterfall lebih kurang jam10 pagi.  penat meredah hutan terbalas apabila menikmati pemandangan yang cantik di waterfall ini.  disebabkan tak ramai pengunjung, persekitarannya bersih.  kami memperuntukkan masa selama sejam untuk beriadah di kawasan ini. saya pun ikut terjun jugak merasa jatuhan air macam shower.


 

 

 

   





ini pemandangan dari bahagian atas empangan Assum ini.  nampak sayup aje jatuhan air tu...





gambar di bawah adalah antara flora dan fauna yang saya jumpa sepanjang perjalanan kali ini.

saya jumpa cendawan yang warna putih dan coklat yang tumbuh pada batang kayu.

 

saya tak tahu binatang apa ni sebab rupanya macam lipan tapi warnanya macam ulat..  bunga kuning ni banyak tumbuh di sepanjang perjalanan.

 

bunga merah ni sebenarnya kecil aje.  tapi sangat menarik pada pandangan mata saya.  tumbuhnya seperti bunga raflesia sebab tak ada daun disekelilingnya..



gambar di bawah ni adalah bunga putih macam bunga kangkung tapi daunnya tajam macam pokok pandan.


ini bunga senduduk yang berwarna ungu.  agak mudah dijumpai di dalam hutan dan kampung2.


jeram yang airnya nampak menyegarkan.  masa ini perjalanan balik.


laluan bertanah merah yang kami lalui sebelum sampai ke empangan.  tapi ini gambar perjalanan balik.  nasib baik cuaca cantik. kalau hujan memang penuh dengan tanah merahlah pakaian kami..


kami lalu kebun orang.  jadi adalah pokok pisang dan pokok nenas yang ditanam sekitar ini.


perjalanan balik dah mula ada tanda2 nak hujan.. dari jauh nampak awan dah mula gelap.. agak2 aktiviti petang nanti macam mana lah keadaannya..



nanti saya sambung aktiviti belah petang saya yang memberi pengalaman baru tapi menyeronokkan.

bersambung...

sekian, wassalam..











No comments: