Thursday, 13 April 2017

Gunung Jamih Danu dan Kg Mongkos, Serian Sarawak

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

aktiviti hiking saya bersama Kelab Kembara Anak Sarawak kali ni adalah  di Gunung Jamih Danu yang terletak di Kg Mongkos, Serian, Sarawak.  Kg Mongkos ini dihuni oleh kaum Bidayuh.  kepada yang berminat untuk merasai pengalaman bolehlah menginap di Homestay Kampung Mongkos ini.

semasa kami sampai, kelihatan penduduk disini sedang menjemur beras bukit di hadapan rumah mereka.


kg Mongkos ini terletak tidak jauh daripada sempadan Indonesia.  hanya 2.5 km sahaja untuk ke Indonesia.



disini juga ada kawasan empangan air yang jernih.  airnya yang sejuk memang menyegarkan badan apatah lagi setelah selesai aktiviti hiking.


aktiviti hiking dimulakan dengan bacaan doa dan aktiviti memanaskan badan.  kemudian kami mula bergerak melalui jalan yang bertanah merah menuju ke Puncak Gunung Jamih Danu.  disebabkan hujan pada malam sebelumnya, jalan yang kami lalui ini memang lecak dan licin.  Dari jauh nampak puncak gunung ini yang seakan2 mengalu-alukan kedatangan kami..


sempat juga saya snap gambar masa dalam hutan ini... seperti biasa, Izah akan turut serta dalam aktiviti hiking ini.



dalam hutan ini ada sejenis pokok yang boleh dipotong dan diminum airnya.. 


dah namanya masuk hutan kan, kalau jumpa si 'tali pinggang' ni jangan terkejut lah.  kali ini terjumpa yang warna hijau pulak.  sekali imbas nampak macam daun aje... berbisa juga ni..  so  sepanjang perjalanan memang kena berhati2 lah..





rupa2nya puncak gunung Jamih Danu ini terletak di bahagian Indonesia.  untuk keselamatan, kami tak dibenarkan melepasi sempadan.  so ambil gambar dari jauh ajelah. frush jugak sebab dah tak jauh.  beberapa tapak aje dah sampai puncak..   untuk pengetahuan, puncak gunung ini adalah yang bertanah merah pada gambar di bawah ini.. tak jauh kan?


untuk hilangkan rasa kecewa, kami selfie aje kat sempadan Malaysia-Indonesia ni yang ditanda dengan batang pokok tumbang.  kami berehat di sini sambil makan bekalan yang di bawa. tak lama pun. lepas tu terus bergerak turun..



seperti biasa, sepanjang perjalanan turun mata saya mula mencari apa2 sahaja tumbuhan yang dirasakan menarik pada pandangan mata saya dan hp pun akan menjalankan kerjanya...  kali ini saya tertatik dengan pokok cendawan yang berjenis2..





ini satu lagi pemandangan yang menarik sebaik sepanjang perjalanan turun.  masa ni kami berehat sebentar melepaskan lelah.


kami turun betul2 di sempadan yang ada pintu gerbang. di bahagian pintu gerbang ada beberapa buah kenderaan dr Indonesia yang parking di situ.. 







 

tak lama kemudian kami berselisih dengan motosikal drpd Indonesia yang menghala balik dengan muatan.

 

hiking kali ini memang mencabar minda dan fizikal.  kami berjalan daripada jam 9 pagi hingga jam 2.30 petang.  kami hanya berhenti rehat sekejap sahaja.  bila dah smpai ke empangan air tu, masing2 terjun untuk menyegarkan badan termasuk  lah saya.  saya juga ambil pelung untuk mencuci kasut yang dipenuhi tanah merah...  dalam 1/2 jam kami pun naik, salin baju dan terus ke rumah panjang untuk berlibur pula.  dirumah panjang ini kami dihiburkan dengan persembahan tarian daripada penari cilik.. 



saya pun turut menari jugak walaupun rentak saya macam robot... hentam aje lah... hahaha





sebelum balik, snap gambar tu wajib...






sempat juga berposing sendiri...




 

antara keistimewaan rumah panjang ini adalah bahagian lantainya yang mengunakan bahan binaan buluh kering yang diikat dengan menggunakan rotan..  saya difahamkan buluh ini perlu ditukar setiap tahun.  tangga pula diperbuat daripada batang kayu yang ditakik.  siling rumah panjang ini telah dicat dengan warna bendera Sarawak.  



ini gambar bahagian hadapan rumah panajang ini...  kebanyakan penduduk disini telah membina rumah sesebuah di sekitar kawasan ini.  namun begitu rumah panjang ini masih dikekalkan dan masih berfungsi dengan baik.  rumah panjang ini berukuran 483 kaki panjang dan mempunyai 24 buah rumah.  dibina pada tahun 1959.

Gambar di bawah ini merupakan satu-satunya kedai runcit yang saya jumpa di Kg Mongkos ini.  mungkin ada di tempat lain di sekitar kampung ini tapi saya tak jumpa...




dalam perjalanan pulang sempat saya snap gambar pintu gerbang kg Mongkos yang seolah-oleh mengalu-alukan kedatangan kami..



sebenarnya, di mana sahaja kita berada, adat resam dan budaya tempatan perlulah kita hormati.  layanan masyarat di Kg Mongkos ini amat baik dan menjadikan kami selesa..  mungkin dilain masa saya akan hadir lagi ke sini untuk melihat sambutan Hari Gawai di masa akan datang..

sekian celoteh saya untuk kali ini.  wassalam..




like