Monday, 29 May 2017

Bung Bratak (bukit Bratak)

assalamualaikum semua

kali ini hiking ke Bung Bratak pula.  Bung Bratak atau dikenali juga sebgai Bukit Bratak merupakan kawasan penempatan kaum Bidayuh.  Terdapat sejarah yang menyedihkan berlaku di kawasan tersebut dan telah diabadikan di atas bukit ini.  So demi memenuhi kehendak anak yang nak siapkan projek sejarah nya, kami pun mendaki ke tempat ini.


kami selfie dulu seblum menmulakan pendakian..  masa ni baru lepas hujan.  jadi tanah kat sini basah, lembab dan becak.




perjalanan hanya perlu menyusuri denai yang memang jelas. hanya perlu ikut sahaja laluan itu. ada juga disediakan pondok untuk berehat.

 

perjalanan mendaki tidak mengambil masa yang lama sangat.  saya rasa dalam 20-30 minit sahaja dah sampai puncak.Pemandangan tidak mengecewakan.  inilah  pemandangan yang menarik diambil dari puncaknya.




kami bergambar dengan batu bersurat yang menceritakan sejarah tempat ini.

 








sebenarnya kat puncak ini ada kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan.  kalau tengok kada bentuk macam rumah panjang atau rumah penginapan.  


dalam perjalanan nak balik kami singah ke Serikin.  nak jadi cerita sebenarnya kami pergi weekday, cuti umum.  memang saya terlupa terus.  jadi kawasan ini semuanya tutup  kami lalu aje dan kemudian balik



sekian, entry kali ini.  wassalam

like