Wednesday 31 May 2017

Jangkar Waterfall, Kampung Jantan, Lundu Sematan

assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jangkar Waterfall yang terletak di Kampung Jantan, jalan Lundu Sematang memang sangat popular.  air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di daerah Kuching ini.  Tapi nak berkunjung ke sini perlukan menggunakan guide.  

masa saya sampai, sementara nak tunggu yang lain sampai ada seorang perempuan separuh umur datang ke kereta saya dan bertanya.  bila saya jawab nak ke waterfall dia terus ckp RM100 kalau nak ke sana.  Terperanjat saya sebab masa tu saya cuma membawa 2 orang anak aje yang berumur bawah 12 tahun.  Saya terus jwb yang saya dtg dengan group dan tengah tunggu ahli group yang lain sampai  dia terus berlalu dari situ.

menurut kawan saya memang penduduk disitu akan mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu berkunjung di situ.  so untuk mengelakkan daripada kena kadar yang tinggi, seelok-eloknya datang dengan kumpulan dan cari guide siap2.

Selepas sesi memanaskan badan, bacaan doa dan sedikit taklimat kami pun bergerak ke destinasi.  masa yang diambil adalah lebih kurang 1 jam perjalanan.  trek jelas dan mudah untuk menuju ke waterfall level 1.

 


inilah waterfall level 1.  sini airnya cetek. sesuai untuk mereka yang membawa anak2.

 

anak2 saya terus terjun dalam air sementara saya pula masak maggi kat situ.  selepas selesai makan dan mandi2, kami bergerak ke waterfall level 2 pula.


 

 

  

perjalanan ke waterfall level 2 sedikit mencabar kerana perlu melalui trek yang curam dan akar2 pokok yang berselirat.  tapi tak jauh sangat pun.  bila sampai, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik.

   

inilah pemandangan dari sudut berbeza dari puncak yang sama.  sebelah kiri tu mengadap ke arah lundu manakala sebelah kanan tu adalah air terjun.  walaupun bukan lah berada dipuncak, tapi saya rasa sangat puas hati menikmati panorama yang indah.  anak2 saya sahaja yang mandi. saya rasa malas pulak nak basahkan diri.  cuma berehat2 aje disitu..

 

 




sambil berehat tu saya snap gambar kasut hiking yang paling saya suka guna.  kasut ni sesuai dengan kaki saya.  dah banyak jasa dia kat saya.  jenis but tapi paras buku lali aje yang dapat menyokong kai dan buku lali saya.  kasut jenis ini bagus untuk mengelakkan kita daripada terseliuh.  sebelum ni saya pernah ada pengalaman terseliuh di bahagian buku lali.  memang langsung tak boleh berjalan.  bila pijak lantai aje sakit bukan kepalang.  disebabkan itu saya perlu berhati2.



sekian, wassalam






No comments: