Monday 9 October 2017

pesta tasik biru 2017

assalamualaikum semua

pesta tasik biru kembali lagi.  seperti tahun sebelum ini, banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta ini berlangsung.  saya tak jadi peserta pun tapi datang sebagai pengunjung aje.  kali ini apsukan keselamatan ada membuka booth pameran.  apa lagi, saya sekeluarga pun ambil peluang lah naik dan melihat senjata dan kenderaan yang dipamerkan.

gambar belah kanan ni first time saya nampak motosikal yang digunakan oleh pihak tentera.  menurut mereka motosikal ini digunakan dlm hutan.  anak saya azim bergaya dengan helmet lagi..

 

selain itu juga kenderaan seperti kereta kebal yang beraneka model turut dipamerkan disini..  masing2 tak melepaskan peluang termasuklah mama mereka.

 


beraneka barang2 jualan ada kat sini.  pilih aje yang mana suka.  sediakan ajelah pulusnya banyak2..




saya suka tengok nenas yang disusun begini. nampak unik. hanya menggunakan dawai yang diikat sahaj mampu menghasilkan replika buah nenas dengan menggunakan buahnya..

 

pasukan tentera darat juga membuat pertunjukan... menarik persembahan mereka.






sempat lah bergambar dengan sepupu saya yang juga bertugas di bumi kenyalang ini sebagai pasukan keselamatan bersama ahli keluarganya.



Izah dan sepupunya mengambil bahagian dalam acara karaoke...

 

ini pula pertandingan jong.  banyak juga kategori jong ini. antara yang dipertandingkan adalah jong  tercantik.   


di dalam tasik ini pula ada pertandingan jong terpantas yang menggunakan bantuan angin sepenuhnya untuk berlayar.



biasa kita lihat pertandingan tarik tali kan.  tapi kali ini saya dapat melihat pertandingan tarik tali tetapi di dalam rakit.   memang meriah sungguh..


ada pertandingan mewarna juga turut diadakan untuk kanak2.


ada pertandingan gubahan bunga.  macam2 cara mereka menggubah.  memang cantik dan kreatif idea mereka.  lesung kayu pun boleh dijadikan pasu.




sekian entry saya untuk kali ini

wassalam







No comments: