Thursday 19 October 2017

Tombiruo

assalamualaikum semua

saya pernah post dalam entry sebelum ini (tak ingat dah zaman bila) pasal salah seorang penulis novel triller yang saya suka iaitu Ramlee Awang Murshid (RAM). boleh dikatakan saya antara pembaca yang sentiasa menanti2 kehadiran novel baru beliau.  Bila tahu novel baru keluar aje, saya dengan pantas akan terus ke kedai buku untuk mencari novel tersebut.

sebenarnya ura2 untuk menfilemkan novel RAM ni dah lama saya dengar.  cuma tak tahu novel yang mana.  sampailah saya terbaca dalam FB yang novel Tombiruo dalam proses pembikinan filem.  sejak itu memang saya ternanti2 kemunculannya Tombiruo ke layar perak (cewah ayat). 




Saya menonton bersama2 anak2 di MBO Kuching.  Saya tak pasti pulak harga tiket ni sama tak kalau di tempat lain.  


sempat juga saya snap gambar anak2 sebelum masuk dalam tu... muka2 eksited ke, mama diorang yang terlebih eksited..


Sebenarnya gambar ni diambil lepas habis menonton movie ni... hihihi.  bukti kehadiran tu..

sedikit ulasan tentang filem Tombiruo ni pada pandangan saya

Tombiruo ni mengisahkan seorang manusia yang dilahirkan mempunyai rupa yang hodoh yang tinggal di dalam hutan.  manusia disekitarnya menggelarkan dia sebagai Tombiruo.  disebabkan saya telah membaca novel ini, jadi jalan ceritanya memang saya dah dapat agak.  cuma saya tidaklah menaruh harapan untuk melihat apa yang tertulis dalam novel diterjemahkan ke layar perak dengan sepenuhnya.  Tapi setelah menonton filem ini saya berpuashati kerana apa yang cuba disampaikan dalam cerita ini tercapai.  hampir 90% lokasi penggambaran adalah disekitar gunung Kinabalu.  pemandangan yang amat cantik dan saya amat tertarik dengan binaan rumah di atas pokok yang ada dalam filem ini.  Para pelakon juga berjaya membawa watak masing2 dengan baik.  kekuatan filem ini adalah jalan ceritanya.  Tidak perlu menampilkan pelakon yang acah2 glamour, berwajah cantik dan seksi pun.  

Sampaikan anak saya Azim tengok dengan khusyuk tak toleh kiri kanan langsung.  sampaikan hulur keropok pun dia tak menoleh.  Balik rumah terus tanya mana novelnya sebab dia nak baca.  lepas tu nampaklah dia mengadap buku tu.  tak tahu lah dia berjaya habiskan baca novel tu ke tak.  tapi last sy tengok dia dah baca sampai muka surat 35.  hihihi..


dia pun tak sedar mamanya curi2 snap gambar.  punyalah leka membaca..  Sesiapa yang suka tengok cerita berbentuk aksi saya sarankan tonton lah filem tombiruo ni.   tak rugi punya..  secara keseluruhannya saya bagi 4.5/5 bintang untuk filem ini.

sekian entry saya untuk kali ini, wassalam




No comments: