Tuesday, 31 January 2017

Fun Run Rely 2017

assalamualaikum semua..

keadaan cuaca sekarang ni memang kurang sesuai untuk aktiviti outdoor.  sebenarnya banyak kali dah saya kecewa kerana tak dpt nak joging kerana hujan bila sampai ke destinasi... cuma dapat duduk aje dan tengok hujan turun...

entah macam mana saya boleh terjoin satu event ni yang mengumpulkan 4 kelab di sekitar bandaraya kuching ini.. sebenarnya saya tak terfikir nak join tapi sebab ada 1 slot kosong saya pun beranikan diri join....

acara yang dipertandingkan adalah 4 x 800m yang menggabungkan 4 orang pelari daripada perbagai kelab.  pemilihan pasukan adalah melalui undian..

sehari sebelum tu kebetulan cuaca cerah... kalau ikutkan perancangan saya nak ikut hiking ke Gunung Seprom, Padawan  tapi trip tersebut  terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir akibat keadaan cuaca yang tidak menentu.  tapi sebab saya dah bangun awal dan siap masak (nasi lemak aje pun), so saya kejutkan anak2 dan bawa lah mereka ke Pustaka..

sampai kat sana say terkedu sekejap..  air tasik melimpah keluar hingga menenggelamkan trek yang biasa saya guna..  boleh tengok gambar kat bawah ni.




pondok tempat saya suka lepak2 lepas penat jogging pun tenggelam.  Tapi sebab dah sampai dan cuaca pun cantik saya teruskan jugak niat tu.. saya jogging kat laluan basikal.. maknanya lagi jauh treknya... tak kisahlah janji tercapai hajat dihati.. ramai jugak penggunjung pada waktu ini.. cuti CNY kan... so ramai lah yang ambil kesempatan datang ke sini..



dah penat makan lah homemade nasi lemak berlaukkan telur goreng dan ayam goreng..
lepas tu kamu ke pasar kubah untuk beli barang dapur...  petang tu keluar lagi ke Giant demi memenuhi kehendak izah yang sibuk ajak ke sana...makan lagi... 



pada hari kejadian jan 6.10 pagi dah mula gerak dari rumah.  sampai 6.30 pagi.  masa ni ramai dah mula datang... saya ingatkan Stadium Negeri tapi rupanya lokasi telah ditukar ke Stadium Sarawak.. cantik stadium ni.. stadium ni masih baru lagi.. ini lah stadium yang digunakan semasa upacara pembukaan dan penutupan SUKMA 2016 yang lepas.


apa2 pun kita bergambo dulu sebelum acara bermula...









Gambar di bawah  inilah  kelab yang sama2 join dalam event ini...


bergambar kenangan bersama ahli kelab sebelum balik...


walaupun tak menang tapi rasa seronok sebab dapat bersua muka dengan ahli kelab dan juga ahli kelab lain...  semangat kerjasama yang macam ini lah yang kita mahu.. kalah menang adat bertanding.. 

Friday, 27 January 2017

Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam @ Taman Botani Negara Shah Alam


assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

dah namanya bercuti kan.. jadinya berjalan aje lah sepanjang bulan 12 lepas...
destinasi seterusnya, Taman Botani Negara Shah Alam.

kebetulan rumah musim sejuk dah siap. dapatlah merasa musim sejuk.. feeling pergi oversea lah pulakkk

 


saya datang hari sabtu.. memang ramai betul pengunjung. nak naik bas yang disediakan pun kena beratur panjang.  selain daripada bas, pengunjung juga boleh menyewa basikal atau berjalan kaki sahaja.  tapi memandangkan kawasan tersebut luas dan kami tak berani ambil risiko penat sangat, kami naik lah bas





haaaa... yang mana satu arah yang ingin dituju???


bila sampai ke rumah empat musim tu, penyalah ramai orang. tiket kami dicop dan dimaklumkan 1 jam lagi baru dapat masuk.  haru...  sebab tak mahu membuang masa kami pun keluar darisitu dan pergi dahulu ke tempat lain..
  

tempat yang kami tuju adalah aktiviti memanah.. tak pernah seumur hidup pegang benda alah ni... mengeletor aje tangan nak tarik tali tu...



 

nak dijadikan cerita, selepas tu hujan turun dengan lebatnya... disebabkan dah kesuntukan masa, kami redah aje hujan tu untuk kembali ke rumah empat musim tu... masa ni rasa menyesal sebab tak tunggu kat situ.  tapi seronok jugak sebab dapat main hujan... ala2 filem hindustan pulakkk.

bila sampai, tiket warna cop kami telah pun dipanggil. bila sy tanya kat petugas di situ, dia terus kasi kami masuk.. lega.. kalau tak memang burn lah tiket kami..  

musim sejuk memang sinonim dengan sambutan hari natal.  jadi sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah tersebut, nampaklah dekorasi pada pokok krismas.  sempat juga saya snap gambar pasal rumah empat musim ini.

 


lepas tu kami terus masuk ke dalam rumah tersebut.  bayangkan kami yang memang basah lencun, masuk pula ke dalam rumah yang penuh dengan ais dan salji... memang sejuk yang teramat lah..  Sempatlah saya snap beberapa keping gambar buat kenangan...





sekian entry saya untuk kali ini. wassalam...

Thursday, 26 January 2017

Pantai Teluk Batik, Perak

Assalamualaikum semua

aktiviti cuti2 Malaysia diteruskan lagi.. kali ini kami ke Pantai Teluk Batik di Perak pula.    cantik kan.  Pantai Teluk Batik ni memang cantik.  airnya berwarna biru dan jernih. memang sesuai untuk bermandi manda.  cuma kena hati2 sikit.  kalau musim laut bergelora elakkan lah mandi sebab ombaknya besar2. tak sesuai untuk budak2 kecil.

inilah pemandangan di tempat yang sama tapi pada waktu yang berbeza.






 ada juga disediakan penyewaan pelampung.  yang kecil RM5 manakala yang besar RM10 sebuah.





kat sini juga ada aktiviti menaiki banana bot.  disebabkan saya tak pernah naik, so saya sangat teruja lah untuk mencuba aktiviti ini...


muka2 eksited sebelum naik banana bot ini. hanya kami berempat aje yang nak naik.  yang lain tak mahu...

 



dah puas mandi kami pun bergerak balik.  masa ni saya dah kena mabuk laut. sepanjang jalan tido aje.. nasib baik driver masih gagah perkasa lagi...

sekian entry kali ini. wassalam.

Wednesday, 25 January 2017

bukit jugra, banting selangor

assalamualaikum semua

masa cuti sekolah bulan 12/2016 lepas saya memang bercuti panjang.  sengaja menghabiskan baki cuti yang ada.  memang jalan2 aje lah. sepanjang cuti tersebut, aktiviti memang padat.  tapai puas hati bila tengok anak2 seronok menikmati cuti mereka.  berbaloi rasanya.

kali ini saya bawa anak2 dan seorang anak sedara sy mendaki Bukit Jugra  yang terletak di Banting, Selangor.  untuk makluman ini merupakan aktiviti mendaki pertama saya dulu.  masa tu saya berumur 10 Tahun (darjah 4).  saya ikut rombongan sekolah mendaki bukit ini.

untuk mengingatkan nostalgia lama (hahaha... ayat tak boleh tahan) saya bawa anak2 pula ke sini.
kepada yang berani, mereka juga boleh mencuba aktiviti paragliding kat sini. tapi saya bawa budak2 kecil. tak beranilah nak ambil risiko.  so sy bawa mereka hiking guna jalan yang memang telah dibina cantik dan turun menggunakan laluan hutan kecil... sikit aje..














 

 bila dah sampai atas kami turun menggunakan laluan denai pula. kalau nak tahu kat mana lalui itu boleh tengok kat tepi bangunan penghujung tu.  laluan tu sebelah kanan

 




 sekian entry hiking bersama anak2 untuk kali ini.
wassalam




like