Tuesday, 28 March 2017

Mendaki Gunung Singai lagi

assalamualaikum semua

sempena cuti sekolah yang lepas, saya kerja. so anak2 duk kat rumah aje.
Azim saya kasi dia masuk Kem Anak Soleh 3 hari 2 malam masa awal cuti.  merasa jugalah dia tidur ramai2 dengan kawan2.
Izah dan wani pula saya masukkan diaorang dalam kelas 'polah cupcake'.

hari terakhir cuti sekolah saya pun bawa diorang hiking gunung lagi.. perancangan awal nak daki gunung Serapi dan pergi ke Selang View point. tapi entah acam mana saya lebih berminat nak ke Gunung Singai lagi.. anak2 tak mahu sebab kat situ ada anjing.  sebenarnya anjing tu jinak. tapi dah namanya anjing, saya pun takut jugak..  masa kami sampai tu anjing tu tengah lepak2 aje... tak garang macam sebelum ni.  mungkin dah kenyang kot.  anak2 ada stand by makanan kucing untuk diberi kpd anjing tu.

kami mula mendaki jam 6.30 pagi.  lewat dari perancangan.  sepatutnya jam 6 pagi dah gerak keluar. konon2 nak tengok sunrise dengan awan karpet. mengejutkan anak2 pun liat aje diorang nak bangun.  maklumlah dah seminggu bangun lewat aje..


masa tengan mendaki tangga, terjumpa labah2 yang besar ni tergantung kat tengah jalan... memang besar sungguh...  saya tak pernah jumpa labah2 sebesar ini sebelum ni...




dapat jugalah tengok sunrise kat view point ni.  tapi nak tengok awan karpet memang tak sempat.
kat bawah ni dua gambar yang diambil pada waktu yang sama tapi posisi berbeza..





gambar kat bawah ni pula pemandangan kat puncak gunung sebaik sahaja kami sampai.  kabus memenuhi seluruh kawasan.  memang tak nampak apa2.



kami pun berehat sambil buka segala alatan perang.  (huhuhu).  saya bawah 3 bungkus maggi untuk dimasak di puncak ini.  yang ini memang dah rancang awal.  seronok anak2 saya.  dengan berbekalkan periuk comel yang dibeli dari lazada, saya pun memulakan aktiviti memasak sambil ditemani oleh anak2 yang eksited.  (masak maggi aje pun).




breakfast jam 9.30 pagi dengan maggie.  tengok lah muka teruja anak2 saya main masak2 kat puncak gunung ni.  siap request lagi  'lepas ni nak masak nasi kat sini pulak ye..' beressss. asalkan korang sanggup pikul semua alatan memasak, mama ok aje...

 

saya tertarik betul dengan pokok rumput yang tumbuh di sekitar tempat kami berehat.  cantik aje.  saya pun snap lah gambo buat kenang2an.




dalam jam 10.30 pagi kami pun bergerak turun.  sebelum turun saya sempat snap beberapa keping gambar lagi.  masa ni dah mula nampak view dari puncak.





masa naik dah nampak cendawan ni tapi tak ambil gambar.  masa perjalanan balik, sambil turun saya sempatlah snap..



setiap orang mempunyai minat yang berbeza2.  iyalah takkan lah asyik nak fokus pd kerja aje.  bila cuti sesekali buat aktiviti outdoor yang lasak sikit pun ok.  dapatlah hilangkan stress.  lebih2 lagi bila kita mendekati alam.  rasa tenang aje.. dapat melihat keindahan flora dan fauna ciptaan ilahi. rasa sangat seronok.

tapi...........
perlu diingatkan kepada semua yang berminat dengan aktiviti seperti ini, jangan sesekali rosakkan alam sekitar.  pastikan sampah yang dibawa naik tu, dibawa turun juga dan buang ditempat yang betul.  janganlah konon2 nak menikmati keindahan alam tapi buang sampah merata2 pulak. 
kan merosakkan alam tu.  bayangkan seorang buang 5 bungkus pembalut coklat. kalau 100 orang dah berapa bungkus sampah yang ditinggalkan.  oleh itu jadilah pendaki yang bertanggungjawab.

ada juga yang berpendapat yang aktiviti ini meletihkan.  terpulang kepada minat masing2.  bagi saya, asalkan kita happy dan tak kacau orang lain, teruskan.  

insha allah, selagi saya diberikan kesihatan yang baik dan masih ada kudrat hobi ini akan terus saya buat.  

sekian, celoteh saya untuk kali ini.

wassalam..

Thursday, 9 March 2017

Program Kesedaran Penanaman Poko Bakau Di Taman Negara Kuching Wetland

Assalamualaikum semua..

Tengok tajuk pun dah tahu kan...  saya nak menulis pasal pengalaman join aktiviti menanam pokok bakau pulak..  sebelum tu kita tengok fakta berkenaan pokok bakau dulu.

sebelum kejadian tsunami pada penhujung 2004, masalah penebangan pokok bakau secara haram tidak dipandang serius.  tsunami yang mengakibatkan kematian ratusan ribu manusia telah membuka mata banyak pihak akan kepenting pokok bakau ini sebagai benteng penahan @ kubu di pesisir pantai jika tsunami melanda. 

Hutan bakau merupakan ekosistem yang terdapat di sepanjang pantai dan biasanya ia merupakan kawasan yang berlumpur. Kawasan hutan paya bakau amat penting dalam menjaga habitat yang terdapat di kawasan tersebut seperti udang, ketam, dan banyak lagi spesis lain. ini kerana hutan paya bakau sesuai dijadikan tempat pembiakan spesis tersebut di samping mempunyai makanan.

antara kepentingan hutan bakau adalah sebagai mengurangkan kesan gelombang ombak dari arah laut yang mana ia mula disedari apabila bencara tsunami melanda pada penghujung 2004.

selain itu kepentingan hutan hutan bakau adalah ia dapat memerangkap enapan, iaitu satu proses penambakan tanah yang berlaku secara semula jadi akibat fenomena pasang surut air.

hutan bakau juga bertindak sebagai sempadan antara laut dan darat yang dapat bertindak sebagai penghalang hakisan tanah akibat tindakan ombak.

di samping itu hutan bakau juga memberikan bekalan oksigen kepada maknusia hasil proses fotosintesis.

hutan bakau juga menjadi pusat persinggahan pelbagai spesis burung2 dari hemisfera utara ke selatan dan sebaliknya akibat musim sejuk.  

selain itu kehadiran kelip-kelip pada waktu malam juga menjadi tarikan pelancong untuk menikmati keindahan pada waktu malam di kawasan hutan bakau ini.

ok, sekarang saya sambung pula dengan aktiviti penanaman pokok bakau yang saya ikuti pulak...

kami berkumpul jam 7.30 pagi dan menaiki bas ke jeti.  kemudian kami menaiki bot lebih kurang 20 minit untuk sampai ke tapak penanaman bakau.  waktu ni hujan turun tak berhenti2.









ini lah tapaknya. berselut dan berlumpur lebih2 lagi sebab cuaca hujan aje sepanjang masa ini.  nasib baik saya pakai kasut adidas kampung aje.


bila sampai di tapak ini, sesi perasmian dan taklimat cara penanaman diberikan.  kalau tak memang tak pasal2 boleh tanam terbalik bulak.  silap tanam pokok bakau tak hidup...



  

 






 

 



setelah selesai menanam kesemua pokok bakau, kami bermain permainan bowling kelapa.. memang riuh jadinya.  terlupa diri sekejap.  masing2 bergelak sakan bila baling tak kena botol...




setelah itu kami menaiki bot semula menuju ke telaga air.  perjalanan kali ini memang jauh berbanding perjalanan ke tapak ini.  tapi saya tak pasti berapa lama sebab lupa nak tengok jam.








sampai di Telaga Air, hidangan dah menunggu.  kami menikmati makan tengah hari di tepi jeti ini.  seronok sangat makan sambil mengadap laut.  tenang aje rasanya.

 







siapa sangka kesokan harinya kami dapat berita yang program kami masuk paper Mingguan Borneo... jenuh saya cari kat kedai.  memang rezeki saya, jumpa juga paper ni kat stesyen minyak petronas.  masa tu papaer ni tinggal 2 keping aje... alhamdullilah ada rezeki saya untuk simpa keratan akhbar ini sebagai kenang-kenangan..




Wednesday, 1 March 2017

Mendaki Gunung Singai

assalamualaikum semua

Sebenarnya saya pernah cuba mendaki Gunung Singai untuk melihat sunset sebelum ini.  Tetapi saya tidak ditakdirkan untuk sampai ke puncaknya pada waktu itu akibat keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.  sampai 1/2 jalan saya terpaksa berpatah balik.  Anak saya Izah memang dah merungut2 waktu itu tak puas hati.

hujung minggu lepas selepas solat subuh, saya datang lagi sekali untuk mendaki gunung ini dengan tujuan untuk melihat sunrise sekali.  kali ini saya bawa semua anak2 saya.  jam 6.30 pagi kami bergerak menuju ke destinasi.  kami sampai lebih kurang jam 7 pagi.  pendakian ke puncak mengambil masa 2 jam (bergantung kepada stamina dan kelajuan individu).

sampai di parking kereta, 4 ekor anjing mendekati kami.  kami memang takut lah apatah lagi bila anjing itu asyik menyalak dan mendekati kami. keadaan jadi terkawal sebaik sahaja ada pengunjung lain datang memberi makanan kepada anjing tersebut.  hahaha.. rupa2nya anjing tu minta makan...


inilah peta yang boleh dijadikan panduan kepada semua pendaki gunung ini.  laluan dimulakan dengan mendaki anak tangga kayu untuk 1/2 perjalanan.


sebelum mendaki, kita selfie dulu anak beranak


inilah tangga kayu yang saya maksudkan.  So kalau sesiapa yang nak mendaki membawa anak2 kecil bolehlah datang ke sini.  tapi setakat penghujung tangga kayu sahaja sebab trail selepas itu memang agak mencabar jugak.  

 

ini lah pemandangan sunset yang kami dapat lihat sebab sampai kat sini dah lewat iaitu sekitar jam 8.00 pagi.. lepas ni kalau betul2 nak tengok sunset dan awan karpet kena datang lagi awal.  ini belum sampai puncak lagi ye.. ini view kat pondok rehat semasa mendaki anak tangga kayu tu..


kat sini juga saya berjumpa dengan bro KJ iaitu orang kuat Kelab Kembara Anak Sarawak bersama isterinya..



masa hiking ni kami terjumpa dengan ulat yang besar sangat.  saya tak tahu nama ulat ini tapi rupanya macam ulat gonggok.. cuba bandingkan tangan Azim dengan ulat tu.. besar kan...


aktiviti mendaki tangga tu akan berakhir di sini Holy door.  Untuk pengetahuan semua, ini merupakan tempat suci bagi penganut agama Kristian.  So pandai2 lah kita menghormati kepercayaan orang lain dan tempat mereka..


selepas itu bermulalah aktiviti mendaki yang mencabar.  trek agak curam dan banyak akar yang berselirat.  kalau selepas hujan, lagilah mencabar sebab trek akan menjadi licin sangat.  kami bernasib baik sebab sehari sebelum tu tidak hujan.  jadi trek tidaklah terlalu berair dan licin.


 

 

pendakian kami ditemani oleh seekor anjing yang jinak.  tapi sebab saya ada pengalaman yang kurang baik dengan anjing, saya jadi takut.. sebenarnya anjing ini ok aje... 



 

lebih kurang 2 jam mendaki anak tangga dan trail berhutan, kami pun sampai ke puncaknya... pemandangan memang tidak mengecewakan. anak saya Azim dan Wani tak pernah lagi ikut saya hiking macam ni.. jadi mereka memang teruja.  Azim siap request untuk datang lagi mendaki di sini....  dia kata seronok...



masa ni saya jumpa seorang lagi orang kuat Kelab Kembara Anak Sarawak bernama Evelin.. sempatlah  bergambar sekali di puncak ni...

 



lebih kurang 1/2 jam kemudian, kami pun bergerak turun... perjalanan turun lebih mencabar sebab saya membawa anak2... memang kena sentiasa mengawasi pergerakan mereka...  beberapa kali juga Azim tergelincir semasa turun...



mereka juga saya ajar untuk menggunakan tali yang disediakan semasa menuruni gunung ini.  memang betul2 pengalaman baru bagi anak2 saya...

 

 

kami berehat lagi di pondok ini.. Sebenarnya pondok2 rehat banyak disediakan sepanjang laluan bertangga.. dapatlah menghilangkan penat di situ..




Sekain entry hiking saya untuk kali ini... wassalam..

like