Cara menghalau semut dari rumah

Semut sering mengerumi sesuatu makanan yang manis dan membuatkan kita sukar untuk menghapuskannya lalu membuang segala makanan yang tercemar akibat perbuatan semut ini. Terdapat pelbagai semut di Malaysia ada yang putih, hitam, merah dan perang.
Antaranya, semut yang bernama Coptotermes Formosanus Shiraki atau Semut Kongkiak adalah sejenis semut perang yang merupakan hama tanaman. Semut ini lebih besar daripada kerengga, bentuk semut ini besar, berbisa dan boleh dijumpai di tanah perkuburan, bukit berwarna kemerahan.
Semut Marabunta atau biasa dikenal dengan Semut Tentera (semut legion) merupakan jenis semut pemangsa agresif dalam mencari makan. Semut Marabunta menyerang secara berkelompok dengan jumlah yang sangat besar.

Jom kita ketahui cara untuk menghalau semut dari rumah anda;

1.     Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula
2.     Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) ke dalam bekas gula. Bau asam keping tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula, jangan risau.
3.     Anda boleh juga meletakkan bunga cengkih pada laluan semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam kabinet supaya semut tidak membuat sarang.
4.     Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
5.     Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.
6.     Kulit telur juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
7.     Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan. Kalau duduk kampung, senang ckit nak dapatkan daun sirih.
8.     Kesimpulannya, semua bahan yang anda perlukan pasti ada di dapur rumah, jadi tidak perlu binggung-binggung dengan masalah semut ini. Selamat mencuba.

sumber rujukan

http://www.wom.my/saji/cara-menghalau-semut/

No comments: