Homemade Playdoh


assalamualaikum.  sambil-sambil saya buka blog rakan2 maya tiba-tiba terjumpa pulak entry pasal membuat homemade play doh.  homemade playdoh ni tidak mengandungi bahan kimia. jadi tak risau la kita kalau anak2 termakan benda alah ni.  tapi kita kena pantau jugak, maklumlah kalau doh ni dah kena gentel2 atas lantai, tepek kat dinding dan sebagainya.. mestilah kotor. so kena elakkan juga bebudak makan doh ni sebab sekarang ni kan byk penyakit bagai......

Menurut tuan punya blog ini homemade playdoh ini boleh tahan sampai 2 bulan kalau disimpan dalam bekas kedap udara.  jom kita jengah cara membuatnya



HOMEMADE PLAYDOH

bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam halus
2 sudu besar minyak masak saji
1 1/2 cawan air panas
pewarna makanan

cara membuatnya:

  1. satukan tepung gandum, garam halus dan minyak masak dalam satu bekas. gaulkan semua dan bahagikan kepada empat bahagian (ikut suka sebab nak letak kaler kan)
  2. ambil bahagian pertama dan masukkan air. kemudian letakkan pewarna.  gaulkan semua sambil menambah air  sehingga adunan tidak melekat pada tangan. ulangi proses untuk adunan yang lain pula.
  3. simpan adunan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.  kalau boleh gunakan bekas yang ada partition untuk elakkan doh melekat.

sekian. selamat mencuba








like