tip untuk lebih semangat mengemas rumah

Sebenarnya bukan mudah untuk mengekalkan mood mengemas rumah apatah lagi bagi wanita yang berkerja.  Balik kerja aje dah letih. Apatah lagi, kalau anak-anak kecil dan ramai, sekejap sahaja rumah yang dikemas boleh kembali comot dan bersepah! Pheww…
Tapi sebenarnya, ada macam-macam cara untuk memberi KEKUATAN kepada para ibu untuk lebih BERSEMANGAT mengemas rumah!

1. Pasang lagu/irama/alunan kegemaran anda.
Terpulang kepada diri masing-masing. Pasanglah sesuatu alunan yang anda gemari. Mungkin ada yang  lebih suka pasang ayat-ayat Al Quran. Mungkin ada juga yang suka pasang lagu Maher Zain. Tak kisah. Tapi pasanglah sesuatu untuk membantu menjadikan suasana mengemas itu lebih menarik, aktif dan menyeronokkan!
 2. Buat perubahan atau design baru pada bahagian tertentu rumah anda.
Mungkin kita selalu tertanya-tanya, mengapa ketika kita kecil dahulu, ibu kita selalu mengubah kedudukan perabot. Setiap kali pulang dari asrama, ada sahaja perubahan pada kedudukan perabot di rumah. Jawapannya adalah kerana wanita suka melihat hasil daripada tindakannya. Kita akan rasa lebih puas bila melihat hasil aktiviti kemas mengemas itu, keadaan interior design didalam rumah juga berubah. Seolahnya, kita merasakan telah melakukan begitu banyak perubahan dalam rumah itu, walaupun hakikatnya mungkin sekadar mengalihkan sebuah pasu bunga ataupun mengubah kedudukan meja makan sahaja. J
3. Anggap aktiviti mengemas itu salah satu kaedah melangsingkan tubuh badan.
ini merupakan motivasi yang paling BESAR untuk saya.  Ulang dan ulang di dalam minda anda bahawa apabila anda mengemas bersungguh-sungguh seperti ini, anda boleh melangsingkan tubuh badan kerana banyak bergerak dan berpeluh. Sebagai motivasi kepada anda, tahukah anda berapa banyak kalori yang terbakar apabila melakukan kerja-kerja berikut?
Kemas katil – sekitar 68 kalori
Memasak – sekitar 85 kalori
Basuh pinggan mangkuk – sekitar 78 kalori
Seterika baju-baju dalam almari – sekitar 78 kalori
Menyapu sampah – sekitar 112 kalori
Vacuum rumah – sekitar 119 kalori
Menyental lantai – sekitar 129 kalori
Mengubah kedudukan perabot – sekitar 204 kalori
*kadar pembakaran kalori bergantung kepada effort yang diperlukan bagi setiap aktiviti diatas.


Sumber rujukan : http://www.lifemacaroni.com/10-cara-untuk-lebih-semangat-mengemas-rumah/

like