tips membuat kerja rumah lebih mudah part 1

assalamualaikum

sambil-sambil mencari info pasal mengemas rumah ni tiba2 terjumpa tips & trick mengemas rumah dlm blog sini .  info tu dalam bahasa Inggeris.  Jadi saya tolong translate bahasa ye untuk memudahkan pembacaan. Tapi yang tak semua saya ambil. yang saya rasa praktikal sahaja diambil ye....

Tips Membuat Kerja Rumah Lebih Mudah
1.  cara mudah untuk memotong tomato ceri adalah dengan  menggunakan dua keping plastik. letakkan dibahagian bawah dan atas tomato ceri tersebut dan potong dengan sekali jalan dengan menggunakan pisau yang panjang.



2.  gunakan penyangkut baju biasa untuk menggantung kasut di lantai.



3.  menggunakan semula bekas bijirin sebagai tong sampah di dalam kereta.



4.  gunakan pengilat kuku untuk mebezakan beraneka jenis kunci.  tapi saya guna masking tape aje. tepek kat kepala kunci tu dan tulis guna pen....

 

5.  gunakan 'magnetic strip' untuk menyimpan sepit rambut dan lekatkan pada peti sejuk atau gunakan sahaja bekas 'tic tac'



6.  kepada penggemar kucing. balut bekas pasir dengan plastik sampah untuk memudahkan pembersihan.



7.  guna semula botol-botol terpakai dan tebuk lubang pada penutupnya untuk digunakan  dalam kerja-kerja penyiraman



8.  gunakan pinggan kertas untuk mengelakkan percikan



9.  gunakan bekas kaca terpakai untuk menyimpan kertas cup cake dan muffin.


10.  lapik bekas cat dengan kertas aluminium untuk memudahkan pembersihan selepas mengecat.


11.  gantungkan kapur tulis dalam almari baju.  kapur dapat menyerap lembapan yang ada dalam almari tersebut


12.  tambahkan 1/2 sudu teh serbuk penaik di dalam air rebusan telur untuk memudahkan mengupas kulitnya




13.  gunakan tag roti untuk melabel wayar elektrik.



14.  WD40 juga boleh digunakan untuk membersihkan kesan krayon pada dinding.



15.  gunakan besi dan penyangkut di dalam kabinet untuk menggantung periuk dan kuali.


16.  gunakan spray rambut untuk memudahkan memasukkan benang ke dalam jarum.



17 gunakan kertas sebagai template untuk menentukan kedudukan bingkai gambar sebelum menebuk lubang untuk menggantung bingkai tersebut.  ini untuk menggelakkan berlakunya kesilapan semasa menebuk dinding.





18.   gunakan ais untuk menghilangkan kesan perabut pada permaidani



19.  gunakan pencungkil gigi sebagai tanda pada salotape.



20.  rendam ubi kentang ke dalam air sejuk selama 5 saat sebaik sahaja  dikeluarkan daripada air rebusan yang panas kemudian tanggalkan kulitnya dengan menggunakan tangan anda.



rasanya dah banyak tip yang telah diberikan.  nanti tak larat pulak nak baca.  untuk tip selebihnya kita buat part 2 ye...



bersambung........




like