selepas mengemas peti sejuk, tiba2 rasa nak kemas tall rak pulak. (betul ke aku sebut??? hentam aje lah) tall rak ni adalah satu kabinet khas yang digunakan untuk menyimpan segala stok barang dapur daripada bahan buat air, sampailah bahan buat kuih... jom kita jengah...
ini lah rupanya. kalau dilihat dari depan macam sama aje dengan KB yang biasa kita lihat. jom kita buka pintunya.....
jeng.....
jeng.....
jeng.....
ini lah pemandangan pada bahagian dalamnya. tall rak ini terletak bersebelahan dengan peti sejuk ku. ada yang berlabel dan ada jugak yang tak berlabel... nanatilah saya buat. bahagian atas adalah tempat letak bahan buat kek. ada shortening dan byk lagi dalam tupperware tutup merah yang duk belakang susu pekat tu. saya juga letakkan susu yang belum dibuka dengan kordial atas tu. bawahnya saya gunakan tupperware untuk simpan gula, tepung gandum (ada label pulak..hihihi) dan susu tepung. yang tupperware bulat tu ada gula ketul (betul ke saya sebut) ada asam boi serbuk dengan bijan... hish kena label kan ni. baru senang nak cari... tingkat 4 pulak segala bahan buat air macam teh, kopi dan yang sewaktu dgnnya. tingkat 3 adalah tempat letak rempah2 masakan. yang ini saya labelkan sebab selalu guna. senang nak cari. yang ini saya guna bekas kuih raya aje. sayang pulak nak guna tupperware. tepung, gula yang belum buka ada kat tingkat 2 ni. ada dua tipuware yang saya gunakan untuk menyimpan segala macam bahan masakan. lupa pulak nak ambil gambar isi dalam tipuware tu... yang bahagian tingkat bawah sekali sama macam tingkat 2, saya letakkan segala macam bahan masakan yang belum dibuka. Dah memang biasa saya akan beli stok lebih. senang nak guna bila diperlukan....
kita tengok rak pada pintu pulak... tingkat bawah saya cuma letak serbuk perasa yang dalam kotak aje. tingkat 2 saya letakkan botol2 kicap dan sos tomato. tingkat 3 santan kota. saya suka guna santan kotak aje sebab tak perlu nak pergi kedai kalau nak guna.. senang... tingkat 4 saya letakkan botol2 sos cili dan tingkat yang atas sekali saya letak segala macam rempah ratus dalam botol2 terpakai aje. yang ini saya labelkan pulak...
Ada beberapa penambahbaikan yang saya nak buat tapi tak buat2 lagi. antaranya
- nak buat labelling pada semua bekas tupperware dan tipuware.
- nak susun semula menjadi lebih kemas
- nak cari idea untuk lebih menarik lagi...
tapi aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang... alhamdulilah
wassalam....
No comments:
Post a Comment