Wednesday 17 July 2019

Trip ke Hat Yai dan Songkhla Thailand (Summary)

assalamualaikum semua

Memandangkan saya hanya backpacker sahaja ke sana, so saya tunjukkan ringkasan itinerary dan budget saya  untuk mereka yang membuat rujukan.


******************************************************************************

     Ringkasan Itinerary 

     Day 1
  • Kionghae Floating Market
  • Lee Garden Night Market
     Day 2
  • Chang Puak Champ
  • The Great Serpent Nag
  • Tangkuan Hilltop view
  • Samila Beach
  • Chalarat beach sepanjang perjalanan
  • Songkhla Mosque
  • Kionghae Floating Market kali ke 2
  • Asean Plaza
  • Lee Garden Night market
     Day 3
  • Nora Plaza
  • Kim Yong Market

*****************************************************************************

Kos yang dibelanjakan

Secara peribadi saya berpendapat bagi mereka yang berhayat untuk bercuti ke luar negara tetapi mempunyai budget yang rendah Hat Yai dan Songkhla adalah destinasi yang tepat.  Ini adalah kerana kos penginapan dan makanan yang rendah.  (abaikan kos shopping.  yang itu selori Baht pun tak cukup kalau ikut nafsu).  So saya senaraikan kos yang dibelanjakan untuk penginapan, makan dan pengangkutan untuk 5 orang.

penginapan Silla Hotel untuk 3 H 2M (2 bilik) = 2000 baht
tuk tuk                                                                = 2000 baht
tiket train (2 hala)                                              =   500 baht
tiket Tangkuan hilltop                                        =   150 baht
champ puak champ                                            =   500 baht
makan dan minum                                             =  2500 baht
simkad                                                               =    200 baht
Jumlah                                                              = 7850 baht @ RM1006

*kadar tukaran semasa saya pergi adalah RM1 = 7.8 baht

secara kasar saya membelanjakan RM200 seorang untuk percutian kali ini.  bagi saya berbaloi juga memandangkan kos percutian di Malaysia pun tinggi semasa musim cuti sekolah.



sekian perkongsian percutian singkat saya ke Selatan Thailand semasa cuti sekolah yang lepas. Lokasi yang kami pergi memang meriah dengan makanan yang menyelerakan dan memang sesuai untuk mereka yang suka berjalan-jalan cari makan. lepas balik nak timbang berat badan pun takut wei...

wassalam...

Trip ke Hatyai dan Songkhla Thailand (part 4)


Assalamualaikum Semua

memandangkan semalam dah keletihan berjalan seharian,  pagi ni anak-anak saya agak liat nak bangun.  mereka sepakat nak bermain permainan yang disediakan di tempat penginapan sahaja.  Cuma saya dan emak sahaja yang nak keluar menyambung shopping.


HARI KETIGA (AHAD)

1. Nora Plaza

hasil info dari GPS jarak dari tempat penginapan ke Nora Plaza adalah sekitar 1.5 km sahaja.  memandangkan masih awal lagi, (Nora Plaza dibuka jam 9 am) saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja sambil menikmati pemandangan suasana pagi di bandar Hat Yai ini.


bangunan hospital ada tulisan melayu 'rumah sakit'

setelah penat berjalan akhirnya sampailah ke destinasi


aneka jenis hand bag. boleh tahan juga harganya

cenderamata pun ada tapi mahal.

crochet katak yang comel



saya tak lama pun di Nora plaza sebab bukan tujuan saya untuk shopping.  lepas tu terus saya bergerak ke Kim Yong Market.

2.  Kim Yong Market

kim Yong Market sebenarnya adalah lokasi yang sama dengan Lee Garden night market.  cuma bezanya adalah barangan yang dijual disitu.  kalau sebelah malam jualan tertumpu kepada makanan dan pakaian manakala pada sebelah siang pula jualan yang ada adalah buah-buahan dan cenderamata.  sempat jugalah emak saya membeli buah mangga seharga 150 baht selonggok.  anggaran dalam 8-9 biji.  memang murah betul.

aneka buah yang dijual disini.

bersarapan di hamid restoran yang terletak di sekitar pasar ini.

selesai membeli belah dan cuci mata serta poket,  saya berjalan kaki menuju ke bilik penginapan untuk mengemas dan check out.  disebabkan barang telah bertambah, saya mengambil keputusan untuk menyewa tuk tuk untuk ke stesen keretapi Hat Yai dengan bayaran 100 baht.

Pengalaman bersesak dengan ramai orang di stesen keretapi Padang Besar yang lepas menyebabkan kami membuat keputusan untuk datang awal di situ.  lagipun saya risau kalau tiket train habis memandangkan waktu itu hari Ahad dan cuti sekolah.  walaupun ada alternatif lain iaitu menaiki bas dan van, saya lebih memilih menaiki train sebab kereta dah parking di stesen kereta api Padang Besar.  jadinya lebih mudah lah bagi saya sekeluarga.

proses membeli tiket memang mudah aje tak perlu beratur panjang dan kaunter lengang.  cuma pekerja di kaunter tiket memberitahu yang ramai penumpang pada waktu ini dan kemungkinan ada penumpang yang akan berdiri sepanjang perjalanan.

Sebab dah sampai awal.  kami berehat-rehat sahaja di sekitar stesen ini.  masa ni duit baht pun dah tinggal sikit.  saya malas nak menukar wang lagi walaupun ada masa untuk window shopping di shopping compleks yang terletak bersebelahan dengan stesen ini.




masa ni train dah sampai.  

 

selfie sebelum bergerak keluar Hat Yai



Tepat jam 2 petang train pun bergerak menuju ke Padang Besar.  Bye bye Hat Yai...





akhirnya dalam jam 3.55 Waktu Malaysia, kami pun sampailah ke Stesen kereta Api Padang Besar.

laluan menuju ke platform 1 dan 2

bergambar di depan stesen pun boleyyy

papan tanda
keluar dari situ saya sekeluarga singgah sekejap di Pasar padang Besar untuk membeli belah.  serius saya cakap disebabkan kadar pertukaran mata wang Baht dan RM, lebih berbaloi shopping di Padang Besar berbanding d Hat Yai.

walaupun keletihan muka mesti ceria...


sebelum senja kami bergerak keluar 



bersambung...


Trip ke Hatyai Songkhla Thailand (part 3)

Assalamualaikum semua

trip ke selatan Thailand bersambung lagi

1.  Kionghae Floating market kali ke 2

Memandangkan pada hari kedua ini masih ada masa awal lagi, kami mengambil keputusan untuk ke floating market sekali lagi sebab semalam macam tak puas lagi menikmati makanan di situ.


sayup mata memandang deretan perahu di sepanjagn sungai ini  
rasa berbaloi repeat ke sini memandangkan waktu ini lebih ramai lagi peniaga yang berniaga dan pilihan makanan lebih banyak berbanding semalam (jumaat).  pengunjung memang ramai betul.  Tangan saya tidak berhenti2 memetik butang kamera dalam hp saya sebab teruja sangat melihat beraneka makanan yang memang nampak menyelerakan sekali.  Ada saya kongsikan sebahagian makanan yang menarik mata saya di sini.  tak semua saya beli memandangkan tangki kami berlima bukanlah besar sangat.

deretan peniaga makanan

telur puyuh goreng

jagung rebus.  


beraneka kuih muih

air kelapa dan jelly kelapa.


rojak buah

kuih jelly

air dalam pasu dan buluh

ada telur puyuh goreng

jagung rebus

sebab jauh bakul digunakan untuk meletakkan duit dan memulangkan baki.


 
beraneka kuih.  sebelah kiri tu macam kuih bom tapi intinya kacang merah.  kanan tu inti gula melaka

 
pelbagai makanan laut.  
gambar kiri sotong dan udang bakar. gambar kanan tom yam seafood


ayam goreng


view dari sebelah kanan sungai

kuih berbentuk buah ni intinya kacang dan disalut dengan jelly supaya berkilat berharga 20 baht.

jelly kelapa yang sedap ni berharga 40 baht

 

sebab tertarik dengan pasunya beli lagi air kelapa pasu berharga 30 baht

puas nak habiskan jelly kelapa ni.  berbaloi dengan harganya

ada ayam kat sini


 

bunga ros daripada daun pandan

 

 

2.  ASEAN night market

destinasi terakhir kami adalah ASEAN night market yang popular dikalangan pengunjung yang ingin membeli pakaian.  Tuk tuk kami berakhir di sini memandangkan waktu dah malam dan kami tak tahu berapa lama kami akan berlegar-legar di kawasan ini.


sebelum balik bergambar dulu dengan tuk tuk yang membawa kami seharian


bergambar kat sini pula

waktu ni kami dah mula keletihan.  cuaca mulai mendung dan diikuti dengan hujan yang agak lebat.

ada kemudahan ruangan solat untuk pengunjung muslim 

buah bidara 70 baht sekilo

selesai berlegar-legar di situ, (saya tak beli apa pun) kami balik ke bilik penginapan dengan menaiki tuk tuk dengan bayaran 100 baht.. masa ni terasa letih sangat memandangkan seharian berjalan dari Hat Yai ke Songkhla.


bersambung