Showing posts with label perkakas rumah. Show all posts
Showing posts with label perkakas rumah. Show all posts

Thursday, 17 September 2015

berakhir sudah jasanya

assalamualaikum semua

setelah 2 tahun menggunakannya akhirnya pada  isnin lepas (14 september 2015) setelah seminggu tidak dapat berfungsi, saya kena merelakan ianya diganti baru..

warranty pun dah habis. terpaksalah mengeluarkan budget tambahan untuk memastikan talian telefon di rumah dapat berfungsi semula dengan baik...


inilah telefon cordless yang sudah 2 tahun berkhidmat dengan keluarga saya.  warna hitam. sama warna dengan rak sudut tu.  setelah saya bawa ke telekom, technician kat telekom tu memaklumkan bahawa telefon ini dah rosak. terpaksalah diganti baru... sob.. sob... sob....


kat Telekom tu cuma ada 1 aje telefon cordless. yang lain semua jenis yang pakai wayar tu.. kalau nak murah boleh aje ambil yang pakai wayar. tapi disebabkan dah selesa guna yang cordless beli jugaklah walaupun terpaksa membayar 2 kali harganya berbanding yang berwayar tu...  saya tanya kalau2 ada yang warna hitam. tak ada pulak... yang ada warna putih.. huhuhu..


bila dah siap pasang nampak ok jugak kan??  jadilah.. asalkan boleh berfungsi semula, saya dah puas hati.  walaupun handphone saya memang ada pakej data, saya tetap nak guna juga streamyx sebab kadar kelajuannya yang berbeza. kalau kat rumah automatik saya guna wifi. lagipun boleh digunakan oleh ramai penghuni dalam rumah ni. maklumlah sekarang ni dah moden. masing2 ada handphone sendiri termasukkan anak saya yang paling kecik yang umur 10 tahun tu...

sekian.. wassalam.

Tuesday, 18 November 2014

kegunaan penyapu sawang

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua




gambar apa kah ini?  (ayat macam cerita pendekar bujang lapuk masa belajar membaca pulak...)

yea.... betul.. ini lah penyapu sawang. biasanya kita beli penyapu ini dengan tangkai yang boleh dilaraskan kepanjangannya..... amboi ayat x boleh lawan.. hihihi

rasa2nya ramai yang memiliki penyapu sawang di rumahkan?? biasanya kita gunakan untuk membersihkan sawang yang berada di bahagian siling rumah kita.  baru-baru ini saya ada terbaca dalam facebook sesuatu yang mengujakan.   saya pun tak terfikir sebelum ini....




kita zoom.......








ko tengok, ini rupanya sebab penyapu sawang ni bulat dan lopong kat tengah dia...  bayangkan lah sebelum ini kalau nak bersihkan kipas, jenuhlah saya memanjat kerusi meja dengan gayatnya. lap dengan kain buruk, lepas tu turun bersihkan kain guna air dalam baldi dan panjat lagi..  takkan lah nak panjat dengan bawa baldi pulak kan... kipas tu bukannya rendah terutama sekali utk orang yang kurang tinggi macam saya ni... (bukan pendek okey....).  kalau nak vacum pun bukan boleh nak bersihkan bahagian atas kipas tu... lagipun vacum tu tak cukup panjang untuk sampai ke atas....


soooooo..... lepas ni tak payah panjat kerusi meja lagi ye....


sekian.... wasalam