Thursday 14 December 2017

aneka jenis sarung botol

assalamualaikum semua

inilah antara koleksi sarung botol yang ada dalam koleksi saya


patern pertama ni diadaptasi daripada beg bekal viral.  sesuai untuk botol tupperware bersaiz 1 liter



patern ke dua ni pula cintaan saya sendiri.  corak ala2 strawberi tapi kait dengan ch di sisinya.



patern ke tiga ni menggunakan warna pink terang dan cerah yang comey sangat.  sesuai untuk gegurl..


sekian, wassalam





Monday 11 December 2017

pinky handphone cover

assalamualaikum semua

phone cover yang berwarna pink yang comel.  saya menggunakan SC sahaja untuk siapkan.
letak bunga seketul dan tangkainya...


sekain, wassalam

Green dragon

assalamualaikum semua

untuk patern amigurumi kali ini saya menghasilkan dragon yang berwarna hijau.
agak rumit juga nak siapkan sebab banyak part yang kecil-kecil.  dah selamat pun sampai ke tuan barunya...

 

 






sekian, wassalam

TBC bunga purple

assalamualaikum semua

kali ni saya buat TBC bunga-bunga pulak..  saya menggabungkan warna purple dan cream.



sekian, wassalam

Monday 4 December 2017

hand beg comel untuk bonda tersayang

assalamualaikum semua

siap lagi hasil kaitan saya.

kali ini buat handbag untuk bonda.  simple aje.



sekian, wassalam

beg mengaji Azim


assalamualaikum

inilah rupa beg mengasji untuk anak bujang saya Azim.  atas permintaan dia, tidak ada sebarang hiasan pada beg ini.  beg ini menggunakan benang jenis urat besar yang saya order secara online  di keinasha craft.  memang cepat siapnya dan nampak kemas.



sekain, wassalam

Wednesday 29 November 2017

butterfly doll yg comel

assalamualaikum semua

satu lagi hasil crochet saya yang comel..

amigurumi butterfly doll yang kuit miut gitu.

sangat sesuai dihadiahkan kepada gegurl.






untuk tempahan bolehlah hubungi saya melalui whatsapp 019-2382952.

sekian, wassalam

Tissue box cover berkonsep kek dan buah-buahan

asssalamualaikum semua


agak lama juga tidak bersiaran gara2 kesibukan tugas dan sedikit dugaan dan ujian dari Allah. 

namun begitu dalam diam2 terhasil jugalah TBC ni.



jika berminat untuk menempah hasil crochet saya bolehlah whatsapp ke nombor ini: 019-2382952



sekian, wassalam

Friday 10 November 2017

beg pelbagai guna bermotif buah strawberi



assalamualaikum semua

inilah hasil tangan saya terkini.  Beg pelbagai guna dengan patern buah strawberi





sekian, wassalam

Tuesday 7 November 2017

Larian Benderaku Negaraku 2017

assalamualaikum semua

seperti biasa setiap hujung minggu kalau tak hiking, running lah yang akan saya buat.  sama ada ikut event ataupun jogging aje.  kali ini saya join larian Benderaku Negaraku pula.  pendaftaran dibuat secara online sahaja.  hanya saya dan Izah aje yang boleh mendaftar kerana pendaftaran adalah untuk mereka yang berumur 15 tahun ke atas shj.  peserta yang telah berdaftar akan menerima baju t shirt dan bib.

sehari sebelum itu kami datang ke Dataran Perayaan, Petrajaya untuk mengambil kupon dahulu.  peserta perlu datang sendiri kerana pihak petugas akan meminta kita menunjukkan IC terlebih dahulu.   maknanya wakil tidak dibenarkan.

inilah iklan yang dikongsikan oleh kawan2 dan diviralkan dalam media social.


pada hari kejadian, pagi2 lagi selepas subuh kami dah bergerak ke dataran ini sebab nak ambil baju dan bib sebelum larian bermula. 

rupa2nya baju yang disediakan dan 3 warna.  masa kami ambil baju tu majoriti dapat warna biru.  saya dapat warna hijau.  sebab nak sama warna, saya tukar warna baju dengan peserta lain.

inilah contoh warna baju yang disediakan oleh penganjur.  ada warna merah, hijau lumut dan biru.




agak lama jugalah kami terpaksa menunggu sebelum acara larian berlangsung.  lebih kurang jam 7.45 barulah peserta larian memulakan larian...  masa ni mod nak berlari dah berkurangan sebab biasanya jam 8 pagi saya dah selesai berlari, tapi kali ni baru nak mulakan larian... tension tau.  nasib baik cuaca redup aje.  kalau tak memang menyengih ajelah bila terpaksa berlari dalam kepanasan...






inilah no bib yang saya dapat.  pada perancangan asal saya nak tunggu cabutan no bertuah, tapi lama sangat, menyebabkan saya dan anak2 ambil keputusan untuk balik shj memandangkan sy nak ke pasar kubah membeli barangan dapur.


selesai larian, kami dapat lah roti dan air kotak.  ada juga disediakan air tin berkarbonat.  tak jauh sangat pun larian ini.  cuma 3.39 km ikut rekod guna hp saya.



 lepas tu anak2 saya terus berlari menuju ke booth bank rakyat sebab diorang nak masuk pertandingan mewarna pulak.
  



dan bila keputusan diumumkan Azim dapat tempat ke 2.  bukan main seronok dia.  masa diorang tengah mewarna saya ada bercakap kalau menang ni tahun depan tak payah beli beg sekolah sebab dah dapat beg.  alhamdulillah memang rezeki sayalah tu.


dia punya seronok siap peluk erat2 beg tu masa bergambar dengan maskot bank rakyat.


sebelum balik, sempat saya snap hasil seni cat spray yang sedang dihasilkan di sini.

 

sekian, wassalam













Monday 6 November 2017

si meow comel (amigurumi)

assalamualaikum semua

Red Meow in the house....  boleh pilih nak warna apa pun ikut patern ini...

lalalalala....





sekian, wassalam


handphone cover yang comel

assalamualaikum semua

hasil crochet seterusnya.  phone cover yang simple aje.  siapa yang minat dengan warna pink memang sukalah...  yang saya buat ni sesuai untuk Iphone 6 S. 


sekian, wassalam

Monday 30 October 2017

Tissue Box Cover

assalamualaikum semua

inilah hasil crochet saya selama 3 hari yang dibuat pada sebelah malam sahaja sebelum tidur.





kepada yang berminat nak membuat tempahan boleh hubungi saya di talian 019-2382952 (whatsapp sahaja)

sekian, wasalam

Run with the Army

assalamualaikum semua

dalam banyak2 event running yang saya join, OCBC-Rotary run ni antara yang unik.  Unik dari segi warming upnya yang ala2 tentara, trek larian yang ada halangan pada 500 m terakhir, dan abam2 askar turut berlari dengan but askar mereka...

sebenarnya saya tak ada rancangan pun nak join larian ini, tapi last minit ada kwn yang offer secara percuma aje dengan memberikan bib sahaja.  tu yang terjoin sekali memandangkan saya tidak ada apa2 aktiviti pada hari tersebut.  kalau tak memang mengait ajelah saya kat rumah.




aktiviti memanaskan badan dilakukan di depan bangunan DBKS ini. 



inilah geng hiking yang sama2 dapat sponsor bib.  baju tak adalah... cantik baju running ni rupanya.  corak celoreng askar.  patutlah ramai yang join.  disebabkan tak ada baju, kami sepakat untuk pakai baju kelab KKAS




bergambar dulu sebelum berlari.  biasa saya kalau berlari hp memang simpan kat beg.  malas nak pegang.


bergambar kenangan sebaik sahaja tamat larian 8 km saya...



berehat sebentar sementara menunggu kawan2 yang lain sampai...


Saya dan Azim berposing pulak. kita orang join yang 8 km army challenge.  Izah dan Wani cuma join 2 km fun run sebagai Ghost runner aje sebab x register.  bolehlah untuk tingkatkan semula stamina mereka berdua yang dah lama berehat sebab nak tumpukan perhatian kepada exam yang lepas.



bila semua dah ada, kami berposinglah beramai2 kat banner ni sebagai kenang2an..



gambar di bawah inilah halangan2 yang disediakan sepanjang 500 m terakhir larian 8 km.  tapi halangan ini bukan diwajibkan.  kalau rasa tak mahu boleh skip.  


ini halangan yang pertama.  disebabkan tak perlu melompat, saya buat lah


ini pula halangan yang kedua.  memang tak larat lah nak buat masa ni... saya lalu aje kat celah2 tong itu.


ini pula halangan yang ke 3.  merangkak kat bawah kanvas ni.  korang rasa? memang tak lah saya nak buat... tapi bergambo itu wajib... hahaha


ini pula halangan yang keempat.  macam lari berpagar aje tapi saya skip jugak... hihihi.


 

kenapa pace saya agak laju, adalah sebab kejar medal ini lah... medal ini hanya diberi kepada 1000 orang yang terawal sahaja.  so kalau nak dapat memang kena cepatlah.  malangnya medal ini tak dinyatakan jarak larian.  maknanya mereka yang join 2 km fun run atau 8 km army run tetap dapat medal yang sama.. huhuhu kecewa juga rasanya...