Monday, 30 October 2017

Run with the Army

assalamualaikum semua

dalam banyak2 event running yang saya join, OCBC-Rotary run ni antara yang unik.  Unik dari segi warming upnya yang ala2 tentara, trek larian yang ada halangan pada 500 m terakhir, dan abam2 askar turut berlari dengan but askar mereka...

sebenarnya saya tak ada rancangan pun nak join larian ini, tapi last minit ada kwn yang offer secara percuma aje dengan memberikan bib sahaja.  tu yang terjoin sekali memandangkan saya tidak ada apa2 aktiviti pada hari tersebut.  kalau tak memang mengait ajelah saya kat rumah.




aktiviti memanaskan badan dilakukan di depan bangunan DBKS ini. 



inilah geng hiking yang sama2 dapat sponsor bib.  baju tak adalah... cantik baju running ni rupanya.  corak celoreng askar.  patutlah ramai yang join.  disebabkan tak ada baju, kami sepakat untuk pakai baju kelab KKAS




bergambar dulu sebelum berlari.  biasa saya kalau berlari hp memang simpan kat beg.  malas nak pegang.


bergambar kenangan sebaik sahaja tamat larian 8 km saya...



berehat sebentar sementara menunggu kawan2 yang lain sampai...


Saya dan Azim berposing pulak. kita orang join yang 8 km army challenge.  Izah dan Wani cuma join 2 km fun run sebagai Ghost runner aje sebab x register.  bolehlah untuk tingkatkan semula stamina mereka berdua yang dah lama berehat sebab nak tumpukan perhatian kepada exam yang lepas.



bila semua dah ada, kami berposinglah beramai2 kat banner ni sebagai kenang2an..



gambar di bawah inilah halangan2 yang disediakan sepanjang 500 m terakhir larian 8 km.  tapi halangan ini bukan diwajibkan.  kalau rasa tak mahu boleh skip.  


ini halangan yang pertama.  disebabkan tak perlu melompat, saya buat lah


ini pula halangan yang kedua.  memang tak larat lah nak buat masa ni... saya lalu aje kat celah2 tong itu.


ini pula halangan yang ke 3.  merangkak kat bawah kanvas ni.  korang rasa? memang tak lah saya nak buat... tapi bergambo itu wajib... hahaha


ini pula halangan yang keempat.  macam lari berpagar aje tapi saya skip jugak... hihihi.


 

kenapa pace saya agak laju, adalah sebab kejar medal ini lah... medal ini hanya diberi kepada 1000 orang yang terawal sahaja.  so kalau nak dapat memang kena cepatlah.  malangnya medal ini tak dinyatakan jarak larian.  maknanya mereka yang join 2 km fun run atau 8 km army run tetap dapat medal yang sama.. huhuhu kecewa juga rasanya...






No comments: