Showing posts with label Gunung Singai Bau. Show all posts
Showing posts with label Gunung Singai Bau. Show all posts

Wednesday, 20 February 2019

Hiking pembukaan 2019 - Mt Singai Bau


assalamualaikum semua

lama dah entry ni duduk dalam draf.  sejak akhir-akhir ni bizi memanjang.  sampaikan blog sendiri pun terabai.

 Sebenarnya hiking pembukaan untuk tahun 2019 adalah Gunung Singai.  tapi saya sudah pos entry untuk hiking yang lain dulu pulak.  tak kisahlah.  janji park kat sini untuk memori diri sendiri.

sebenarnya banyak kali dah saya berpengalaman hiking sambil meredah hujan.  ini entah kali yang keberapa pun tak ingat.  Cuma bezanya hiking kali ini hujan turun dengan lebatnya ketika saya sampai di puncak.  jadinya gambar di puncak tak adalah.  kami berehat sekejap dipuncak lepas tu terus bergerak turun dalam keadaan hujan yang sangat lebat.


 

snap masa hujan dah hampir reda


rehat sebentar di pondok ni sebelum turun


Sepanjang jalan kabus kelihatan di mana-mana.  Seronok juga dapat main hujan.  ini kalau masa kecil-kecil dulu memang teruk lah kena marah dengan emak sebab main hujan.  silap haribulan berbirat badan kena tali pinggan.  hohoho.  KLMJ pulak.  tapi sebab emak garang lah kami adik beradik semua jadi 'orang'... 

sekian, entry saya kali ini.

wassalam

Friday, 20 October 2017

mendaki Gunung Singai dan Camping 5 star di Kg Segong

assalamualaikum semua

entry ni sebenarnya dah lama terperap dalam draf.  kesibukan tugas menyebabkan aktiviti untuk membelek blog terbantut.  Gunung Singai di Kuching Sarawak memang kerap saya kunjungi.  antara sebabnya adalah trek yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin membawa anak2 yang bersekolah rendah. 

pemandangan di Gunung Singai tidak pernah mengecewakan.







sebaik sahaja selesai mendaki bersama ahli kelab, kami terus menuju ke Kg Segong untuk menginap di homestay tersebut.  jumpa pulak buah jambu putih.  biasa jambu air warna merah, bila jumpa warna putih terus ras pelik.  kebetulan ada yang dah boleh dimakan. saya pun ambil sebiji dan makan.  rasanya tak jauh beza dengan jabu air merah..



besar betul ulat gonggok yang saya jumpa ni.. biasa jumpa yang kecil aje.  snap gambar dari jauh ajelah ye. tak berani nak sentuh takut benda lain pula yang jadi.


kami perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke destinasi.  mujurlah tak banyak barang yang dibawa.  masa ni saya pakai selipar aje sebab lalu jalan kampung dan kebun aje. 




bila dan berkumpul sekali, aktiviti selfie beramai2 memang menjadi perkara penting...





 inilah bunga durian yang dikatakan sedap ditumis dan dimakan dengan nasi putih.  saya tak pernah lagi mencuba sayur ini.


 



sampai di Kg Segong, makanan tengahari pun telah tersedia dan yang membuatkan saya teruja adalah hidangan sayur bunga durian... yea... macam tahu2 aje saya punya keinginan.  rasanya memang sedap.  berkali2 saya tambah (tak ingat dah) dan makan sayur bunga durian ni.




selesai makan, aktiviti berendam pula.  tapi sebelum tu eksited pulak nak kutip bunga durian.  banyak kat sini sebab memang tengah musim durian berbunga.  kalau musim buah memang tak adalah lah dah bunganya.

   

kat sini ada air sungai yang mengalir jernih.  airnya sejuk dan tidak dalam.  memang sesuai untuk  beriadah bersama anak2 dan keluarga.





pada sebelah malam kami disajikan dengan hidangan pulut yang dimasak di dalam periuk kera.   ada sesetengah yang diletakkan inti sambal atau kacang.  pulut akan dimasukkan ke dalam periuk kera ni.  kemudian dituangkan santan sebelum dikukus hingga masak.








terasa macam berada di Zaman 60an pula bila melihat ada piring hitam di sini.  maka sepanjang malam lah lagu2 irama 60an dipasang di sini...
  



pada sebelah malam diadakan barbeque.  memang lupa diet terus ila saya dengan tidak sedar diri meratah kambing bakar dengan banyaknya.  sedap betul rasa kambing yang telah diperap dengan segala rempah pada siang hari lagi.  gambar sebelah malam tak ingat nak snap sebab masing2 leka menikmati hidangan malam.








saya tertarik dengan struktur binaan bangunan ini yang menggabungkan kayu dan buluh.  terdaapt juga kayu yang digunkan adalah kayu yang terdapat disekitar kebun ini yang diwarnis untuk mengekalkan keaslian warna kayu.



sekian entri kasa kali ini.  wassalam

Wednesday, 23 August 2017

memacak signboard di Gunung Singai

assalamualaikum semua

sekali lagi, kami mendaki puncak Gunung Singai.  kali ini saya bersama dengan Azim sahaja sebab kedua2 kakaknya ada kelas tambahan.  trip kali ini sebenarnya anjuran kelab Kembara anak Sarawak.  memandangkan Azim dah pernah sampai puncak, saya ajak lah dia dan dia pun nak ikut sebab dia keseorangan di rumah.  Misi kali ini adlah untuk memacak signboard di Puncak Gunung.


sebelum mula kita swafoto dulu ye..


inilah starting point di Gunung Singai.  sesiapa yang nak datang ke sini kena jaga2 sebab banyak juga anjing berkeliaran di sini.  kalau datang sendiri memang saya tak berani.  kalau ramai2 macam ni baru berani.  lebih2 lagi sekarang ni wabak Rabies sedang melanda di bumi Sarawak ni terutama daerah Serian dan Kuching.  lagilah kena berhati2.

kali ini  masa kami sampai  pintu gerbang di starting point telah selesai pembinaannya.  untuk makluman kat sini juga terletaknya gereja.  So kalau dah tahu kita guna kemudahan orang, pandai2 lah hormati mereka. jangan memandai2 nak buang sampah merata2 dan merosakkan kemudahan yang ada. ok.



keadaan trek saya dah pernah cerita sebelum ni.  so tak perlu nak ulang ye..  sampai dipuncak, swafoto dulu lah.  Sebab Azim memang dah pernah samapai puncak, dia memang laju lah.




kat puncak Gunung ni belum ada signboard lagi.  yang ada bendera malaysia aje.  sebelum pacak signboard, saya bergambar dulu kat sini.



gambar beramai2 dulu sebelum memacak signboard. 



sedikit video perkongsian semasa program memacak signboard ini berlangsung.  Azim pun sibuk nak tolong korek lubang..




gambar setelah selesai memacak signboard di puncak ini.  ada banyak keping sebenarnya tapi hp saya bengong gambar byk hilang.  bengang saya.




keesokan harinya tersiarlah dalam berita di akhbar Mingguan Sarawak bertarikh 13 Ogos 2017



dan satu lagi keratan akhbar dalam Borneo Post bertarikh 19 Ogos 2017



sekian, wassalam