Showing posts with label Gunung Gading Lundu. Show all posts
Showing posts with label Gunung Gading Lundu. Show all posts

Wednesday, 13 February 2019

mendaki gunung gading dan memacak papan tanda bersama KKAS


assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

sebelum cuti CNY saya berpeluang menyertai program memacak papan tanda di Gunung Gading yang dianjurkan KKAS dan kerjasama SFC dan Maksak. 

Program ini disertai seramai 33 orang ahli KKAS termasuk saya, DO Lundu dan Belia Lundu.  Program ini bertujuan untuk menggantikan papan tanda di puncak Gunung Gading yang telah uzur dimamah usia.

secara kebetulan juga pada waktu ini ada bunga raflesia yang sedang berkembang cantik.  Disebabkan saya dah pernah melihat bunga raflesia tu sebelum ini, saya taklah teruja sangat nak tengok.

perancangan saya selepas turun dari puncak gunung ini, kami akan berkemah di tapak khemah yang disediakan bersama anak2 saya.

Pendakian biasa mengambil masa 3-4 jam untuk ke puncak.  tapi kali ni saya dapat sampai dalam masa 2 jam 45 minit sebab perlu mengejar hero kecil saya yagn tak pandai penat.  sabo ajelah.  saya biasa mendaki secara santai sambil menikmati keindahan alam.


kita sarapan dulu

sesi taklimat dan perasmian.  no 2 dari kiri tu adalah DO Lundu

bergambar sebelum memulakan pendakian


sesi warming up

taklimat untuk mereka yang nak melihat bunga raflesia
pendakian bermula

yang ditunggu-tunggu pun tiba


sesi mengorek lubang


si hero kecil ni pun sibuk juga nak tolong korek lubang

bergambar dulu kat signboard lama

group photo dengan signboard baru pula.  

setelah selesai, sebelum bergerak turun, kami bergambar lah berdua dengan kedua2 signboard ayng ada di sini...
signboard lama

signboard yang baru

dalam perjalanan turun sempat jugalah saya merakamkan gambar apa2 yang menarik di pandangan mata saya

 


batu besar di tepi trail pendakian


tengok saiz ulat gonggok ni...


kawan sehiking  

Sebaik sahaja sampai semula ke starting point saya terus memasang khemah di tempat yang disediakan memandangkan waktu zohor yang menghampiri penghujungnya.  Sementara itu ketiga2 anak saya menyediakan makanan tengahari + petang.  waktu ni dah jam 3.45 petang.  menu simple sahaja tapi cukup menyelerakan.  lepas tu saya terus berehat.

mujur khemah kami dipasang di bawah bumbung sebab pada sebelah malam tu hujan turun dengan lebatnya.  Khemah yang berusia 15 tahun tu dah hilang waterprof nay.  kalau kena hujan air akan masuk. 

Aktiviti pagi  hanya melibatkan memasak sarapan dan bersantai2 sahaja kerana hujan masih belum reda.  niat nak melihat bunga raflesia terpaksa dibatalkan.  lebih kurang jam 10.30 pagi kami berkemas2 dan bergerak balik. 

disebabkan keletihan dan hujan saya terlupa terus nak mengambil gambar tapak khemah dan aktiviti yang kami anak beranak buat pada waktu itu.  tak pa lah.  lain kali boleh repeat balik memandangkan tapak khemah itu agak selesa dan sesuai untuk kami.

sekian, entry hiking dan camping untuk kali ini.

wassalam


Friday, 27 October 2017

mendaki Gunung Gading bersama anak-anak

assalamualaikum semua

sebenarnya impian nak hiking ke Gunung Gading ni dah lama tapi tak sampai2.  sebelum ni saya adalah datang ke sini tapi setakat mandi air terjun dan tengok bunga Raflesia aje.  mungkin sebab lokasinya yang agak jauh dari bandaraya kuching menyebabkan hasrat tertunda2.

Saya kongsikan sedikit maklumat pasal Gunung Gading yang terletak di Lundu Sarawak ini.  

  • Gunung ini terletak 62 km dari Bandaraya Kuching.  
  • Gunung ini telah digazetkan pada 1 Ogos 1983 sebagai kawasan pemeliharaan untuk habitat bunga Raflesia dan telah dibuka kepada orang ramai pada 1994. 
  • Keistimewaan Gunung ini pada tarikan bunga Raflesia yang merupakan bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga berdiameter 1 meter.  bunga ini mengambil masa 9 bulan untuk berkembang jangka hayat bunga ini  adalah  sehingga 7 hari sebelum ianya layu (mereput).  bunga ini biasanya akan berkembang pada musim hujan.  bukan sepanjang masa ada bunga ini.  Sekiranya berhajat untuk melihat bunga ini kena rancang betul2 dan sebaiknya menghubungi park HQ dulu untuk bertanya waktu yang sesuai untuk melihat  bunga ini kembang kerana mereka memang tahu bila waktu yang sesuai. wajib menggunakan guide bertugas untuk melihat bunga ini.
  • selain daripada tarikan pada bunga Raflesia, air terjun yang ada di sini juga tidak kurang menariknya. air terjun di sini ada banyak tempat.  kita boleh memilih nak yang dekat ataupun yang jauh.  air terjun yang tertinggi adalah waterfall no 7 yang mengambil masa selama 1 jam untuk sampai.  
  • Kepada yang berminat dengan aktiviti hiking bolehlah menuju ke puncak gunung yang mengambil masa antara 3-4 jam untuk sampai ke puncak (bergantung kepada stamina masing2).  pendaki tidak dibenarkan bermalam di puncak dan mesti turun pada hari yang sama.  
  • Daripada puncak, pendaki juga boleh terus menuju ke Batu Berkubu yang merupakan bekas penempatan komunis satu ketika dahulu yang mengambil masa 2 jam daripada puncak.  kalau rasa fit boleh lah teruskan pergi situ.
  • Taman ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.15 petang.
  • sekiranya nak bermalam, ada chalet dan tapak khemah juga disediakan tidak jauh dari park HQ. tapi kena booking terlebih dahulu.
  • sampai di Park HQ, kita kena daftar dulu dan  bayaran masuk akan dikenakan.  


kali ini saya mendaki ke Gunung Gading Summit bersama anak2 dan seorg kawan sekelas Izah.  kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi dan sampai jam 7 pagi.  (jauh kan?) .  disebabkan dalam hutan, masa sampai ni  keadaan masih belum terang lagi. tapi dah nampak laluannya.  kami start hiking lebih kurang jam 7.30 pagi.  




Ini lah pemandangan Gunung Gading dari jauh.  waktu ni lebih kurang jam 6.45 pagi.  dah terang waktu ni..


sebaik sahaja sampai sini kita akan berjumpa dengan pintu masuk dan pondok yang mana kita dikehendaki mendaftar dan bayar bayaran amsuk di situ.



muka2 eksited. sebelum  mula hiking, selfie dulu ye...


maklumat mengenai trek di gunung ini ada diberikan pada papan tanda ini



untuk rujukan pengunjung.  jadinya kita boleh rancang tempat yang nak dituju mengikut kemampuan diri sendiri.  kami rancang nak sampai ke Gunung Gading Summit yang mengambil masa selama 3 jam 30 minit perjalanan pergi.


 

sebaik memulakan perjalanan, kami melalui trek tangga kayu yang dipanggil raflesia trail yang mengambil masa 30 minit perjalanan.


 

selepas raflesia trail kita akan berjumpa pula dengan trail yang ada batu pemijak pula sebelum berjumpa dengan trail denai hutan yang berbatu batu seperti gambar di bawah.  Laluan ke puncak ditandakan dengan jelas.  cuma ikut aku tanda merah putih yang ada pada batang poko dan batu..


 





kami  berehat sebentar di batu apek yang mempunyai ceritanya sendiri.  di bawah ni saya snap kisah pasal batu apek ni.





bila dah penat tu layan jugak lah bujang sorang ni berposing..





Waterfall three ni ada lagendanya sendiri.  kononya air terjun ini dijaga oleh tiga orang puteri.  pendaki dinasihatkan untuk tidak mandi di air terjun ini.  kami cuma melintas aje kawasan ini.






bila masuk dalam hutan ni kenalah patuh arahan dan peraturan ye.  contohnya papan tanda ini...




disebabkan Izah, wani dan Kirah dah lama tak ikut hiking dan running, mereka agak keletihan (pewai).  beberapa kali mereka berhenti.  sampaikan lebih kurang 200 m lagi nak sampai puncak diorang dah mula give up dan nak patah balik.  Saya suruh mereka berehat sebentar manakala saya dan Azim meneruskan perjalanan untuk meninjau laluan ke puncak sebab masa ni saya dapat merasakan perjalanan ke puncak dah dekat.  masa ni kami berada pada jarak 3.6 km. tapi sebab tak ambil tahu jarak kepuncak menyebabkan kami tertanya2.  (salah sendiri).  lebih kurang 10 minit, kami pun sampai ke puncak.  masa tu baru nak call Izah tp dia dah call sy dulu.  saya suruh mereka terus berjalan sebab dah tak jauh.  Sementara menunggu mereka sampai saya dan Azim bergambar dulu dan berehat disitu.

 

kat bawah ni saya kongsikan sebahagian gambar sepanajng trail Gunung Gading ini yang menarik perhatian saya dan sempat disnap guna HP aje.  


 

 

 



 

kami berehat lebih kurang 1 jam sambil makan coklat aje. Saya perasan langit nampak gelap tanda2 nak hujan.  Dan semasa perjalanan menuruni gunung ini hujan pun turun.  nasib baik persediaan memang saya dah buat awal.  masing2 ada baju hujan sendiri.  ajdi tak ada masalah sangat lah walaupun terpaksa berjalan dalam keadaan kurang selesa.  Tapi hujan turun sekejap aje.  cuma agak lebat lah.


  


sebaik sahaja kami melepasi air terjun yang terakhir, kami terus menggunakan laluan untuk melihat bunga Raflesia.  kebetulan memang ada bunga yang sedang berkembang.  Sepatutnya kalau nak tengok bung ni kena ada guide tapi nak jadikan cerita bunga tu kembang pada laluan trail turun.  jadi memang nampaklah dari trail tu.   so kami terus berhenti dan bergambar.  Waktu kami tengok usia bunga ni lebih kurang 4 hari.  nampak kelopaknya dah mula mengecut. 





saya kongsikan gambar kemudahan yang ada di sekitar park HQ ni yang sempat saya snap.. 




sebelum balik kami berehat kat kolam air ni dulu sambil berehat.  saya celup kaki aje dalam air disebabkan mata saya  masih belum boleh terendam lama dalam air.  (ada saya buat entry pasal rawatan LASIK sblm ni)





sebelum balik kita bergambar beramai2 dulu kat sini..




sekian entry saya kali ini.  Wassalam