Showing posts with label Waterfall Kubah National Park Matang Kuching Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Waterfall Kubah National Park Matang Kuching Sarawak. Show all posts

Monday, 24 June 2019

hiking selepas bercuti panjang

assalamualaikum semua

pada awal tahun lepas saya telah menjalani pembedahan di bahagian lutut (arthroscopy).  akibat pembedahan ini saya dikehendaki berehat daripada aktiviti lasak selama 8 minggu.  namun saya terus berehat panjang memandangkan ramadhan menjelang dan disusuli sambutan hari raya aidilfitri.

Setelah 3 bulan berehat (saya mengikuti fisioterapi dan melakukannya sendiri di rumah), so saya cubalah test semula lutut ni.  sebab dah lama berehat saya tak berani untuk terus mencuba laluan yang mencabar.  so saya ambil keputusan untuk hiking ke waterfall di Gunung Serapi yang mengambil masa 1 1/2 perjalanan pergi.

 

pemandangan waterfall di sini memang cantik.  dan airnya sejuk betul.  Azim aje yang mandi.  saya cuma bersantai2 sahaja menikmati pemandangan


banyak binatang ni saya jumpa sepanjang perjalanan pulang

 


 kulit pokok ini  ada tompokan corak seperti wall  paper

bahagian dalam pokok ni macam alor vera
 dalam perjalanan balik mata saya liar menyaksikan flora dan fauna yang ada.  saya tertarik dengan sebatang pokok yang patah.  mungkin sebab kena tiup angin sebelumnya.  kulitnya bertompok dan bahagian dalam abtangnya seperti alor vera yang mempunyai banyak air.  saya tak berani pegang pokok ni.  sekadar snap gambar aje.


besar juga ulat ni.  tak tahu namanya pun

lebih kurang lagi 20 minit untuk sampai ke laluan keluar, kami terjumpa sejenis pokok bunga yang besar.  1 kuntum dah layu dan sekuntum lagi masih belum berkembang.  menurut petugas di pintu masuk bunga ini akan berkembang lebih kurang 2 hari lagi.  bunga besar ini dipanggil armophophallus.  kalaulah masa mengizinkan memang saya nak datang semula untuk melihat rupanya bila berkembang.  saya teruja sangat sebab dah banyak kali kami datang sini tp tidak ada rezeki jumpa pokok bunga ini.  syukur kali ini diberikan rezeki untuk melihat satu lagi ciptaan ilahi yang menakjubkan.

 

 



 


merah dan kuning dalam satu pokok

syukur alhamdulillah lutut saya memberikan respond yang baik.  Saya hanya menggunakan pace kura-kura aje sebab saya tak mahu mengambil risiko kecederaan lagi.

Sekian, wassalam


Thursday, 15 September 2016

Kubah National Park (Waterfall)

assalamualaikum semua

Entry kali ini kita berkunjung pula ke Kubah National Park yang terletak di di Kaki Gunung Serapi. Jaraknya lebih kurang 21 km daripada Bandaraya Kuching tapi kalau daripada kediaman kami hanya 10 minit sahaja.  tak jauh sangat pun sebenarnya. ia terletak bersebelahan dengan Matang Family Park iaitu tempat rekreasi keluarga.

Entah macam mana tergerak pulak hati untuk berkunjung ke situ masa cuti yang lepas.  Perjalanan ke air terjun tu mengambil masa lebih kurang 2 jam pergi dan 2 jam balik. 1 jam melalui jalan berturap manakala 1 jam lagi merentasi laluan denai.  kalau nak mendaki Gunung Serapi pula mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke puncak.  Ketinggian Gunung Serapi adalah  2600 kaki dari aras laut.  Tapi untuk pertama kali ini saya tak merancang untuk ke puncak.  cukuplah sekadar mengunjungi air terjun yang dikatakan amat cantik.


inilah rupa pass masuk.  Pada masa ini bayarannya adalah RM10 untuk dewasa 18 tahun ke atas, kanak-kanak 6-18 tahun RM 3, senior dan disable RM5 manakala kanak-kanak 6 tahun ke bawah percuma.


Setelah itu map akan diberikan.  untuk kali ini saya memilih laluan biru, iaitu laluan ke waterfall trail.  next time boleh lah memilih trail lain pulak..

 

bergambar dahulu sebelum memulakan aktiviti.  Muka masing2 yang sangat eksited untuk aktiviti kali ini...


Untuk perjalanan laluan 1 jam pertama, kami hanya melalui jalan berturap yang cantik.  tidak banyak rintangan kecuali kepenatan kerana mendaki..

Sepanjang perjalanan terdapat juga disediakan ruang berehat.  kami tidak melepaskan peluang berehat di sini. 





setelah lebih kurang 1 jam perjalanan, kami pun sampai ke waterfall trail.  Di sinilah cabaran 'jungle trecking' bermula sebaik sahaja kami melalui waterfall trail.





 

 

Sebaik sahaja kami sampai ke waterfall, segala kepenatan seakan hilang apabila menyaksikan keindahan air terjun tersebut.  anak2 saya memang tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di situ.  Air nya memang sejuk dan menyegarkan.  kami berehat di situ selama hampir 2 jam.  Melepaskan penat sambil menyaksikan keindahan alam semula jadi.  lebih kurang jam 1 tengahari barulah kami bergerak  keluar dari situ.  itu pun anak2 masih tak puas lagi bermain air di situ. Tapi memandangkan perjalanan pulang akan mengambil masa 2 jam saya terpaksa memaksa mereka. 

  

 









Setelah berjalan hampir 2 jam, kami pun sampai semula ke pintu masuk.  di sini kami berehat sebentar sebelum pulang ke rumah.  Muka keletihan setelah menempuh perjalanan 4 jam pergi dan balik...


ini merupakan pengalaman yang baru untuk anak2 saya.  sebelum ini saya hanya membawa mereka mandi manda di kaki gunung aje atau di jeram2 yang tidak jauh daripada parking kenderaan.  bila sekali sekala membawa mereka meredah hutan, nampak lah mereka sangat seronok.  Maknanya aktiviti seperti ini boleh lagi dilakukan pada masa akan datang.. Insha Allah.

sekian, wassalam.