Monday 31 December 2018

mendaki Bukit Broga di Semenyih Selangor

assalamualaikum semua

cuti hujung tahun biasanya musim tengkujuh.  tak digalakkan sangat membuat aktiviti hiking.  tapi memandangkan  saya jenis suka masuk hutan, rasa keinginan tu memang tak dapat cerita lah.. sebenarnya banyak kali dah plan nak hiking ke Bukit Broga pada waktu peang tapi selalunya waktu petang hujan.  jadi terpaksalah dibatalkan kemahuan tu.  Akhirnya sy decided nak try hiking waktu pagi pulak.  sebelum tu sy ada try bw anak buah saya mendaki Bukit Botak di Puncak Alam.  Ingatkan diaorang serik.  tapi rupanya seronok pula.  bila tahu sy nak hiking Bukit Broga, pagi2 lagi dia orang dah terpacak depan pintu nak ikut.  Risau juga saya sebab kali ni pergi solo aje dan keadaan trek pun saya tak tahu. mujur lah seorg aje anak buah yang ikut.  yang seorang lagi masih lena (sebenarnya emak diorang tak bagi sebab dia kecil sgt baru 7 tahun).  Wani dan Azim saya tak risau sebab dia orang dah biasa sy bw hiking.

kami sampai di starting point jam 6 pagi.  kat situ ada kemudahan untuk solat dan tandas.  ruang solat percuma aje, tapi kalau nak guna tandas kena byr RM1.  parking kereta dicharge RM1 seorang.

dapat merasa keindahan pemandangan awan carpet yang cantik


inilah 3 orang prebet saya kali ini.  yang tudung coklat tu lah anak buah saya
 sedkit perkongsiaan pengalaman saya yang pertama kali mendaki Bukit Broga ini.  Bukit Broga ini terletak di Semenyih, Negeri Sembilan.  Laluan trailnya jelas.  Bayaran yang dikenakan adalah:

  • parking kereta : RM1 seorang (kalau ada 4 orang dalam kereta tu akan dicharge RM4)
  • bayaran masuk : RM1 seorang.  ada pondok selepas pintu gerbang tu.  ada orang jaga di situ.  Tapi sebenarnya ada 2 laluan.  kalau lalu sebelah kiri akan ada bayaran dan kalau lalu sebelah kanan tiada bayaran.  laluan sebelah kiri tu sebab melalui kebun orang dan pemiliknya mengenakan bayaran masuk.  itulah info yang saya dapat.


Untuk yang pertama kali mendaki,  anda akan tertipu sebanyak 3 kali.  Untuk makluman puncak Bukit Broga ini ada 3 sebenarnya.  macam menguji mental juga terutama bagi pendaki baru. 
puncak pertama



puncak ke dua

di puncak ke 3

bukti kami semua berjaya sampai ke Puncak..

kat puncak Bukit Broga ini juga terdapat papan tanda ke Gunung Tok Wan.
disebabkan ini kali pertama saya mendaki Bukit Broga, saya tak adalah merancang untuk ke Gunung Tokwan.  Lagupun sy membawa anak buah saya yang baru nak kenal dunia hiking.  Insha  Allah next time saya akan try hiking ke gunung Tokwan pula

berehat sebentar


saya suka betul view ni

bagi saya trek ni boleh tahan juga mencabar

bergambar sebelum balik
sekian perkongsian hiking saya kali ini.

Wassalam

dekorasi sempena nak tukar tahun

assalamualaikum semua

biasanya hujung minggu ada aje gunung yang saya nak daki.  Mungkin sebab terlalu aktif menyebabkan lutut saya mulai membengkak.  so atas nasihat kwn2 sy berehatlah dulu.  tapi sebab dah memang biasa akatif tak reti duk diam, mula lah idea mendeko pula muncul dalam kepala. 

sebenarnya dah lama saya berhajat untuk menukar warna kabnet dapur saya.  tapi belum sampai seru lagi.  begitu juga bilik air Azim aka bilik air tetamu.  cuma ideanya tak muncul lagi.


hasil cuti hiking maka terhasillah refomasi ini


gambar sebelum

 

bilik air ni berwarna putih coklat.  malangnya ada sekeping tile tertanggal dan tak jumpa pun corak yang sesuai.  sedih wei... 



Inilah rupa kabinet hitam oren saya yang penuh dengan nostalgia silam...  saya nak tukar sangat warnanya sebab warna kabinet ini bukanlah pilihan hati saya.  Tapi iya lah bukannya murah kalau nak tukar dan mengambil masa yang lama juga prosesnya.  tak sanggup saya nak bermain dengan debu-debu dan habuk.



gambar selepas


Tada.........................




 

tiles yang cacat tu saya tutup dengan 3D wallpaper.  terus berubah suasana bilik air tu.  




dengan menggunakan wallpaper kalis air (beli kat MR DIY aje)  terus berubah warna kabinet saya.  happy sangat.  tapi malangnya roller blind saya pada bahagian bwhnya dah mula hitam sebab masa memasak saya akan gulung keatas.  jadi segala asap dan wap akan kena sedikit pada hujung blind tu lah...  ada juga saya cuba cuti tapi setakat ni masih belum jadi lagi.  Anak-anak saya pun suka tengok perubahan pada kabinet tu.  

sekian perkongsian deko-deko saya.  

Wassalam

Friday 21 December 2018

berkelah ke Pantai Morib

assalamualaikum semua

setelah seminggu duk kat rumah aje menjaga si bujang berpantang, sy sekeluarga keluarlah makan angin ke Pantai Morib aje.  lagi pun bujang dua orang tu dah sembuh.  petua orang-orang tua kata bagus bawa budak yang baru lepas berkhatan mandi sungai, kolam atau laut.  cadangan asal adik sy ajak mandi kolam.  tapi saya kurang setuju sebab kolam renang ni ada kandungan klorin yang banyak.. so sy cadangkan pergi ke pantai.  memandangkan adik saya pun cuti juga so kami berramai2 pergi ke Pantai Morib.  Saya memang tak berapa suka mandi pantai.  memang dari dulu lagi.  so sy jadi tukang jaga barang lah.


suasana sebelah petang di pantai morib

air masih surut tapi dah mula pasang waktu ni

adik ipar sy yg sama2 jaga barang



sblm balik bergambar dulu




pemandangan waktu senja yang cantik

saya suka gambar ni...

ditempat yang sama tapi teknik mengambil gambar yang berbeza

Tuesday 18 December 2018

mendaki Bukit Botak Puncak Alam Selangor

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semenjak saya aktif semula hiking ni, rakan-rakan saya semakin bertambah.  betullah dengan hiking kita akan dapat ramai kawan.  kalau sebelum ini kawan-kawan saya hanya tertumpu kepada rakan sepejabat, rakan sekolah dan rakan seuniversiti.  tapi sejak aktif ni bermacam-macam profesion pun ada. 

kali ini saya berkesempatan untuk mendaki Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam Selangor.  Hasil perkenalan semasa mendaki Gunung Santubong, rakan hiking sy Masha (berniqab) telah membantu saya dengan menunjukkan lokasi Bukit Botak yang sememangnya sukar untuk dijumpai sebab tak ada sebarang papan tanda di situ.

Pendakian kali ini turut disertai oleh 2 orang anak buah saya disamping Azim dan Wani.  Turut serta juga adalah 2 org sahabat hiking Masha dan anak masha yang berumur 9 tahun.


pendapat saya trek ini santai dan sesuai untuk mereka yang ingin hiking bersama anak-anak.  peringkat awal akan melalui ladang kelapa sawit sebelum menyusuri denai hutan sebelum sampai ke laluan berbatu yang terkenal dengan view yang cantik.  sebenarnya hp saya tertinggal.. jadinya tak banyak lah gambar yang ada memandangkan saya menumpang ehsan hp org lain.  berhuhulah... tak apa.  Insha Allah  next time kita repeat lagi..


 

bila membawa kanak-kanak memang bermacam-macam ragam dan aksi lah mereka.  siap panjat pokok lah nak bergambar.


 

 

 
boleh tahan juga laluan berbatu ni.


 

Patutlah dinamakan Bukit Botak.  kat puncaknya gondol tak ada sebarang pokok.  kalau tengah hari memang panas terik lah.

sekian, entry hiking saya kali ini.  Wassalam

Pengalaman Percutian backpacker ke Hat Yai & Songkhla (Part 1)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Entry kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya melancong ke Hat Yai dan Songkhla Thailand.  Perbezaan percutian kali  ini sebab saya sekeluarga memilih untuk menaiki keretapi klasik dari Padang Besar ke Hat Yai dan menggunakan pengangkutan awam sepanjang berada di sana.  untuk makluman  keretapi klasik ini hanya beroperasi 2 kali sehari iaitu jam 9.45 pagi dan jam 3.55 petang sahaja.  Selain daripada keretapi pengangkutan alternatif lain untuk ke Hat Yai adalah mini van dan bas.


HARI PERTAMA (JUMAAT) 
(Padang Besar - Hat Yai)

jam 8.45 pagi kami dah sampai ke stesen Padang Besar.  lepas parking kereta kami terus bergerak untuk membeli tiket.  Memandangkan waktu ini cuti sekolah, waktu kami sampai dah ramai yang sedang beratur untuk membeli tiket.  kaunter akan dibuka jam 9 pagi.  harga tiket train adalah 50 Baht atau RM7 seorang.  disebabkan saya kalut tak sempat tukar duit saya bayar dengan RM lah.  kos tiket untuk 5 orang adalah RM35 sahaja.

beratur di platform 2 ye.  jangan silap platform pulak

tengok belakang tu, ramai betul orang yang nak naik train pagi2 ni...


inilah rupa tiket train Padang Besar - Hat Yai
selepas membeli tiket, terus beratur melalui imigresen.  waktu ini kita perlu isi borang imigresen yang boleh diperolehi di situ.  Selesai proses imigresen (cop passport di Malaysia dan Thailand) kami dengan eksitednya menaiki train tu.. teruja sangat.


di sini juga saya membeli sim kad dengan nilai 200 Baht.  Wajib ada sebab saya backpaker aje dan akan mengaktifkan GPS untuk bergerak nanti.

inilah rupa train klasik tu ye.  




sambil duduk kita bergambar lah. rezeki saya dapat naik train klasik yang tingkapnya boleh di buka dari atas ke bawah.  Nampak tak kipas  pada bahagian atas train ni.. hihihi memang nostalgia betul lah.

Perjalanan dari Stesen Padang Besar ke Stesen Hat Yai mengambil masa selama 55 minit.  Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan perbagai pemandangan rupa bumi dari ladang2,  rumah2 kediaman dan hutan yang menghijau.  walaupun tiada air cond tapi kami rasa selesa kerana tingkap train ini terbuka dengan luasnya.  hati2 lah kepada yang pakai tudung tak berpin.  takut terbang keluar pulak...



Muka ceria sebaik sahaja sampai ke stesen keretapi Hat Yai

kami menginap di Silla House yang terletak 1 km dari stesen keretapi Hat Yai.  disebabkan jarak yang dekat kami berjalan kaki sahaja berpandukan GPS yang diaktifkan menggunakan HP.


tempat letak towel ni unik sebab menggunakan bakul rotan yang digantung

gambar dalam bilik penginapan saya lupa nak ambil. tapi bilik ni kecil sahaja ada katil single dua tingkat.  dan ada ruang sikit cukup2 untuk solat  manakala tandas dan bilik mandi terletak di bahagian belakang setiap level.  sebab kami berlima, saya menyewa 2 bilik. Kos untuk 2 bilik untuk 2 malam adalah 2000 baht. (murah kan).

Flooting Market kali pertama

Setelah selesai urusan penginapan dan solat jamak zohor asar, dstinasi kami yang pertama adalah Floating Market.  kami menaiki tuk tuk dengan nilai 200 baht untuk 5 org. 


baju berkait untuk baby ni cantik. tak ingat pula harganya

pemandangan pasar terapung ni dari atas jambatan

  

ais krim kelapa dalam pasu 40 baht 


 

 


dengan nilai 20 baht, kami dapat menikmati air yang diletakkan didalam buluh berserta straw buluh yang dihias dengan bunga orkid.  jenis air yang boleh dipilih adalah air kelapa, laici, green tea dan sebagainya. 

pulut mangga yang sedap berharga 60 baht




 



meriah kan? 

satu lagi keunikan minuman daripada buah kelapa ni

Lee Garden Night Market

daripada floating market, kami terus bergerak ke Lee Garden night market dengan menaiki tuk tuk dengan nilai 200 baht untuk 5 orang lagi.

udang besar ni sepinggan 500 baht

tom yum sea food berharga 100 baht semangkuk

sup sarang burung berharga 100 baht semangkuk

ABC kelapa ni harganya 80 baht 


suasana malam di Lee Garden
selesai makan malam dan cuci mata kami berjalan kaki sahaja balik ke bilik penginapan untuk berehat untuk perjalanan keesokan hari pula

bersambung...