Monday 24 June 2019

hiking selepas bercuti panjang

assalamualaikum semua

pada awal tahun lepas saya telah menjalani pembedahan di bahagian lutut (arthroscopy).  akibat pembedahan ini saya dikehendaki berehat daripada aktiviti lasak selama 8 minggu.  namun saya terus berehat panjang memandangkan ramadhan menjelang dan disusuli sambutan hari raya aidilfitri.

Setelah 3 bulan berehat (saya mengikuti fisioterapi dan melakukannya sendiri di rumah), so saya cubalah test semula lutut ni.  sebab dah lama berehat saya tak berani untuk terus mencuba laluan yang mencabar.  so saya ambil keputusan untuk hiking ke waterfall di Gunung Serapi yang mengambil masa 1 1/2 perjalanan pergi.

 

pemandangan waterfall di sini memang cantik.  dan airnya sejuk betul.  Azim aje yang mandi.  saya cuma bersantai2 sahaja menikmati pemandangan


banyak binatang ni saya jumpa sepanjang perjalanan pulang

 


 kulit pokok ini  ada tompokan corak seperti wall  paper

bahagian dalam pokok ni macam alor vera
 dalam perjalanan balik mata saya liar menyaksikan flora dan fauna yang ada.  saya tertarik dengan sebatang pokok yang patah.  mungkin sebab kena tiup angin sebelumnya.  kulitnya bertompok dan bahagian dalam abtangnya seperti alor vera yang mempunyai banyak air.  saya tak berani pegang pokok ni.  sekadar snap gambar aje.


besar juga ulat ni.  tak tahu namanya pun

lebih kurang lagi 20 minit untuk sampai ke laluan keluar, kami terjumpa sejenis pokok bunga yang besar.  1 kuntum dah layu dan sekuntum lagi masih belum berkembang.  menurut petugas di pintu masuk bunga ini akan berkembang lebih kurang 2 hari lagi.  bunga besar ini dipanggil armophophallus.  kalaulah masa mengizinkan memang saya nak datang semula untuk melihat rupanya bila berkembang.  saya teruja sangat sebab dah banyak kali kami datang sini tp tidak ada rezeki jumpa pokok bunga ini.  syukur kali ini diberikan rezeki untuk melihat satu lagi ciptaan ilahi yang menakjubkan.

 

 



 


merah dan kuning dalam satu pokok

syukur alhamdulillah lutut saya memberikan respond yang baik.  Saya hanya menggunakan pace kura-kura aje sebab saya tak mahu mengambil risiko kecederaan lagi.

Sekian, wassalam


Wednesday 19 June 2019

mengait aneka jenis kopiah

assalamualaikum semua

saya kongsikan beraneka jenis kopiah yang pernah saya buat sama ada untuk kegunaan anak saya mahu pun tempahan.

kopiah 1 

kopiah ini  saya panggil corak bintang pecah 7.  yang ini saya guna benang bobocorn yang mempunyai urat besar sikit dari yang biasa digunakan (biasa saya guna benang nona atau wina).





kopiah 2

kopiah bernama simple ini menggunakan 2 warna.  saya gunakan benang wina yang dapat menghasilkan kopiah yang kemas dan keras.



 kopiah 3

kopiah bernama yang ini saya dapat idea daripada kopiah bernama simple di atas.  saya tambahkan corak pada bahagian atasnya untuk membentuk 7 corak pecahan diamond.






kopiah 4

kopiah bernama yang ini menggunakan 3 warna dengan bahagian atas kopiah diberikan 7 corak diamond sama seperti kopiah 3 yang direka oleh saya sendiri.  kopiah jenis ini lah yang paling banyak mendapat permintaan daripada pelanggan saya menjelang aidilfitri yang lepas.

 









 kopiah 5

kopiah ini dinamakan kopiah lebai diamond.  menggunakan 1 warna sahaja, pada bahagian atasnya bercorak salju dengan 8 pecahan dan bahagian tepinya ada corak diamond



 


ini adalah sebahagian kopiah yang sempat saya snap gambar.  yang lain-lain saya kena cari balik sebab gambar2 yang ada dah bercampur2 dengan gambar kenangan raya saya.  nanti saya sambung lagi jenis2 kopiah design lain yang pernah saya buat lagi.

sekian, wassalam

Biskut raya - biskut nestum ice

assalamualaikum semua

Biskut ini antara biskut yang paling mencabar untuk saya sebab terpaksa buat banyak kali toppingnya.  saya tak tahulah di mana silapnya tapi topping saya tak menjadi seperti yang diharapkan.

bahan base
250 gm mentega
90gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu makan vanila
100 gm nestum (dikisar halus)
1 sudu tepung jagung
300 gm tepung gandum


Cara membuatnya
1. pukul mentega dan gula sampai kembang.  masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, nestum dan vanila. gaul sebati hingga jadi doh.
2.  bentukkan menggunakan penerap yang diatas plastik dan gunakan penerap bulat.  (nak guna acuan bentuk lain pun boleh. ikut suka lah)
3.  paipkan topping diatasnya dan coretkan coklat emulco atau perasa cuppucino mengikut corak kesukaan anda.
4.  Bakar selama 40 minit pada suhu 130 darjah dengan menggunakan api atas bawah.
5.  bila dah masak, sejukkan dulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara. 


inilah rupa base biskutnya.  saya guna acuan bulat.


setelah diletak topping. 

ikut sukalah nak lorek macam mana ye.  janji nampak cantik di mana

untuk membuat toppingnya boleh pilih salah satu cara ini.

Bahan Topping 1
1 sudu makan meringue powder
1/4 cwn air sejuk
6 sudu makan gula icing
1 sudu makan tepung jagung


Cara-cara

1. pukul meringue powder dan air hingga kembang.
2. masukkan gula aising dan pukul lagi
3. masukkan tepung jagung dan kacau sebati.


Bahan Toping 2
50 ml putih telur
150 gm icing sugar
1 sudu tepung jagung

Cara-cara

1. pukul putih telur sampai kembang
2. masukkan gula aising dan pukul sampai berbuih
3.  masukkan tepung jagung.  pastikan bila diangkat dengan sudu adunan tidak jatuh


* adunan aising ni boleh dibuat lebih sebab tak cukup untuk adunan base biskut

selamat mencuba...

Monday 17 June 2019

biskut raya - Semperit/ Dahlia 3 bahan

assalamualaikum semua

saya nak kongsikan biskut raya yang saya buat untuk edisi raya tahun ini

sebelum ini saya buat biskut semperit menggunakan bahan lain.  kali ini saya buat yang paling simple aje dan menggunakan 3 bahan sahaja.  sebenarnya saya dah pernah cuba buat biskut ini sebelum ini untuk kudapan anak2.  alhamdulillah menjadi.  jadinya eloklah saya  kongsikan resepinya di sini untuk perkongsian dan rujukan saya pada masa akan datang.  senang.

Resepi biskut Semperit/ dahlia mudah

bahan

1 kg tepung jagung
1 tin susu pekat
500 gm butter

cara-caranya

dengan mengunakan jari, gaul tepung dan butter sampai jadi serbuk roti.  kemudian, masukkan susu pekat.  gaul dengan lembut dan lemah gemalai sahaja.  doh ni memang lembut.  jangan memandai2 tambah tepung pula.  masukkan dalam acuan semperit dan tekan atas dulang pembakar.  letakkan coklat chip sebagai hiasan.


inilah rupanya sebelum dibakar

inilah rupa biskut selepas keluar dari oven.
panas oven dahulu.  bakar pada suhu 180 darjah selama 10 - 15 minit (bergantung kepada jenis oven) atau hingga masak.  

sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.  mudah kan cara membuatnya...

sekian, wassalam