Showing posts with label Gunung Fansipan Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Gunung Fansipan Vietnam. Show all posts

Tuesday, 20 August 2019

Trip ke North Vietnam - Mt Fansipan (Summit Attack)

assalamualaikum semua

Entry bersambung lagi.  Jam 3.30 pagi saya dah bangun untuk bersiap2 dan mengemas apa2 yang patut.  masing2 slow aje sebab pada waktu ini hujan turun dengan lebatnya.

menu breakfast pagi ni.  Mee mangkuk dan air kopi 

menung apa tu??
Disebabkan hujan, kami start lewat.  selepas subuh baru kami bergerak naik dengan memakai baju hujan.  sebenarnya saya tak berapa suka hiking dengan baju hujan ni sebab tak selesa.  tapi kena pakai juga supaya tak kena hipotemia (kesejukan melampau) yang boleh mengakibatkan perkara yang lebih buruk berlaku..

suasana pagi yang berkabus

dalam kesejukan, kehujanan dan kebasahan, kaki terus melangkah perlahan-lahan.  Sesekali saya berhenti melepaskan penat sambil menikmati pemandangan sekitar.



jumpa tangga ni pulak.  menurun wei... hohoho

hadap aje lah

cantik berkabus. i like it

muka dah mula ceria sebab nak sampai dah.  ada nampak cable car tak??

kat dalam bangunan ini lah saya tersesat sorang2.  seram tau
sebaik melepasi laluan cable car,  saya dah mula lega sebab tahu nak sampai dah.  ada seorg guide tu tunjuk laluan sebab kat sini tak ada tanda.  saya pun ok lah masuk dlm bangunan yang ditunjuk tu.  sekali sunyi sepi.  terkial2 saya mencari jalan keluar.  sabar ajelah.  setelah berlegar2 dalam tu baru jumpa laluan keluarnya.  hampeh betul.  laluan keluar tu tersorok aje kat hujung bangunan.

lepas satu azab, ingatkan dah hampir tamat tapi rupa-rupanya kena mengadap lebih banyak anak tangga batu lagi.  huaaaaaa.. padan muka.  masa ni mental saya dah mula down sikit.  ditambah pula dengan cuaca yang tidak memihak...

tangga lagi.  ambik kau.  sayup aje nampak atas tu.. menung sekejap kat sini.

dekat di mata tapi jauh di kaki.  huhuhu

masa ni kaki dah lemah gemalai.  mujur awan tu marbeles...

Masa ni saya sesorang aje.  yang depan dah hilang, yang belakang pun hilang.  malas nak mengejar dan menunggu.  saya teruskan aje langkah ini hingga sampai ke puncaknya....


akhirnya... yahooooooo

dapat medal juga
kat tempatl lain pulak. 

bersorak memberi semangat kepada group sweeper.   amboi.. mentang2 lah dah sampai dulu  
bila disuruh bergambar free style.  😂😂😂

Selesai group photo, orang dah mula ramai sebab group yang menaiki cable car dah mula sampai.  Waktu ni tak payah nak berangan lah nak bergambar untuk possing sesorang.  memang byklah photo booom kat sebelah menyebelah tu.  Hujung minggu kan.  mujur saya dah puas bergambar sblm ni...

masih hujan lagi waktu ni.

tengok.. memang tinggal impian lah kalau nak posing single kat sini.. 

sebab orang dah mula ramai berkerumun kat situ, moh lah kita bergerak turun.  Team kami berpecah dua waktu ni.  team padu turun guna trail tadi  manakala selebihnya guna cable car.  Saya memang dah rancang nak naik cable car sebab nak merasai sendiri menaiki cable car yang direkodkan cable car terpanjang di dunia tu.  bila lagi kan nak mencuba. so daripada 30 orang, 11 orng aje yang turun guna trail dan selebihnya paham2 sendiri lah.   hahaha.  Jam 9 am group yang guna trail dah mula bergerak turun manakala yang tinggal ni bersantai2 dulu sebab naik cable car tu cuma 20 minit aje perjalanan turunnya.

hujan lagi tak berhenti2.  lencun dah walaupun berbalut plastik





tengok gambar pun tahu betapa sejuknya waktu ini


next entry saya kongsi pengalaman naik cable car pulak ye...

sekian, wassalam

bersambung....

Friday, 9 August 2019

Trip ke North Vietnam - Sa Pa ke Gunung Fansipan (camp 2)

assalamualaikum semua


ok kita sambung entry di Sa Pa Vietnam ni.

Jam 5 pagi dah kena bangun untuk bersiap dan mengemas barang2.  kami breakfast di restoran yang terletak di depan tempat penginapan kami.


menu breakfast 
nak tak nak kena juga pakai chopstik. 

cantik restoran ni

sebahagian ahli yang ada.  yang lain tunggu van lagi


bergambar dulu sebelum pewai.  hahaha



perjalanan dimulakan dengan menyusuri laluan bersungai.   santai2 sahaja menikmati kejernihan air sungai dan pemandangan sekitar.  masa ni peluh belum keluar lagi.  so masih bersemangat nak senyum lebar masa ambil gambar.





lepas jumpa dengan laluan berhutan kecil, bermulalah aktiviti mendaki anak tangga yang banyak betul.  anak2 tangga ini agak tinggi juga lah menyebabkan saya yang kementot ni nak kena melangkah besar-besar.

 



masih mampu senyum lagi 
lebih kurang 2 jam perjalanan, sampailah ke Camp 1 untuk berehat dan lunch.

bergambar kat sini

menu lunch yang disediakan.  ada serunding special yang diimport 



bergambar sebelum bergerak ke Camp 2


pemandangan berkabus sepanjang perjalanan naik


laluan bertangga lagi

penat wei...

sambil-sambil naik tangga tu mata memerhatikan pemandangan sekeliling..

tangga aluminium pulak..


senyum lah wahai hati walaupun dah mula keletihan jumpa tangga

ok, terus kan aje

berhenti sekejap.  bergambar dulu. cheeseeee....

jam 5.30 petang, saya pun sampai ke camp 2. fuhhh lega rasanya.  gambar di camp 2 saya lupa nak ambil.   sempat ambil tempat makan aje.  maklumlah dah kelaparan + keletihan.  selepas bersihkan diri saya berehat sementara menunggu rakan-rakan lain sampai.

tempat makan di camp 2

sekitar camp 5 yang sempat disnap



dinner yang meriah 

selesai dinner, masing-masing kembali ke tempat penginapan untuk berehat dan tidur untuk misi summit attack jam 4 pagi keesokan harinya.

bersambung..............