Showing posts with label Electrical. Show all posts
Showing posts with label Electrical. Show all posts

Wednesday, 29 June 2016

kerosakan wiring pada kotak DB

assalamualaikum semua

sebenarnya perkara ni dah kerap terjadi. tapi saya yang tak ambil apa2 tindakan.
kadang2 masa tengah mandi menggunakan water heater pun terjadi black out.
sampailah terjadi insolator pada DB tak dapat berfungsi.
trip tu terjadi pada pagi hari semasa wani tengah mandi.
bila saya tengok pada kotak DB terasa panas.
overload kot dalam hati saya.
akibatnya pagi tu saya mandi dengan air sejuk aje.

pada sebelah petang nya saya cuba naikkan semula insolator pada kotak DB tu.
mungkin sebab dah sejuk, elektrik kembali berfungsi semula.

hujung minggu proses membuat biskut raya pun berjalan.
sepanjang menggunakan oven, beberapa kali berlaku trip.
mesti ada sesuatu yang tak kena.

saya minta tolong jiran belakang rumah untuk tengokkan apa yang berlaku pada kotak DB.
seperti mana yang diduga, insolator pada DB tu memang dah mula rosak.
wayar pun banyak dah haus.
dan ELCB (electrical circuit breakers)  pun nak rosak jugak.
menurut jiran saya ianya berpunca daripada penyambungan wayar yang tidak ketat.
bila wayar tak ketat menyebabkan berlakunya gegaran.
sebab tu mudah trip.



inilah rupa kotak DB yang telah ditanggalkan casingnya.
kepada yang tak tahu kotak DB tu ada lah singkatan daripada Distribution board.
merupakan alat yang penting sekali untuk mengawal aliran elektrik dalam rumah.
biasanya sekiranya berlaku overload atau kerosakan pada peralatan elektrik, suis pada kotak ini akan automatik ke arah off.


sempat saya ambil gambar jiran saya semasa dia sedang membaiki wayar pada kotak DB tu.
tapi dari jauh aje lah sebab tak mahu mengganggu dia...



inilah insolator yang dah rosak. nampak kesan terbakar tu.


ini pulak ELCB yang rosak juga.  patutlah asyik trip aje.  bahagian utamanya ada problem rupanya.

jiran saya ni jugak tolong tengokkan wiring oven saya.
oven saya tu dah berusia 11 tahun.  (banyak betul jasa oven saya tu.  sayang sungguh saya. kalau nak beli lagi bukan dapat dengan harga macam tu)
memang patut kena tengok juga.
tu pun dapat kesan ada beberapa wayar dah mula mereput.

harap2 lepas tukar kedua2 ni tak adalah masalah trip lagi..
saya risau keselamatan terutama sekali masa guna water heater untuk mandi.
harap2 keluarga saya dijauhkan lah daripada kejadian yang tak diingini.
sebab ada kes kematian pasal litar pintas semasa guna water heater.
takut saya.

kalau u'll ada masalah elektrikal, jangan biarkan ye.
cepat2 panggil orang yang mahir utk periksa wiring.
saya kebetulan jiran memang pakar elektrik.
dapatlah harga jiran2.
hihihi...
kalau panggil orang luar entah berapa lah saya kena.
alhamdulillah, berkat bulan ramadhan...

sekian, wassalam....

Monday, 27 June 2016

menukar soket

assalamualaikum semua

sebenarnya soket dah lama rosak.
soket baru pun dah lama beli.
tapi semangat nak tukar aje yang ke laut.
sedangkan menukarnya tak sampai 5 minit pun.
cuma kena berhati2.
pastikan suis utama dimatikan.
kalau tak, risiko kena renjatan elektrik boleh terjadi...

perlu diingatkan apa2 sahaja yang berkaitan dengan elektrik kena lebih berhati2.
pastikan keselamatan diutamakan walaupun anda ada sijil tauliah.
kalau dah terjadi, cakap pun tak guna.
okey lah... panjang pulak mukadimahnya.
padahal nak tunjuk cara tukar soket aje pun..
hihihi


inilah rupa soket yang dah kena bukak tu.  sila abaikan kekotoran yang ada dalam soket lama tu. maklumlah rumah dah berusia 10 tahun.  jangan terkejutlah tengok warna soket lama yang keruh tu.  

 

inilah soket baru.  pandangan belakang dan depan ye... pastikan ada label sirim baru beli bagi menjamin keselamatan barangan elektrik dan nyawa kita.  jangan main2 dengan elektrik ye... benda2 ni tak boleh ambil ringan...


pasangkan wayar ikut warna ye... kalau tak tahu meh saya ajar.
warna merah tu pasang huruf  L maknanya wayar hidup.  ini yang kena jaga2 sebab kalau suis utama tak dioffkan.  renjatan elektrik boleh berlaku.
wayar hijau tu sambung pada huruf E maknanya itu wayar bumi
wayar warna hitam tu pulak sambung pada N iaitu neutral.





sila abaikan soket yang bewarna coklat kat sebelah tu... selagi tak rosak, saya akan guna aje.. nanti nak cuba cari pencuci yang boleh terangkan warna soket tu pulak

Sekian, wassalam...