Wednesday 31 May 2017

Gunung Santubong lagi


assalamualaikum semua.

Gunung Santubong merupakan gunung yang sangat popular di Kuching Sarawak.  Ia menjadi pilihan oleh mereka yang meminati sukan hiking  Walaupun cuba mempunyai ketinggian 810.2 m sahaja, tapi mengikut pengalaman saya yang pernah mendaki gunung2 lain, cabaran yang perlu ditempuh oleh pendaki memang hebat.

trek nya sejauh 3.5 km yang pacak dan penuh dengan akar2 kayu yang berselirat.  yang paling mencabar adalah terpaksa bergayut pada tangga  tali gantung yang menegak 90 darjah.  jarak2 antara anak2 tangga tali ni pun agak besar.  untuk orang yang tak cukup tinggi macam saya ni memang mencabar sungguh lah.  untuk info tangga gantung ni ada 13 buah tangga gantung yang mana ia sangat mencabar.

ada 2 laluan ke puncak yang biasa digunakan.  laluan pertama daripada park HQ manakala laluan yang sering menjadi pilihan pendaki adalah dari Bukit Puteri.

tapi sebab minat, saya repeat lagi.  tak serik walaupun tahu cabarannya.  saya mendaki Ahad terakhir sebelum puasa.




sambil berehat2 senajang pendakian, saya snap bebrapa keping gambar pada ketinggian yang berbeza2.  cantik sangat.   Saya hiking sambil santai2 aje sebab kami start awal. jam 7.30 pagi dah start mendaki.


masa 1 st panjat dulu masih belum ada papan tanda ni. tapi awal tahun ni ada hamba allah yang buat papan tanda ni.  tiap2 minggu dia hiking membawa bahan untuk menyiapkan papan tanda ini...




pemandang yang tidak pernah mengecewakan pengunjung.  bandaraya kuching dari ketinggian itu sangat menarik sangat.


sampai di puncak terjumpa pulak dengan geng hiking dari group Iguana Hiker.  sempatlah selfie seketul dua..


sekian..

Jangkar Waterfall, Kampung Jantan, Lundu Sematan

assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jangkar Waterfall yang terletak di Kampung Jantan, jalan Lundu Sematang memang sangat popular.  air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di daerah Kuching ini.  Tapi nak berkunjung ke sini perlukan menggunakan guide.  

masa saya sampai, sementara nak tunggu yang lain sampai ada seorang perempuan separuh umur datang ke kereta saya dan bertanya.  bila saya jawab nak ke waterfall dia terus ckp RM100 kalau nak ke sana.  Terperanjat saya sebab masa tu saya cuma membawa 2 orang anak aje yang berumur bawah 12 tahun.  Saya terus jwb yang saya dtg dengan group dan tengah tunggu ahli group yang lain sampai  dia terus berlalu dari situ.

menurut kawan saya memang penduduk disitu akan mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu berkunjung di situ.  so untuk mengelakkan daripada kena kadar yang tinggi, seelok-eloknya datang dengan kumpulan dan cari guide siap2.

Selepas sesi memanaskan badan, bacaan doa dan sedikit taklimat kami pun bergerak ke destinasi.  masa yang diambil adalah lebih kurang 1 jam perjalanan.  trek jelas dan mudah untuk menuju ke waterfall level 1.

 


inilah waterfall level 1.  sini airnya cetek. sesuai untuk mereka yang membawa anak2.

 

anak2 saya terus terjun dalam air sementara saya pula masak maggi kat situ.  selepas selesai makan dan mandi2, kami bergerak ke waterfall level 2 pula.


 

 

  

perjalanan ke waterfall level 2 sedikit mencabar kerana perlu melalui trek yang curam dan akar2 pokok yang berselirat.  tapi tak jauh sangat pun.  bila sampai, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik.

   

inilah pemandangan dari sudut berbeza dari puncak yang sama.  sebelah kiri tu mengadap ke arah lundu manakala sebelah kanan tu adalah air terjun.  walaupun bukan lah berada dipuncak, tapi saya rasa sangat puas hati menikmati panorama yang indah.  anak2 saya sahaja yang mandi. saya rasa malas pulak nak basahkan diri.  cuma berehat2 aje disitu..

 

 




sambil berehat tu saya snap gambar kasut hiking yang paling saya suka guna.  kasut ni sesuai dengan kaki saya.  dah banyak jasa dia kat saya.  jenis but tapi paras buku lali aje yang dapat menyokong kai dan buku lali saya.  kasut jenis ini bagus untuk mengelakkan kita daripada terseliuh.  sebelum ni saya pernah ada pengalaman terseliuh di bahagian buku lali.  memang langsung tak boleh berjalan.  bila pijak lantai aje sakit bukan kepalang.  disebabkan itu saya perlu berhati2.



sekian, wassalam






Monday 29 May 2017

mendaki Bung Bratak (bukit Bratak)

assalamualaikum semua

kali ini hiking ke Bung Bratak pula.  Bung Bratak atau dikenali juga sebgai Bukit Bratak merupakan kawasan penempatan kaum Bidayuh. Terletak di  km 6 jalan Bau-Lundu dan perlu melalui Kampung Tembawang Sauh,Bau  Terdapat sejarah yang menyedihkan berlaku di kawasan tersebut dan telah diabadikan di atas bukit ini.  So demi memenuhi kehendak anak yang nak siapkan projek sejarah nya, kami pun mendaki ke tempat ini.

kami selfie dulu seblum menmulakan pendakian..  masa ni baru lepas hujan.  jadi tanah kat sini basah, lembab dan becak.




perjalanan hanya perlu menyusuri denai yang memang jelas. hanya perlu ikut sahaja laluan itu. ada juga disediakan pondok untuk berehat.

 

perjalanan mendaki tidak mengambil masa yang lama sangat.  saya rasa dalam 20-30 minit sahaja dah sampai puncak.Pemandangan tidak mengecewakan.  inilah  pemandangan yang menarik diambil dari puncaknya.




kami bergambar dengan batu bersurat yang menceritakan sejarah tempat ini.

 








sebenarnya kat puncak ini ada kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan.  kalau tengok kada bentuk macam rumah panjang atau rumah penginapan.  


dalam perjalanan nak balik kami singah ke Serikin.  nak jadi cerita sebenarnya kami pergi weekday, cuti umum.  memang saya terlupa terus.  jadi kawasan ini semuanya tutup  kami lalu aje dan kemudian balik



sekian, entry kali ini.  wassalam

Friday 26 May 2017

Austism run


assalamualaikum semua

dalam banyak2 running yang saya sertai, ada satu run yang saya terpaksa buat virtuality sebab bertembung dengan event lain.

Saya memang akan pilih2 run evvent yang nak disertai.  austism run ni saya join sebab larian amal.  pada keesokkan harinya saya.  sehari sebelum larian, ambillah no bib dan baju kuning ni.




sehari selepas event tu saya pergi ke tempat penganjur untuk mengambil medal.  berwarna warni medalnya..  bertambah lagi medal larian saya..




sekian, wassalam

Puspa Fun Run 2017

assalamualaikum semua

kali ini saya join Puspa Fun Run pula yang dianjurkan oleh  Jabatan Pertahanan Awam Sarawak.  Sebenarnya saya aje yang register, tapi masa larian tu Azim pun join saya jugak..



selfie dulu sebelum start lari...  muka sedikit pucat sebab tak sempat nak make up dan kalut dengan kerenah anak2 pagi tu.



masa lari tu sempatlah saya on aplikasi kat phone.  ini aje lah yang termampu saya buat. siput pun siput lah janji sihat...

 
seperti biasa, akan dapat medal kepada yang berjaya menghabiskan larian tersebut.  so bertambahlah koleksi medal larian saya...

sekian. wassalam