Tuesday 30 October 2018

Mendaki Mulu Pinnacle, Gunung Api - Part 3

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

mood menulis blog kembali semula.  jadinya saya sambung terus entry ekspedisi Mulu Pinnacles.

Hari keempat

Pagi itu selpas solat subuh, mandi dan berkemas untuk memulakan perjalanan pulang dari Camp 5 menuju ke Kuala Litut.  perlu bergerak awak kerana ada ahli yang akan menaiki penerbangan pulang jam 1.30 tgh nanti.






Setelah mengambil beberapa keping gambar di sekitar Camp 5 ni, kami pun bergerak menuju ke Kuala Litut.  Beban beg dah berkurangan jadi saya dapat berjalan dengan laju sikit.

sebanyak 2 buah jambatan gantung yang perlu dilalui untuk menuju ke Camp 5 atau bergerak pulang ke Kuala Litut

sementara menunggu yang lain, saya bergambar dulu kat sini

Sampai di Kuala Litut sementara menunggu yang lain, saya sempat merendamkan kaki ke dalam air sungai itu.  segarnya rasa.  Disebabkan ada yang injured, hampir 45 minit juga kami menunggu baru group terakhir sampai.  Seterusnya kami menaiki semua bot menuju ke Mulu Airport.

Sebahagian dari ahli group kami mengambil penerbangan balik pada hari ini manakala sebahagian lagi termasuk saya stay dan balik pada keesokan hari. Dari situ saya menunggu beg yang ditinggalkan.  Kemudian saya check in di backpaker hotel yang terletak di Mulu Park HQ untuk bermalam. 

Petang tu saya join trip ke Canopy walk pula dengan bayaran RM42 seorang.  Untuk ke Canopy walk ini diwajibkan ada guide untuk keselamatan.  jarak laluan canopy walk adalah sejauh 6 km dari Mulu Park HQ.   laluan Mulu canopy walk ini adalah sejauh 480 meter dengan ketinggian 25 meter merupakan salah satu laluan jambatan gantung berasaskan pokok yang terpanjang di dunia.  kita dapat melihat pemandangan hutandi sepanjang laluan tersebut.  kalau bernasib baik boleh melihat burung dan pelbagai spesis haiwan dan serangga di sini.

 

 


 


   

park kat sini dulu.  Semoga ada rezeki saya untuk sampai ke Puncak Mulu Pula satu hari nanti

petang tu hujan turun dengan lebatnya.  di sudut hati rasa bersyukur kerana cuaca baik semasa pendakian ke Mulu Pinnacles sebelum ini.  

Hari ke 5 (hari terakhir)

disebabkan flight saya tengahari, pagi tu saya bersantai2 menikmati keindahan hutan Mulu ini.  Waktu ni kami hanya berenam sahaja.  destinasi kami adalah Tree Top Tower yang terletak sejauh 10 minit jalan kaki dari Mulu Park HQ.  Kami perlu membayar deposit sebanyak RM50 dan akan dikembalikan semula setelah kunci diserahkan semula.  Tiada bayaran masuk dikenakan di sini. Sekiranya berhajat untuk melihat pelbagai spesis burung, Tree Top Tower ini amat sesuai dikunjungi pada awal pagi antara jam 5-8 pagi atau petang jam 5 hingga 8 malam. 


   






tetap ceria walaupun letih mendaki Mulu Pinnacle belum hilang



terjumpa pula spesis siput. rupa macam siput b**i tapi cengkerangnya cantik

spesis semut yang besar
pokok besar

sebelum balik bergambar dulu di sini
Ada cop pada sijil untuk tempat-tempat yang saya dah kunjungi.  untuk mendapatkan sijil ini bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan.

masa untuk ucap selamat tinggal 


bye bye Mulu.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya saya dapat menawan puncak Gunung Api, Mulu Pinnacles yang merupakan puncak yang sangat tinggi risikonya.  Misi pendakian ini merupakan salah satu memori terindah dalam hidup saya.  Melalui pendakian saya kenal erti cabaran, persahabatan, kesabaran dan yang paling penting sekali adalah kebesaran Allah yang maha Esa.  Bukan tujuan mendabik dada bila sampai ke puncak, tapi merasai betapa kerdilnya kita sebagai insan di muka bumi ini.  

maka berakhirlah entry ekspedisi menawan Mulu Pinnacles yang bermula pada 14 September 2018 hingga 18 September 2018.

sekian, wassalam


Mendaki Gunung Api, Mulu Pinnacle - Menuju ke Puncak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ok. kita sambung lagi entri ke Mulu Pinnacles.

Hari ketiga (16 September 2018)

jam 5 pagi kami dah bangun untuk bersiap2.  seterusnya bersarapan pagi. Selepas sesi memanaskan badan dan bacaan doa, jam 6.30 pagi kami pun memulakan pendakian menuju ke puncak Gunung Api dengan harapan yang tinggi untuk melihat keindahan Mulu Pinnacle. Perjalanan menuju ke Puncak adalah sejauh 2.4 km dan ketinggian 1800 m dari aras laut. Pendakian ini sangat mencabar dari segi mental dan fizikal kerana laluan pendakian yang menegak dan penuh dengan batu-batu tajam serta laluan sempit. Selain pendakian secara menegak tanpa diskaun, pendaki juga perlu mematuhi cut of time (COT) yang ditetapkan atas faktor keselamatan.  

gambar sebelum pendakian

hanya 100 m pertama sahaja laluan mendatar.  selebihnya trek pacak tak ada diskaun



COT pertama adalah tempoh sejam diberikan untuk sampai ke Mini Pinnacle.  Jarak dari Camp 5 ke mini Pinnacles ini adalah 900 m.  maknanya jam 7.30 pagi kami perlu sampai di sini.

Mini Pinnacle yang perlu dilepasi dalam tempoh sejam pendakian

masa ni line up kami ada 25 orang. seorang dah tarik diri sebab injured


Pendakian diteruskan lagi menuju ke tangga pertama (first ladder).  COT yang diberikan adalah 21/2  jam dari Mini Pinnacles.  sekiranya gagal melepasi had masa yang diberikan,  pendaki dikehendaki berpatah balik.  Lega sebaik sahaja saya sampai di tangga tesebut.  tangga dengan kecuraman 90 darjah ni perlu didaki.  Saya sebenarnya gayat, tapi semangat untuk sampai ke puncak mengatasi kegayatan saya... Syukur


tangga aluminium dengan kecuraman 90 darjah yang mencabar terutama kepada mereka yang gayat 
lega bila terlihat tangga dengan papan tanda 2 km ni. 
batu-batu besar yang mencabar fizikal dan mental pendaki

kiri kanan batu besar.  kami perlu melalui celah-celah batu yang sempit



trek kejam tak ada diskaun ye..

 
gambar kanan: Arif antara peserta padu dalam team kami bersama William guide kami..


 
masa ni saya solo aje.  tapi di belakang saya masih ada guide lah.  geng lain semua dah berdesup di depan. 


Akhirnya pada hari yang bersejarah 16 September 2018 jam 10.00 pagi seramai 23 orang ahli Kelab Kembara Anak Sarawak berjaya menawan Mulu Pinnacles.   Syukur alhamdulillah.  segala penat lelah terubat apabila menyaksikan keindahan yang dipenuhi dengan pemandangan batu-baju tajam di sini. Panorama yang indah ini menyaksikan seolah-oleh batu-batu tajam ini tumbuh dari tanah hasil daripada proses hakisan dan fenomena alam yang saya sendiri kurang arif dengannya.  Di sudut lain pula  kelihatan seolah-olah lukisan alam yang dicalit pada sekeping kanvas.  besar sungguh kuasa Allah.  

"nikmat tuhanmu yang manakah lagi yang ingin kau dustakan" - surah Ar Rahman



   

Gambar solo saya di sekitar puncak Pinnacle.


group photo bersama semua ahli yang berjaya sampai ke puncak.  muka ada senyumm wei..

ini lah gambar yang dimasukkan dalam artikel akhbar utusan borneo.  boleh baca di sini

setelah berehat dan makan bekalan yang dibawa, lebih kurang jam 10.45 pagi kami mula bergerak turun.  Perjalanan turun perlu dilalui dengan berhati-hati juga. Saya bergerak dengan perlahan untuk mengelakkan kecederaan. Batu-batu yang besar dan tajam menanti dan merbahaya sekiranya langkah berwaspada tidak dilakukan.  Apabila sampai di mini pinnicles, saya telah kehabisan air minum.  terpaksa menahan dahaga sepanjang 900 m terakhir menuju ke Camp 5.  Saya sampai semula di Camp 5 lebih kurang jam 3.15 petang.  Syukur berkat berwaspada dan berjalan perlahan tiada kecederaan pada saya.

Sebaik sampai saya tidak melepaskan pelung untuk menyegarkan badan.  setelah berehat lebih kurang 10 minit, kami beramai2 terus terjun merendamkan diri ke dalam air sungai yang sejuk itu.  Terasa badan macam dicucuk-cucuk sebaik sahaja masuk ke dalam air.  saya berendam selama sejam di situ.


Sungai Malinau yang jernih dan sejuk airnya terletak di Camp 5 masih kekal antara sungai yang bersih tanpa pencemaran


Setelah selesai sesi penutup pada malam itu, saya terus tidur keletihan.  Tenaga perlu dicaj semula untuk perjalanan pulang.

stop dulu entry ini dan akan bersambung dalam next entry pula ye.

sekian, wassalam