Tuesday 2 February 2021

Telok Melano dan Telok Serabang 2020

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

bersua lagi kita dalam entry jalan-jalan cari makan. huhuhu


Telok Melano merupakan salah satu tarikan yang ada di sarawak.  jika berkuncung ke Kuching tidak lengkap rasanya kalau tidak mengunjungi Telok Melano yang menjanjikan pemandangan keindahan pantai yang sangat cantik.

di sinilah letaknya papan tanda km 0 untuk lebuh raya Pan Borneo di Sarawak.  Masa kami sampai sini, cuaca memang panas.  tapi view memang cantik sangat.

Miss N kongsikan gambar-gambar yang sempat di rakam sepanjang 2 hari 1 malam kami makan angin di sini.





tempat wajib bergambar di sini km 0 


destinasi seterusnya adalah Telok Serabang yang terletak tidak jauh dari situ di mana terletaknya chalet yang kami dah booking.  Serius Miss N bagi tahu yang pantai di Telok Serabang ni memang cantik.  tambahan lagi ada beberapa kemudahan yang disediakan menjadikan tempat ini sangat menarik.

kalau air surut tak mahu lalu jambatan pun boleh



ada buaian untuk bergambar juga















pemandangan waktu senja yang cantik





chalet penginapan 


hujan pula.  lapar la perut jadinya


Sekian, wassalam

Monday 4 January 2021

SELAMAT TAHUNBARU 2021

 Assalamualaikum semua

ok misi lap habuk dan sawang-sawang kat sini.  lama sangat Miss N tak menulis.  sibuk dengan urusan dunia nyata.  


rasanya belum terlewat lagi Miss N mengucapkan selamt tahun baru 2021 kepada semua.  Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.


semoga Miss N lebih rajin menulis selepas ini.


bye

Thursday 16 July 2020

Runcation ke Bangkok part 1

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Sebenarnya memang Miss N dah plan awal untuk join Amazing Thailand Bangkok Marathon 2020 ni.  Registration dan tiket flight pun dah beli dari tahun lepas lagi.  Semuanya gara-gara kena racun dari buddy.  hahaha.  tarikhnya pun cantik iaitu 02.02.2020.  So proceed ajelah.

Semakin hampir dengan tarikh tiba-tiba dapat berita yang kurang best.  Wabak Convid-19 sedang hangat diperkatakan dan Thailand menduduki senarai ke 2 selepas China.  Berdebar-debar dah rasa hati.   Buddy Miss N dah mula bagi beberapa tip pencegahan.  Kalau nak tahu buddy Miss N ni Nurse, so banyaklah ilmu kesihatan yang dapat dari dia.  Antaranya dia tolong supply vitamin c dan mask.  Untung Miss N dapat buddy perihatin.  Cayang dia ketat-ketat...💗

Miss N bertiga menaiki penerbangan AA dr kuching ke Don Mueang International Airport transit di KLIA 2.  Penerbangan dari  Kuching jam 7.05 pagi dan sampai Don Mueang International Airport 11.55 am.  Seorang lagi kwn Miss N akan fly tengahari dan dijangka sampai waktu malam.

bergambar semasa transit di KLIA 2



Penerbangan berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan.  jadi kami sampai tepat pada masanya.  Urusan Imigresen pun lancar tak ada masalah.  Sebaik sahaja selesai urusan di airport Miss N terus ke kaunter sim kad untuk bertanya pasal sim kad yang Miss N beli di Krabi masa bulan Dis 2019 yang lepas sama ada boleh guna atau tidak.  Sebab belum expired, Miss N cuma perlu top up aje.  jimat kat situ 😁.

masa ni malu-malu lagi.  hihihi

Perancangan awal kami nak menaiki grab tapi sebab tak berapa pasti, akhirnya kami ambil keputusan untuk menaiki bas sahaja.  dari situ Miss N menaiki bas A3 dengan bayaran 50 baht untuk ke Pratunam.  Kemuadian berjalan kaki lebih kurang 450 m untuk ke hotel penginapan.  Gambar hotel penginapan tu Miss N lupa letak mana.  rasanya ada snap tapi tak jumpa pula.


Lepas check in kami menaiki tuk tuk untuk stesyen train.  dari situ kami menaiki train dan turun ke Phaya Thai untuk ke pasar Chatuchak.
.


merasa naik tuk tuk

akhirnya berempat


Selesai dinner kami balik ke hotel penginapan untuk berehat...

sekian wassalam

bersambung.................................................................

Wednesday 15 July 2020

Trip ke Gunung Yong Yap

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Entry dah basi tapi Miss N nak up juga lah buat kenangan anak cucu.  Miss N join hiking ni pada hujung bulan Februari 2020.  masa tu Covid 19 di Malaysia masih baru bermula.  So Miss N masih dapat fly lagi dari borneo ke semenanjung tanpa masalah.  

Sedikit info untuk dikongsikan berkaitan dengan Gunung ini.

Gunung Yong Yap terletak di sempadan Perak Kelantan mempunyai ketinggian 2167 meter merupakan 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia atau lebih dikenali G7 oleh para pendaki.  Jadi sebaiknya pastikan fizikal dan mental benar-benar bersedia untuk mengharungi cabaran pendakiannya.  

Trip yang Miss N sertai adalah 2 hari 1 malam melibatkan seramai 13 orang peserta.  Miss N bergerak dari Kuala Lumpur menaiki kereta jam 9 malam terus ke R&R Tapah untuk tidur sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke lojing dan bertemu di masjid Lojing di situ.  selesai solat subuh,  kami berkumpul dan meneruskan perjalanan ke starting point.  waktu tu hujan lebat dan Miss N dapat membayangkan yang aktiviti hiking kali ini akan berdepan dengan cabaran trek yang licin dan kemungkinan hujan sepanjang pendakian. 

cuaca berkabus dan sejuk sampai ke tulang


Kami menunggu  hujan reda dahulu.  dalam jam 8 pagi sebaik sahaja hujan reda, taklimat keselamatan pun diberikan dan agihan ration dibuat.  Seterusnya bermulalah ekspedisi pendakian yang mencabar.

muka-muka ceria sebelum mula mendaki
Antara cabaran pendakian kali ini adalah merentasi jambatan 4 buah jambatan dan salah satu jambatannya masih belum siap lagi, meredah 20 buah sungai dengan air paras pinggang dan melintasi 11 buah anak sungai.  Di samping itu trek yang licin dan hujan yang turun sepanjang pendakian  menambahkan lagi kesukarannya.

meredah sungai yang mengalir deras adalah antara laluan yang merbahaya




terdapat  2 tapak perkhemahan yang boleh dipilih.  Kem Agas dan Kem Sungai Jeruk.


berehat sekejap di Kem Agas sebelum sambung mendaki


 

waterfall ni sebenarnya terletak diluar trek.  kami diberi masa 15 minit untuk menikmati keindahan sambil berehat.


kem simpang Y
dalam jam 1 tengahari kesemua line up sampai ke kem sungai Jeruk.  Masing-masing menarik nafas lega, berehat, makan dan membersihkan diri.  Airnya jernih dan sejuk.  segar rasa badan bila dapat bersihkan badan disitu.



makan time..   paling best terutama bila ada buah tembikai yang manis
malam tu kami diuji dengan hujan yang turun mencurah-curah.  memang sejuk betullah.  Mujur ada baju sejuk dan sleeping bag.  kalau tak memang tak dapat tidur lah jadinya.  disebabkan kami hanya guna fly sahaja,  risiko beg basah memang tinggi.  nasib baik Miss N dah prepare awal2 memasukkan semua baju2 dan barang yang dibawa di dalam zip bag.  jadi walaupun beg basah kena air, tapi barang2 di dalamnya tidak terjejas.  

Pendakian ke puncak sedikit lewat kerana hujan.  Sepatutnya jam 2 pagi kami dah mula bergerak tapi terlewat sejam.  jam 3 pagi baru kami bergerak ke puncak.  waktu tu hujan masih turun renyai-renyai.  Perjalanan ke puncak memang melalui trek yang berselut hingga sedalam paras lutut.  memang mencabar tapi Miss N rasa seronok melayannya.

 

tengoklah rupa kasutku.  hahaha

 

trek barai ditambah lagi dengan cuaca hujan sepanjang pendakian naik dan turun.  Memang kena lebih berhati-hati sebab licin.

berkabus
dalam jam 7.30 pagi Miss N pun sampai ke Puncak Yong Yap.  Tapi sayangnya view diseliputi kabus.  makanya dapat bergambar dengan signboard ajelah.

 






nikmat makan nasi lemak di puncak dengan cuaca sejuk berkabus
masing-masing rupa selebet dengan lumpur.  

jumpa bestfriend juga


team gegurl aje

group photo di puncak

tak nampak view sebab cuaca berkabus

antara check point yg sempat Miss N bergambar.

 



selesai bergambar, breakfast dan berehat, jam 8.30 pagi kami bergerak turun menuju ke Kem Sungai Jeruk untuk lunch, berkemas dan bergerak keluar.  Waktu ni lutut Miss N dah mula sakit.  😩😩😩


Miss N rasa waktu turunlah cabaran yang paling besar.  Disebabkan hujan tak berhenti, laluan menjadi licin menyebabkan kami terpaksa berhati-hati untuk menggelakkan tergelinci.  trek yang licin menyebabkan banyak kali Miss N tergelincir dan jatuh terduduk atas trek.   Ini menyebabkan kecederaan agak teruk juga pada bahagian lutut Miss N.  Sakit betul waktu melangkah ditambah pula dengan beban yang dibawa menyebabkan Miss N berjalan amat perlahan.  Koyak mental Miss N waktu ni.  rasa nak menangis aje.  Menyesal marah semua bercampur gaul.  tak pernah Miss N rasa macam ni sepanjang penglibatan Miss N dalam aktiviti hiking.  dan akhirnya jam 12.30 tengah malam, Miss N pun berjaya keluar dari hutan tu.  

Jauh melepasi tentatif asal iaitu jam 5.00 petang.  bayang kan dari jam 2 pagi dah bangun dan start mendaki jam 3 pagi hingga 12.30 tengah malam baru selesai.  21 jam berjalan dalam hutan non stop.  Memang badan betul-betul keletihan.

selesai bersihkan diri dalam jam 3 pagi dan kami terus ke hentian Tapah untuk berehat dan tidur sampai jam 6 pagi. Selepas solat subuh barulah kami bergerak ke KL.  Terpaksa redha ajelah sebab  Miss N tak dapat nak kejar flight yang sepatutnya dijadualkan jam 8.30 pagi. Badan dah letih, tak dapat nak fikir panjang dah.  Terpaksalah beli  tiket lain.  Miss N ambil flight jam7.30 malam tu.  nasib baik harga tiketnya agak rendah juga.  Sempatlah bersihkan beg dan cuci segala peralatan sebelum naik flight.

Pengalaman hiking setiap gunung memberikan memori nya yang tersendiri.  lain gunung lain ceritanya.  tapi Miss N masih terus setia dengan hobi ini selagi diberikan kesihatan dan diizinkan olehNya.

Sekian, wassalam

untuk video sepanjang pendakian bolehlah klik channel youtube ini  mendaki gunung yong yap 



Sekian, wassalam