Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Wednesday, 9 January 2019

Kek Pisang ngences

Assalamualaikum semua

Rasanya agak lama juga saya tak kongsikan aktiviti membaking gara-gara terlalu aktif dengan aktiviti outdoor di hujung minggu menyebabkan saya jarang menyediakan hidangan special untuk ketiga-tiga buah hati saya.

tapi bila terlalu aktif pun tak bagus juga sebenarnya.  nak dijadikan cerita kebelakangan ini saya mengalami sakit lutut.  jadinya aktiviti terpaksa dikurangkan. 

tapi disebabkan saya dah biasa aktif setiap hujung minggu, kebosanan melandalah kalau disuruh duduk dirumah sahaja.  maka mulalah ting.... keluarlah idea untuk membaking pulak.

saya kongsikan resepinya ye untuk yang teringin nak cuba

kek pisang ngences

kek pisang ngences

bahan-bahan

1 cawan pisang (dilenyekkan)
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
4 biji telur gred B
* blend semua bahan selama 5 minit

1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
*diayak

cara-caranya


  1. masukkan adunan blend ke dalam mangkuk adunan.
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit.  kaup balikkan dengan menggunakan senduk hingga sebati.
  3. tuangkan kedalam loyang dan hias dengan hirisan pisang.  (yang ini ikut suka.  boleh rujuk nota dibawah)
  4. bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah (yang ini tengok oven masing-masing ye)


nota:

  • kalau nak rasa coklat tambahkan 2 sudu besar serbuk coklat
  • kalau nak rasa cheese, parutkan cheese ke dalam adunan
  • kalau nak taburkan choklat chip sebagai hiasan pun boleh



untuk kek pisang saya kali ini saya tambah dengan 2 sudu besar serbuk coklat.

ini rupa dah masuk loyang dan dihias dengan hirisan pisang.

sebaik masuk oven

rupanya kek lepas dah masak

inilah rupanya bila dikeluarkan dari oven

terbalikkan atas redai.  saya potong dua sebab tinggi sangat gunungnya..
lihatlah hasil kejadian kek ini.  lembut dan gebu aje.  memang sedap dimakan waktu panas-panas dan juga sebagai hidangan pada waktu petang. 

Saya namakan kek pisang ngences sebab special perkataan ngences tu.  Ngences dalam bahasa jawa bermakna terliur atau satu keadaan air liur keluar akibat teringin atau ternampak makanan yang sedap pada pandangan matanya atau baunya...

siap untuk dinikmati...

selamat mencuba.

Sekian, Wassalam

Tuesday, 3 May 2016

Resepi cheesekut mudah

assalamualaikum semua 

hari ini saya nak kongsi membuat cheese cake yang sangat senang.


bahan2
1 bungkus biskut cheese
250 gm cheese krim
250 butter
1 tin susu pekat

bahan lapisan dan toping
nestum
cheddar cheese

cara membuatnya



pukul cream cheese, butter dan susu pekat hingga jadi berkrim seperti gambar di atas.

 alaskan tupperware dengan plastik wrap.  ini supaya kek senang nak keluarkan nanti bila dah disejukkan.


saya guna biskut jenis ini.  nak guna biskut lain pun boleh.  tapi biskut yang ini lebih sedap sebab jenis cheese juga.  kiranya masuk lah dengan kek kita.

 mula2 kita susun biskut dalam tuperware yang dah dialas plastik wrap tadi.  kalau nak cantik susunannya bila dipotong, susun secara sekata.


masukkan bahan cheese yang telah dipukul tadi. yang ini agak2 lah berapa banyak nak letak.


ratakan dengan menggunakan sudu. nampak agak comot sikit kan.  pandai2 u'll handle cream ni ye..



bila dah rata, taburkan sedikit nestum. yang ini ikut kreativiti masing2.  kalau rasa nak lebih pun boleh  saya ada nampak resepi lain yang taburkan milo dan horlick.  maknanya ikut tekak masing2.





ulangi langkah, hingga adunan cheese tadi habis.  pastikan bahagian atas sekali adalah lapisan cheese ye.


pada lapisan atas taburkan nestum dan parutkan cheese cheddar sebagai hiasan. kalau nak tambah hiasan lain pun boleh macam strawberi ke, whipping cream ke, apa2 lah ikut suka u'll..


Tutup tupperware dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. disebabkan saya buat pada waktu mlm, saya biarkan semalaman. keesokkan harinya baru keluarkan.



sebenarnya bukan saya yang keluarkan dari peti sejuk.  anak2 yang keluarkan. bila saya ke dapur tengok kek ni dah tinggal separuh kena makan. tak dan nak ambil gambar selepas keluar dari peti sejuk.

ini aje lah gambar yang sempat diambil sebelum semuanya habis masuk dalam perut anak2.  seronok tengok anak2 makan dengan selera.


sekian, wassalam





Monday, 1 February 2016

red velvet cup cake

assalamualaikum semua

entry kali ini nak kongsi pasal masakan pula..

sebenarnya dah lama teringin nak buat red velvet cup cake tapi selalu sangat tak berkesempatan..
selalunya saya beli aje. tapi macam tak puas hati selagi tak buat sendiri..

entah macam mana saya terjumpa satu resepi daripada FB cara nak buat red velvet yang sangat mudah.. bahan2 yang digunakan pun senang nak jumpa. memang ada pun kat rumah.  anak saya izah pun dah pandai buat kek ini. jom kita tengok



cup cake

bahan2

165 gm tepung gandum
125 gm gula kastor
1/2 camca soda bikarbonat
1/2 camca garam
1/2 camca serbuk koko
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar dicampur dengan 1 camca cuka dan dibiarkan selama 1/2 jam
1 biji telur
1 sudu besar pewarna merah
1/2 camca cuka masakan
1/2 camca esen vanila

cara membuatnya

  1. masukkan garam, minyak masak, susu segar, telur, pewarna merah, cuka dan esen vanila ke dalam mixer. pukul hingga sebati. sebati maknanya minyak tu dah tak timbul lagi.
  2. dalam bekas lain ayak tepung, soda bikarbonat dan sebuk koko. campurkan gula kastor.
  3. setelah itu masukkan adunan no 2 tadi ke dalam adunan no 1. pukul hingga sebati.
  4. masukkan ke dalam bekas cup cake lebih kurang 3/4 penuh.
  5. bakar dalam oven pada suhu 160 darjah celcius hingga masak.


cream frosting

bahan2

250 gm cream cheese
35 gm mentega
130 gm gula ising
1/2 camca esen vanila

cara membuatnya

  1. satukan semua bahan dan pukul hingga sebati.
  2. masukkan ke dalam piping bag. gunakan nozel yang sesuai dan paipkan keatas cup cake yang telah sejuk tadi.
  3. hiaskan mengikut kreativiti sendiri.

selamat mencuba..



Tuesday, 8 December 2015

aneka whipping cream (homemade)

assalamualaikum semua





Resepi whipping cream 1


1/4 cwn air sejuk
10 gm gelatin
1 cwn susu full cream
1/2 sudu besar vanilla esen
1/4 cwn icing sugar
Cara-cara
- panaskan air atas api dan cairkan gelatin, biarkan selama 5 minit
- kacau sampai dissolve sepenuhnya
- dalam bekas lain, campurkan susu dan campuran gelatin, kacau
- masukkan esen vanila dan icing sugar, kacau lagi
- masukkan dalam fridge dalam 1 jam. Setiap 15 minit, kacau mixture tersebut
- selepas 1 jam, mixture anda akan bertukar menjadi thickened cream dan sedia utk diputar



resepi whipping cream 2

250 gm marjerin
1/2 cawan air sejuk
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna (ikut suka)
250gm mentega
200 gm gula aising


cara-cara

-  putar mentega dan marjerin hingga putih
-  masukkan gula aising dan pukul lagi
-  kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
-  masukkan pewarna dan esen vanila dan pukul hingga rata
-  bolehlah disapukan pada kek

Wednesday, 20 May 2015

kek oren

assalamualaikum semua

hari ini saya nak berkongsi cara-cara membuat kek yang menjadi kesukaan saya ketika zaman kanak2 dulu (mak cik saya selalu buat). kek oren ini sangat mudah dan bahan-bahannya pun senang nak jumpa.




bahan-bahannya

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu serbuk penaik
250 gm butter
4 biji telur gred B
sebiji oren sunkist

cara membuatnya. kita rujuk gambar ye



mula-mula kita perah limau sunkist tu. lepas tu kulitnya kita parut. jadilah macam rupa di atas ni..



dalam bekas lain, pukul butter dengan gula.





kemudian, masukkan telur ke dalam adunan butter dan gula tadi. pukul lagi. jangan terlalu lama ye nanti kek jadi keras pulak..

tepung gandum diayak dengan serbuk penaik terlebih dahulu.  kemudian boleh lah masukkan tepung gandung ke dalam adunan tadi. yang ini boleh kacau guna senduk aje...


akhir sekali masukkan limau sunkist yang telah diparut tadi.




kacau hingga sebati


masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam atau hingga kek masak.


ini lah rupa kek yang telah masak dan telah dikeluarkan dari oven.  merekah sikit sebab suhu panas sangat kot.  lain kali kena turunkan suhu 160 darjah celcius lah. 

disebabkan anak-anak dah tak sabo nak makan.. saya potonglah kek tu panas2.  so nampak berderai lah. laju aje kek ini masuk ke mulut....




senang kan???  selamat mencuba


Tuesday, 31 March 2015

Cheese cake mudah




assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hari ini saya mendapat resepi yang mudah untuk membuat cheese cake.  sumber dari sini.  saya kongsikan caranya ye...

Hasil carian imej untuk cheese cake

Resepi cheese cake mudah

BAHAN  A



6 keping cheese disiat kecil2


300 ml susu segar


100 gm butter

  
6 biji telur (asingkan kuning dan putih)



campurkan cheese, susu dan butter. panaskan atas api. pastikan api kecil


BAHAN B



pukul putih telur hingga kembang. kemudian masukkan 125 gm gula. pukul hingga menjagi meringue macam gambar di atas. ketepikan.

BAHAN C


dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang.


masukkan bahan A & C dahulu. kemudian masukkan 100 gm tepung gandum sedikit demi sedikit. masukkan esen vanila (1 susu kecil).  kacau sebati dengan menggunakan senduk aje. jangan guna mixer nanti kek jadi keras.  Akhir sekali baru letak bahan B dan kacau hingga sebati.



masukkan kedalam loyang.  balutkan bawah loyang dengan aluminium foil. letakkan air panas dalam loyang lain yang lebih besar dan letakkan loyang yang dibalut aluminium foil tadi ke dalamnya. (teknik double boiler). bakar pada suhu 170 darjah celcius dalam 20 minit pertama. kemudian suhu 140 darjah celcius dalam 40 minit terakhir. gunakan api atas bawah.


begini lah rupanya....

selamat mencuba..............


Tuesday, 3 February 2015

apam polkadot

assalamualaikum semua..

ini adalah aktiviti hari Ahad lepas tapi hari ini baru ada mood nak up date.... hehehe

membuat apam polkadot ini mudah aje.

bahan-bahannya
2 biji telur (suhu bilik)
1 cwn gula (saya kurangkan jadi 3/4 aje)
1 sudu kecil ovalette
2 sudu kecil esen vanila
1 cwn susu segar/ susu cair
2 cawan tepung gandum diayak dengan satu sudu soda bikarbonat/ boleh guna tepung naik sendiri
jem strawberi secukupnya.

cara-caranya

  1. mula-mula panaskan pengukus. jangan lupa letak air dalam pengukus tu..
  2. pukul telur, gula dan esen vanila hingga sebati.
  3. masukkan susu segar. pukul lagi
  4. masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat. gaul sebati
  5. Akhir sekali masukkan ovalette dan kacau lagi. (kalau nak apam kita gebus ini kena letak last sekali ye)
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. lepas tu bolehlah bubuh kaler yang disukai. 
  7. kemudian masukkan adunan tadi dalam piping beg.  nak senang kerja.  jangan lupa masukkan juga jem strawberi tadi dalam piping beg juga.

beginilah rupa adunan yang telah siap di letak pewarna...





paipkan adunan tadi dalam paper cup macam gambar dibawah ni. masukkan 1/2 dulu ye.  lepas tu paipkan jem strawberi kat tengah2nya. 

 



lepas tu paipkan lagi separuh sampai penuh paper cup tu
 


lepas tu buat titiskan macam gambar di bawah untuk menghasilkan polkadotnya.....

 



dah siap bolehlah dimasukkan dalam pengukus.. dan kukus selama 15-20 minit.  


tada....... inilah hasilnya.. inilah gambar yang dapat disnap. yang lain dah masuk ke dalam mulut anak2 ku....  kena serbu dek anak2  lepas keluar daripada pengukus. seronok tengok....









selamat mencuba................