Showing posts with label menu breakfast. Show all posts
Showing posts with label menu breakfast. Show all posts

Monday, 9 December 2019

pancake

assalamualaikum semua

kali niMiss N nak kongsikan resepi pancake



Resepi waffle rangup
1 cwn air
1 biji kuning telur
1 sudu besar butter yg dicairkn
1 cwn tepung naik sendiri/ tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukupnya
1/2 serbuk penaik ( kalau guna tepung gandum)
Sedikit esen vanila

*masukkan bahan dari atas. Kacau hingga sebati

Dalam bekas lain pukul putih telur hingga jd merigue. Masukkan 2 sudu besar gula pasir. Kacau sebati

Masukkan dlm adunan tepung sedikit demi sedikit. kacau sekejap aje asalkn rata

Masukkan dlm waffle maker dan bakar selama 3 minit. Angkat dgn menggunakan penyepit plastik

Sapu dgn peanut, coklat dan lain-lain ikut cita rasa sendiri.

siap

Selamat mencuba

Monday, 20 February 2017

mendonat lagi

assalamualaikum semua

entry sebelum ini saya ada cerita pasal bread maker saya yang sangat membantu untuk saya mengguli roti, pizza, donut dan lain2.  untuk pengetahuan u'll smlm rajin lah pulak untuk mendonat.  ini gara2 cuaca yang tidak menentu di bumi borneo ini.  aktiviti hiking@ jogging memang kurang sesuai dilaksanakan sebab cuaca hujan sahaja.  dek kerana kebosanan saya pun keluarkan bread maker yang dah agak lama tersimpan gara2 semangat membaking ke laut.  lepas masukkan semua bahan ke dalam bread maker tu, saya pun terus tinggalkan. tak terfikir pulak nak tengok.  nak ajdi cerita black out pulak sekejap.  dalam ahti, habiskan adunan saya dalam bread maker tu.. tapi nasib baik black out tu sekejap aje.  lepas keadaan kembali ok, saya pun on semula bread maker tu.. nasib baik saya jenguk dulu dalamnya.  rupanya bread maker saya tak berfungsi.. bunyi aje tapi sebenarnya besi pengadun tu tak bergerak.  saya terus keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.  dengan perasaan yang tak menentu, saya terus uli dengan menggunakan tangan.  masa ni tawakal aje sebab yis dan mengembang.  lepas rasa doh lembut, saya tutup dengan tuala lembab dan tinggalkan sekejap untuk mandi dan solat maghrib.  lepas solat saya tengok doh saya cantik aje naik.  lega rasanya..  seterusnya aktiviti mendonat pun saya mulakan atas table top di dapur.

Sebenarnya saya hanya menggunakan tepung donut segera sahaja di kedai bakery.  resepi pun disertakan sekali.  mudah. hanya 3 barang sahaja diperlukan iaitu tepung donut, yis dan air.


 


ini lah rupa tepung donut yang saya guna dan resepinya.  mudah sangat cara membuatnya.  terutama sekali untuk ibu berkerjaya macam saya yang memang serba serbi nak cepat aje.




inilah hasil ulian saya.  lega sangat bila tengok doh kembang dengan sempurna dan cantik.  maknanya lepas ni saya boleh uli pakai tangan aje lah..  






bila dah siap gelek, kita terapkan dengan acuan donut.  senang aje membuatnya.  untuk pengetahuan u'll, sebahgian sahaja yang saya goreng manakala selebihnya saya frozenkan untuk bekalan anak saya ke sekolah.  mudah kan?




bila dah siap, bolehlah digoreng dengan api perlahan.  jangan guna api besar ye, nanti tak pasal2 hangus pulak jadinya... alhamdulillah jadi aje kembangnya...



inilah rupa donut yang dah siap untuk santapan anak2 saya.  kali ini saya tak guna gula aising.  saya tukar dengan coklat pula.  yang bulat2 tu adalah bahagian tengah donut.  kalau nak nampak menarik, boleh cucuk dengan lidi, tapi sebab dah malam saya letak aje kat dalam pinggan.



sebab nak cepat aje kan, saya guna aje benda alah ini untuk diletakkan atas donut saya... laju aje anak2 makan hingga menjilat pinggan... puas hati saya tengok anak2 makan...

sekian, enry masakan saya untuk kali ini.  wassalam..

Monday, 5 September 2016

bread butter pudding guna pan

assalamualaikum semua

hari ini saya nak kongsikan kepada u'll bagaimana saya menyediakan sarapan pagi yang cepat dan menyelerakan yang menjadi kegemaran anak2.

bread butter pudding
1 cawan susu cair
1 biji telur
4 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
sekotak kecil kismis atau badam 
12 keping roti potong
sedikit butter

cara caranya:
  1. blend semua bahan..susu segar, telur, gula pasir & esen vanilla tadi dalam mixer.
  2. sebelum letak roti dalam pan tu jangan lupa salutkan dengan pan butter supaya nanti tak melekat dan lebih garing rasanya..
  3. kemudian susun roti potong tadi dalam pan. koyak atau potong kecik kecik..
  4. roti tu saya sapu dulu dengan butter..kasi lemak lemak sikit rasa dia nanti..
  5. lepas tu tuang bahan yang diblend tadi ke atas roti.
  6. taburkan kismis merata rata dalam pan tu.. tutup pan tersebut.
  7. hidupkan api dan masak selama lebih kurang 5 - 10 minit

sos kastard
1 cawan susu segar/ cair
2 sudu tepung kastard
3 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air sejuk

  1. pukul semua bahan diatas dengan menggunakan mixer. kalau tak ada mixer boleh guna blender ye... 
  2. kemudian masukkan dalam periuk. kacau selalu masa atas api  tu ya..api kecik jer..tak lama pun masa masak sos ni. ada la dalam 5 minit jer.. sampai dah agak likat tu dah ok la tu..jangan pekat sangat
  3. lepas dah masak saya terus tuang atas roti yang dalam pan tadi

jom tengok langkah demi langkah bergambar pulak ye













bila dah siap semuanya bolehlah dihidangkan.  puding ni sedap dimakan sejuk atau panas. tapi disebabkan sy buat utk sarapan dan bekal anak2, puding ini dihidangkan panas2.

sekian, wassalam.

Monday, 14 March 2016

apam balik asal jadi

assalamualaikum semua..

layan keinginan tekak.  saya buat breakfast apam balik... hahaha..
biasanya orang makan apam balik waktu petang tapi saya sudah tukar jadi breakfast pulak...

saya punya apam balik ni versi asal jadi aje sebab menggunakan sepenuhnya apa yang ada kat rumah aje..

bahan2
kulit
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cwn air
2 sudu besar susu tepung

inti
jagung tin
kacang tanah
mentega/marjerin
gula coklat rice

cara membuatnya

kisar semua bahan2 kulit hingga sebati dengan menggunakan blender. pastikan bahan cecair dimasukkan dulu, diikuti bahan2 kering ye.






selepas kisar, tapis bahan tersebut dan biarkan selama 1/2 jam.

nota: saya kisar bahan2 ni sebaik sahaja bangun dari tidur.  lepas tu biarkan dan saya terus pergi mandi dan solat subuh.  bila dah selesai solat subuh bahan pun dah sedia untuk dimasak



lepas tu saya panaskan non stick pan. kemudian ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam pan tadi




agak nampak gelebung, letak lah jagung, kacang tanah dan coklat rice. taburkan sedikit gula.


bila dah agak2 masak lipat 2 jadi seperti gambar di bawah ini



kemudian potong lah mengikut kreativiti masing2 ye...

dah siap....