Thursday 24 March 2016

Pertandingan rekacipta 3R DBKU

assalamualaikum semua

dah 2 minggu saya sangat bz.  nak jenguk blog sendiri pun tak sempat.

kali ini saya nak up date pasal pertandingan rekacipta 3R pulak.

pada 19 Mac yang lepas satu pertandingan rekacipta 3R telah diadakan oleh DBKU sempena earth hour.  disebabkan memang dah ada produk saya pun join lah.  niat di hati nak tambahkan koleksi sijil penyertaan saja.  dah memang rezeki, saya dapat tempat keenam.  dapatlah hadiah hamper.


saya sempat snap gambar pintu gerbang (betul ke?) ssebaik sahaja sampai kat sini.  masa ni dalam jam 1 ptg.  saya perlu ada di tapak pameran jam 2 petang. jam 4 petang penilaian akan dibuat.


 gambar semasa panel penilai sedang diberi keterangan oleh pelajar saya.  nampak tak mengelat kat situ.. hihihi.. saya tengok dari jauh aje...  ini gambar produk dari bahagian belakang.  nampak lah bentuk egg tray tu.. kalau dari depan cantik aje..

sesi penyampaian hadiah... nampak tak student saya lagi besar dari saya.. hahaha




sesi bergambar kenangan bersama para pemenang. eksited gitu...

 yang ini pulak gambar kenangan bersama student PKS yang sama2 terlibat dalam pertandingan ini...
team kami menghantar 10 penyertaan dan 6 daripadanya dapat top 10... termasuk menggondol tempat 1 dan 2...



yang penting mesti ada gambar kenangan group saya bersama produk yang bertajuk 'eco partition'. 
alhamdulillah....

insha allah tahun depan saya nak libatkan anak2 saya pulak dalam pertandingan seumpama ini.  
kalau tahun ini saya guna bekas telur terpakai tahun depan nak kena cari idea lain pulak.. 
So apa2 bahan terbuang yang dirasakan boleh dikitar semula bolehlah dikumpulkan dan direkacipta.

sekian, entry dari saya untuk kali ini...

wassalam....

Wednesday 16 March 2016

video kenangan di Langkawi

assalamualaikum semua

saja aje tepek video kenangan family day di Langkawi hujung tahun lepas




Tuesday 15 March 2016

aktiviti awal cuti sekolah

assalamualaikum semua

pada 12 dan 13 Mac yang baru lepas ni saya berpeluang membawa pelajar saya semester 5 dan 6 untuk kem motivasi.
saya turut membawa 3 orang anak saya supaya mereka dapat merasai sendiri suasana dan bagaimana pelajar IPTA menjalankan aktiviti mereka.
kira macam nak kasi semangat lah kat anak2 juga supaya mereka nak ikut jejak emak diorang dapat belajar ke IPTA... (tinggi betul impian saya.  moga2 dimakbulkan. aamiin...)

perjalanan daripada Matang ke Lundu mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.
kami bergerak awal drpd kumpul;an utama kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum ke tapak khemah.

welfie bersama dalam kereta bersama dua orang penumpang tambahan...


berhenti makan dulu.  sempat lah snap gambar beramai2.  masing2 muka eksited....

sampai sahaja di pekan Lundu, terus pergi ke kedai menjual ayam.  ini antara sebab kami perlu bergerak awal.

ini pulak di pasar pekan Lundu.  beli sayur dan lain2.

sebaik sahaja menjejakkan kaki di kem ini, kami terus menuju ke pantai.  masa ini air surut.


selepas check ini terus menuju ke ruang dapur. sementara menunggu kumpulan yang menaiki bas sampai, aktiviti menyediakan makan malam dimulakan...


inilah aktiviti pada sebelah petang.  ceramah daripada pihak industri. seramai dua orang penceramah dijemput untuk sesi perkongsian ilmu ini.  banyak ilmu yang dapat bukan kepada student aje tapi kepada lecturer juga.



selepas magrib, aktiviti barbeque pun bermula.  lama juga nak hidupkan bara api. maklum lah masing2 'profesional'.. hahahah.


seelpas itu latihan dalam kumpulan pun bermula.  setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan logo, nama kumpulan (haiwan) dan moto.  saya kumpulan penguin.  Wani pun eksited menengok..




inilah hasilnya... penuh dengan warna warni.  penguin kaler kuning... comel jugak kan... nama kumpulan pingu nine dengan moto 'together we are one'..

yang ini presentation setiap kumpulan.  saya tukang pegang aje... kasi student aje yang berckp..


setelah selesai, aktiviti makan malam pula..


inilah pemandangan pada waktu pagi di kem Alapong Lundu ini.. masa ni air pasang tapi belum pasang sepenuhnya...


aktiviti  senamrobik..


sukaneka.
1. bola beracun
2. berpusing 10 kali dengan menggunakan batang kayu
3. ambil gula2 dalam tepung
4. kembar siam
5. ambil kacang dengan menggunakan chopstick
6. tiup belon dan pecahkan.


dah selesai, aktiviti bebas. masa ni ramai yang mandi manda di pantai.





acara terakhir, sesi penyampaian hadiah.  kumpulan pingu nine dapat tempat ke2...



akhir sekali sesi bergambar kenangan...



sekian, wassalam

Monday 14 March 2016

apam balik asal jadi

assalamualaikum semua..

layan keinginan tekak.  saya buat breakfast apam balik... hahaha..
biasanya orang makan apam balik waktu petang tapi saya sudah tukar jadi breakfast pulak...

saya punya apam balik ni versi asal jadi aje sebab menggunakan sepenuhnya apa yang ada kat rumah aje..

bahan2
kulit
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cwn air
2 sudu besar susu tepung

inti
jagung tin
kacang tanah
mentega/marjerin
gula coklat rice

cara membuatnya

kisar semua bahan2 kulit hingga sebati dengan menggunakan blender. pastikan bahan cecair dimasukkan dulu, diikuti bahan2 kering ye.






selepas kisar, tapis bahan tersebut dan biarkan selama 1/2 jam.

nota: saya kisar bahan2 ni sebaik sahaja bangun dari tidur.  lepas tu biarkan dan saya terus pergi mandi dan solat subuh.  bila dah selesai solat subuh bahan pun dah sedia untuk dimasak



lepas tu saya panaskan non stick pan. kemudian ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam pan tadi




agak nampak gelebung, letak lah jagung, kacang tanah dan coklat rice. taburkan sedikit gula.


bila dah agak2 masak lipat 2 jadi seperti gambar di bawah ini



kemudian potong lah mengikut kreativiti masing2 ye...

dah siap....





sambutan birthday

assalamualaikum semua

tanggal 5 mac 2016 adalah ulangtahun kelahiran saya.

alhamdulillah, saya diberikan oleh Allah kesihatan yang baik dan masih bernyawa di bumi Allah ini.

tahun ini berbeza sedidit dengan sebelum ini kerana saya telah diraikan sebanyak 2 kali pada hari yang sama.

Saya sangat gembira dan rasa dihargai oleh insan2 istimewa disekeliling saya.

petang sabtu itu saya masih berada di bumi semenanjung.  flight ke kuching jam 9 mlm.  so keluarga di Semenanjung buat kejutan hari jadi saya.

inilah hadiah ulangtahun kelahiran saya yang paling mahal pernah saya terima.


inilah gambar2 yang dirakam semasa saya berada di semenanjung... terima kasih kepada emak dan adik beradik saya yang membuat kejutan istimewa kepada saya.





sampai di bumi kuching keluarga kecil saya turut membuat sambutan hari jadi saya



alhamdulillah..
dengan dugaan yang tidak berhenti2 daripada Ilahi, saya juga diberikan kegembiraan yang tidak terduga.

sekian, wassalam

Wednesday 9 March 2016

Royal Thai Ship

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

agak lama juga menyepi.
sibuk sangat dengan kerja.
blog terabai.

entry kali ini nak kongsi pengalaman kami mengunjungi kapal perang milik Negara Thailand yang berlabuh di Pelabuhan Senari, Kuching dan dibuka untuk pengunjung pada 6 Mac 2016.

ini merupakan pengalaman kami sekeluarga melihat dan merasai sendiri menaiki kapal perang.

tak mau cerita panajng, jom saya kongsi gambar yang sempat dirakam sepanjang kami mengunjungi kapal tersebut.

 ini pemandangan kapal perang tersebut dari jauh.. punya eksited. sampai aje terus snap gambar. sebenarnya kapal ni ada 3 bji semuanya. tapi kami cuma sempat masuk 2 buah kapal aje. cuaca panas terik.  memang rasa kebahangannya walaupun angin bertiup dengan kencang semasa kami berada di atas kapal tersebut.

inilah sebahagian gambar yang sempat dirakamkan sepanjang kami mengunjungi kapal tersebut.

 
sampai aje terus welfie.  

 
diatas kapal ni proses panjat memanjat berlaku.  nasib baik kami pakai kasut yang sesuai. so tak ada lah masalah yang bergerak dari tingkat bawah ke tingkat atas.  saya ni jenis gayat.. tempat tinggi aje mulalah rasa seram.....

 

  

  

 

sekian, untuk entry yang banyak gambar ini.

wassalam.