sebelum ini saya pernah masukkan entry pasal bunga ros jepun..
ini lah rupanya semasa tengah subur
bila dah lama jadi tak berbunga. bila saya belek ada pulak sibut b*b* kat situ. maknanya habis semua daun2 dah kena belasah dengan siput tu lah.. hari sabtu lepas sy pun cabut semua pokok RJ tu dan tanam semula. disebabkan dan makin banyak, saya tambah sebiji lagi tayar. begini lah keadaannya selepas tanam semula... harap2 pokok RJ saya ni dapat hidup semula dengan suburnya.
pokok RJ yang selebihnya saya tak tahu nak buat apa lagi. saya longgokkan kat tepi halaman tu buat sementara waktu ni. mungkin saya tanam aje kat situ sebagai tanaman hiasan dengan harapan tak kena kacau dengan siput b*b* lagi..
sambil2 tu saya sempat lah membersihkan segala rumput rampai yang mula tumbuh dengan suburnya di halaman tepi tu.. dah siap nampaklah bersih sikit.
bila halaamn tepi ni dah bersih, mulalah saya berangan nak tanam pokok sayur semula. nanti2 lah. pelan2 kayuh ye...
inilah pokok sayur yang tinggal. sayur cekur manis. saya suka tumis, masak lemak atau masak bening aje... lagi2 kalau bubuh keledek. sedap betul. terasa manisnya daun itu..
sebelum ini pernah ada beberapa entry pasal edible garden kat halaman kecil sebelah tepi rumah saya. buat masa sekarang, inilah pokok2 yang tinggal kat halaman tepi rumah saya.
tak banyak dah. ada yang dah mati sebab dah sampai masanya dan ada pula yang baru nak hidup. pokok-pokok yang saya semai sebelum ini pun tak menjadi. ini gara2 dikacau ganggu oleh si papas dengan si telu lah. suka betul kucing 2 ekor tu melepaskan 'hajat' kat tapak semaian saya.
Inilah pokok betik sekaki saya. inilah satu2nya benih yang selamat daripada kacau ganggu 2 ekor kucing saya. hasil daripada pembacaan saya, betik ini akan mengeluarkan buah setelah 3 bulan ditanam dan boleh dituai setelah 6 bulan. saya beli benih ni secara online daripada tanamsendiri.com. betik ini adalah jenis baka renik dan berbuah besar. nanti kalau dah bebuah saya up date lagi ye..
pokok cili ni saya beli yang dah siap2 berbuah kat pasar. benih cili yang saya tanam sebelum ini tak menjadi.. dulu saya pernah tanam pokok cili hidup kat laman tepi ini jugak tapi terlindung daripada matahari. akibatnya pokok cili tu tak mahu berbuah... kali ini saya tanam kat kawasan lama yang kena matahari. setakat ini pokok cili ini memang berbuah tidak berhenti...
ini pokok daun kari saya. nampak togel aje sebab saya baru aje cantas batang nya sebab nak kasi keluar tunas yang baru..
pokok daun kesum saya ni dah mula subur balik. masa musim panas hari tu nampak kering aje macam nak mati. bila saya buang pokok2 yang tua dan kering nampak dia subur balik..
poko daun limau purut ni pun masih hidup lagi. tapi daunnya nampak macam tak sihat. mungkin saya kena letak baja biar subur.. sila abaikan rumput yang banyak tu ye.. bila musim huja aje, rumput memang cepat tumbuh. tak menang tangan saya nak cabut...
pokok kunyit ni pun nampak subur. sepatutnya saya kena rajin sikit buang daun kuncit u baru lah pokok kunyit ni sihat..
ini lah pokok pandan yang berjaya saya tanam. sebenarnya dah banyak kali saya tanam poko pandan ni tapi nasib tak menyebelahi saya. yang kali ini baru nampak hidup segar pokok ni.. harap2 dapatlah pokok ni bertahan ye...
entry kali ini nak ceritakan perkembangan semasa tanaman edible garden yang terletak di tepi rumah.
dulu saya pernah post di sini, sini dan sini tanaman yang ada.
tanaman yang saya tanam tu adalah jenis tanaman yang jenis bermusim.
bila masa berlalu sebahagian daripada tanaman itu pun habis jangka hayatnya...
buat masa sekarang, inilah yang tinggal
pokok cili. yang ini generasi lain. yang hari tu dah mati. pokok cili yang saya semai pulak tak hidup. (kena baja dengan tahi kucing. sob. sob. sob). kebetulan saya pergi pasar. jumpa lah pokok cili ini. nampak menarik aje, terus saya sambar... untuk mengelakkan kucing membuang kat situ, saya letak lah batu keliling pokok tu. harap2 pokok ini dapt hidup dengan subur...
dalam banyak2 biji benah yang saya semai, hanya pokok betik ini sahaja yang hidup.. syukur alhamdulillah. ada jugaklah yang survive daripada baja tahi kucing tu.. huhuhu. benih betik ni macam yang saya pernah cerita sebelum ini, saya beli online aje. ini betik sekaki... dikatakan bila tingginya sekaki dah mengeluarkan buah. kita tunggu ye..
masa saya pergi ke pasar tu, memang tujuan saya nak cari pokok mulbery ni. dulu saya pernah tanah tapi dalam pasu. akibat kena serangan semut, pokok tu dipenuhi keputihan dan mati. maknanya ini percubaan ke2. kita tengok lah nanti
inilah pemandangan keseluruhan kawasan yang saya jadikan sebagai kawasan tanaman edible garden saya.. tak luas pun. tapi cukuplah untuk kegunaan saya sekeluarga.
pokok-pokok yang saya cerita dalam entry sebelum ini yang masih ada lagi adalah pokok daun kesum, pokok pandan, pokok daun limau purut dan pokok kari...
ini poko lidah mak mertua yang saya baru tanam. cadangan asal nak letak kat dalam rumah. tapi kena tunggu stabil sikit.
inilah sebahagian pokok bunga yang ada kat bahagian hadapan tepi rumah saya. tak banyak pun.. buat masa sekarang saya biarkan aje macam ini. tak terfikir nak tambah pokok bunga lain...
semalam kerajinan untuk membersihkan laman tepi rumah berkobar2. ini gara2 benih yang dibeli secara online dah dapat pada hari Jumaat lepas.. sesiapa yang nak beli benih boleh beli kat sini. macam2 benih ada.
ini pokok cekur manis yang baru nak hidup.. pokok ini kalau musim hujan memang gemuk2 dan daun pun banyak. saya suka masak lemak campur dengan labu ataupun goreng biasa aje... masak sayur air pun sedap jugak... sayur cekur manis ni susah nak dapat kat pasar sebab sifat daunnya yang mudah gugur. kebanyakan yang dijual akan dibalut dengan plastik supaya daunnya tak gugur... tak adalah kita beli batang aje kan.... cara paling mudah nak dapatkan sayur ini adalah dengan tanam sendiri kat rumah.. satu lagi kelebihan sayur ini adalah jangka hayatnya yang lama.. saya tak pernah pulak buat kajian pasal jangka hayat sayur cekur manis ni tapi dari pengamatan saya bertahun2 jugak lah usianya...
pokok kacang bendi yang dulu dah mati. yang ini tanaman kali ke2 pulak.. batas kat sebelah tu adalah tempat saya menyemai benih2 pokok... sebab saya tanam guna biji pokoknya tak nampak lagi lah ye... pokok2 yang saya semai adalah pokok kobis, sawi, bunga telang, betik sekaki, kapsikum hijau dan kuning.. sila abaikan pokok bunga yang tersesat kat situ.. niat dihati nak pindahkan ke laman depan tapi belum sampai seru lagi nak buat...
inilah benih2 yang saya beli secara online.... kepada yang berminat nak dapatkan benih tu boleh aje lawat ke blog yang saya nyatakan sebelum ini untuk mendapatkan biji benih...
pandangan tanah sekangkang kera yang dah siap dibersihkan dan dibuat batas. pokok daun kesum tu sebelum ni agak rimbun dan tapi kurus pulak. gara2 sekarang ni musim panas rasanya.... tak pa.. yang penting hidup dan dapat digunakan apabila diperlukan... seblum ini kawasan ini selalu dimesin sebab tu pokok2 tu saya letak bata untuk elakkan terkena mesin. tapi baru2 ini kawasan ini telah diracun sebab mesin rumput rosak pulak... tu yang nampak togel aje... gara2 guna racun jugak habis mati pokok bunga ros merah dan putih saya.... sob...sob..sob...
assalamualaikum semua.. sambungan daripada entry sebelum ini ye..
ini lah pokok cili saya yang mula merajuk tak mahu berbuah. agaknya minta baja atau pun sebab sekarang musim panas. banyak jugak daun yang kekuningan tu...
pokok kari ini dah lama saya beli dari pada daun ada berapa helai aje sampailah sekarang dan banyak helai. masih lagi dibiarkan duk dalam polybeg sebab saya tak tahu nak tanam kat mana. macam yang saya bagitahu sebelum ini, nak tanam kat tepi rumah tu tak sesuai sebab tak dapat cahaya matahari penuh. kesudahannya saya biarkan aje dalam polybeg tu.... dah keluar bunga pulak.. baru saya tahu yang pokok kari ada bunga rupanya...
saya ada terbaca satu blog cara menanam tanaman diruang yang kecil. 8 jenis tanaman itu adalah:
bawang putih
daun bawang
lobak merah
batang saderi
serai (dah ada)
kunyit (dah ada)
halia dan lengkuas
cili padi (dah ada)
jom kita tengok macam mana cara nak tanam
1. Bawang putih
Seulas bawang putih apabila ditanam semula boleh membiak dan menghasilkan 1 labu bawang putih. Bayangkan jika anda tanam 1 labu bawang putih, berlabu-labu hasilnya.
Okey, ikuti cara menanam bawang putih dalam video berikut :
2. Daun bawang
Ye, daun bawang juga boleh ditanam semula dirumah. Jadi selepas ini jika anda beli daun bawang, simpan sedikit untuk ditanam semula. Ikuti video di bawah untuk cara-cara menanam daun bawang.
Lepas ni nak letak daun bawang dalam sup tak perlu beli lagi. Kat rumah kan dah ada.
3. Lobak merah
Lobak juga boleh ditanam dirumah dalam bekas yang bersaiz sederhana besar. Ikuti cara tanam lobak merah ini.
4. Batang saderi
Saderi boleh ditanam dengan mudah di rumah. Ini caranya. Lepas ni boleh belanjan wonderpet batang seleri setiap hari. Hehe.
5. Serai
Selain untuk di makan, serai yang ditanam juga boleh dijadikan hiasan. Ini caranya untuk tanam serai.
6. Kunyit
Kunyit juga boleh ditanam dalam pasu dan diletakkan di balkoni rumah anda. Jom tonton cara tanam kunyit.
7. Halia dan lengkuas
Sama seperti kunyit, halia dan lengkuas juga boleh di tanam di ruang yang terhad dan dalam pasu. Ini caranya
8. Cili padi
Cili sangat penting bagi mereka yang suka makan pedas-pedas. Tanam saja dalam pasu dan letak di balkoni apartmen anda. Pasti cantik bila buahnya yang banyak lebat merimbun menghiasi ruang di rumah anda.
Amboi!!! tajuk tak boleh tahan. bahasa omputih tu... sebenarnya saya tak tahu istilah yang sesuai dalam bahasa melayu. minta maap banyak2 ye.....
entry kali ini saya nak ceritakan pasal 'edible garden'. Sebenarnya di sebelah kiri rumah saya adalah sedikit tanah yang agak subur (sebab ada banyak cacing tanah). so saya pun adalah menanam sedikit tanaman untuk kegunaan harian. mari saya tunjukkan apa yang saya tanam kat tanah sejemput tu... Gambar ini diambil sebelum proses mencabut rumput di sekelilingnya... so nampaklah semak sikit ye.... kalau dah cabut rumput nak pegang HP tidaklah... nanti dengan HP berlumur dengan tanah.. kuang! kuang! kuang!
yang ini pokok tomato. Saya dapat daripada kawan (terima kasih Ayu). kawan saya semai byk so dia bagilah sepokok. masa saya dapat tu adalah sejengkal tingginya. sekarang dah tinggi dan ada sebiji buah... buat masa ni saiz buah tomato tu lebih kurang sebesar bola pingpong.
yang ini pulak pokok limau purut. amat berguna kalau nak masak tom yum. keluarga saya penggemar tom yum terutama sekali anak saya yang sulung. dia paling suka tom yum ayam. kalau nak masak tom yum kan pakai 2, 3 helai aje. petik aje lah daun ni... jimat
yang ini pokok daun kesum.. nak tanam senang aje. cucuk aje baki batang daun kesum yang saya beli RM1 kat kedai. kalau nak cepat lebat rajin2 lah patahkan batangnya. asalnya saya tanam 2, 3 batang aje. sekarang dah membiak dengan lebatnya. kegunaan pokok ini adalah kalau nak masak asam pedas dan laksa bubuh lah daun ini. baunya sangat menyelerakan..
pokok serai ini sebenarnya dah lama jugak saya tanam. tapi tak banyak lagi anaknya. setakat ini dah berjasa jugak. setakat nak guna untuk masak lemak ikan, saya cabut aje... agaknya sebab tu terbantut kot. tak sempat nak membiak dah kena ambil... hahahaha...
yang ini pulak saya baru lagi tanam. usianya lebih kurang 2 minggu. ini lah pokok kacang bendi. biasanya orang semai dulu, tapi saya kan terlebih rajin... tanam terus kat tanah... rumput dah mula tumbuh kat sekitar pokok tu. nak kena merajinkan diri mencabut.
dalam banyak2 gambar 'edible garden' yang ada kat sini, saya boleh pulak terlupa nak snap gambar pokok cili padi dan pokok kari. untuk pengetahuan semua pokok cili tulah yang paling banyak berjasa. tapi sekarang macam dah mula merajuk tak mahu berbuah pulak.. rasanya kena letak baja kot. pokok kari pulak saya tanam dalam pasu. yang ditanam ditanah dah nyawa2 ikan. mungkin tanah tak sesuai kot sebab tanah tepi rumah ni hanya menerima matahari sebelah petang aje. daripada jam 12 hingga jam 3. pokok kari yang dalam pasu pulak tak terjaga.. dalam next entry saya masukkan gambar pokok cili dengan pokok kari ye...