Thursday 21 February 2019

crochet bekas kek

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

inilah hasil crochet terbaru saya.  Bekas kek yang comel ini saya namakan 

"Kek Semanis Lavender"  

saya menggunakan konsep kek leleh yang sangat popular sekarangnya.  kalau kek biasa yang boleh dimakan, toping leleh tu biasanya menggunakan coklat yagn dicairkan di bahagian atasnya.


menggunakan alas warna terang

dengan alas berwarna gelap pula

Photo shot guna dua alas yang berbeza.  yang mana satu lebih menyerlah???


Wednesday 20 February 2019

Sacofa Run

assalamualaikum semua

Sebenarnya saya masih aktif lagi mengikuti event running.  Cuma saya memilih event. Sacofa Run adalah larian pembukaan saya untuk tahun 2019 ni.

gambar di bawah ni yg saya ambil daripada FB KRN sebab ada muka saya.  biasa tak ramai sangai runner yang join.  tapi Sacofa run ni memang ramai betul participant nya.  seronok dan meriah.

antara daya penariknya saya nampak race pack yang diberi.  dalam race pack selain t shirt dan bib no, ada disertakan face towel dan pendrive 8G.  patutlah ramai yang join.. Saya join kategori 10 km.

biasa kat belakang.  tapi kali ni datang awal jadi adalah muka kat starting point tu..

suasana masih gelap lagi.  mujur baju warna putih.  Jangan ditanya mana hero kecil saya.  dia dah berdesup kat depan




gambar drone. memang ramai betul.  



seperti biasa dapat medal bila sampai finisher line

jumpa geng kaki hiking juga

selain daripada saya enjoy dengan aktiviti running dan hiking ni, saya dapat menambah kenalan daripada pelbagai latar belakang dan profesion.  Selain daripada dapat bertukar-tukar info, yang paling penting dapat meneroka dunia luar selain daripada kerjaya hakiki saya.

sekian, wassalam

Hiking pembukaan 2019 - Mt Singai Bau


assalamualaikum semua

lama dah entry ni duduk dalam draf.  sejak akhir-akhir ni bizi memanjang.  sampaikan blog sendiri pun terabai.

 Sebenarnya hiking pembukaan untuk tahun 2019 adalah Gunung Singai.  tapi saya sudah pos entry untuk hiking yang lain dulu pulak.  tak kisahlah.  janji park kat sini untuk memori diri sendiri.

sebenarnya banyak kali dah saya berpengalaman hiking sambil meredah hujan.  ini entah kali yang keberapa pun tak ingat.  Cuma bezanya hiking kali ini hujan turun dengan lebatnya ketika saya sampai di puncak.  jadinya gambar di puncak tak adalah.  kami berehat sekejap dipuncak lepas tu terus bergerak turun dalam keadaan hujan yang sangat lebat.


 

snap masa hujan dah hampir reda


rehat sebentar di pondok ni sebelum turun


Sepanjang jalan kabus kelihatan di mana-mana.  Seronok juga dapat main hujan.  ini kalau masa kecil-kecil dulu memang teruk lah kena marah dengan emak sebab main hujan.  silap haribulan berbirat badan kena tali pinggan.  hohoho.  KLMJ pulak.  tapi sebab emak garang lah kami adik beradik semua jadi 'orang'... 

sekian, entry saya kali ini.

wassalam

Wednesday 13 February 2019

mendaki gunung gading dan memacak papan tanda bersama KKAS


assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

sebelum cuti CNY saya berpeluang menyertai program memacak papan tanda di Gunung Gading yang dianjurkan KKAS dan kerjasama SFC dan Maksak. 

Program ini disertai seramai 33 orang ahli KKAS termasuk saya, DO Lundu dan Belia Lundu.  Program ini bertujuan untuk menggantikan papan tanda di puncak Gunung Gading yang telah uzur dimamah usia.

secara kebetulan juga pada waktu ini ada bunga raflesia yang sedang berkembang cantik.  Disebabkan saya dah pernah melihat bunga raflesia tu sebelum ini, saya taklah teruja sangat nak tengok.

perancangan saya selepas turun dari puncak gunung ini, kami akan berkemah di tapak khemah yang disediakan bersama anak2 saya.

Pendakian biasa mengambil masa 3-4 jam untuk ke puncak.  tapi kali ni saya dapat sampai dalam masa 2 jam 45 minit sebab perlu mengejar hero kecil saya yagn tak pandai penat.  sabo ajelah.  saya biasa mendaki secara santai sambil menikmati keindahan alam.


kita sarapan dulu

sesi taklimat dan perasmian.  no 2 dari kiri tu adalah DO Lundu

bergambar sebelum memulakan pendakian


sesi warming up

taklimat untuk mereka yang nak melihat bunga raflesia
pendakian bermula

yang ditunggu-tunggu pun tiba


sesi mengorek lubang


si hero kecil ni pun sibuk juga nak tolong korek lubang

bergambar dulu kat signboard lama

group photo dengan signboard baru pula.  

setelah selesai, sebelum bergerak turun, kami bergambar lah berdua dengan kedua2 signboard ayng ada di sini...
signboard lama

signboard yang baru

dalam perjalanan turun sempat jugalah saya merakamkan gambar apa2 yang menarik di pandangan mata saya

 


batu besar di tepi trail pendakian


tengok saiz ulat gonggok ni...


kawan sehiking  

Sebaik sahaja sampai semula ke starting point saya terus memasang khemah di tempat yang disediakan memandangkan waktu zohor yang menghampiri penghujungnya.  Sementara itu ketiga2 anak saya menyediakan makanan tengahari + petang.  waktu ni dah jam 3.45 petang.  menu simple sahaja tapi cukup menyelerakan.  lepas tu saya terus berehat.

mujur khemah kami dipasang di bawah bumbung sebab pada sebelah malam tu hujan turun dengan lebatnya.  Khemah yang berusia 15 tahun tu dah hilang waterprof nay.  kalau kena hujan air akan masuk. 

Aktiviti pagi  hanya melibatkan memasak sarapan dan bersantai2 sahaja kerana hujan masih belum reda.  niat nak melihat bunga raflesia terpaksa dibatalkan.  lebih kurang jam 10.30 pagi kami berkemas2 dan bergerak balik. 

disebabkan keletihan dan hujan saya terlupa terus nak mengambil gambar tapak khemah dan aktiviti yang kami anak beranak buat pada waktu itu.  tak pa lah.  lain kali boleh repeat balik memandangkan tapak khemah itu agak selesa dan sesuai untuk kami.

sekian, entry hiking dan camping untuk kali ini.

wassalam


CNY 2019

Assalamualaikum semua

sebenarnya nenek saya adalah keturunan cina.  atuk saya pula keturunan jawa.  jadilah  JAWA-CINA.  tapi kulit saya ikut arwah atuk sy.  sebab tu warna gelap.  kebanyakan adik beradik emak saya ramai yang berkulit gelap ikut arwah atuk.  tapi bila jatuh kat cicit-cicit dah jadi bercampur-campur.  yang muka cina memang nampak sungguh dengan mata sepetnya.  tapi kami tak pernah menyambut CNY sebab kami tak pernah tahu adik-beradik arwah nenek saya.  sebenarnya arwah nenek saya dijaga oleh keluarga angkat yang beragama islam.  jadinya budaya cina tu dah hilanglah dalam diri.  tapi ada juga adik-adik saya yang menghantar anak2 mereka ke sekolah cina.  jadinay adalah sebahagian daripada keluarga saya yang fasih berbahasa mandarin.  begitulah kisahnya.

memandangkan saya berada diperantauan,  bila cuti2 panjang memang tak tahu hala tuju sangat.  iyalah saudara mara jauh.  harapkan kawan-kawan sahaja lah.  jadinya raya ke2 CNY anak saya mendapat jemputan rumah terbuka cikgu sekolahnya.  saya pun menumpang sekakilah meraikannya.  kawan2 anak saya yg tak ada transport menumpang kereta sy untuk ke rumah cikgu mereka.  memang jadi sardin lah dalam kereta.  bersesak2.  tapi ok lah sebab rumah cikgu mereka tak jauh sangat pun.





yang berdiri berbaju biru (tengah) tu lah tuan rumahnya... 

sebab diaorg nak SPM tahun ni, dapat hadiah buku latihan juga.

sebenarnya walau apa pun agama, bangsa dan keturunan kita, sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain perlulah terus dikekalkan dalam memastikan keharmonian antara kaum. 

Sekian, wasalam

Thursday 7 February 2019

Bebola keledek cheese

assalamualaikum semua

kali ini saya nak berkongsi resepi yang sesuai untuk dibuat minum petang atau kudapan sambil menonton TV.

bahan yang digunakan pun mudah sahaja.  rasa terliur tak tengok video ini.  kalau rasa menyelerakan jom saya kongsikan resepinya...


bahan-bahan
ubi keledek 
tepung gandum
sedikit garam
beberapa keping cheese (saya guna cheesedale yang dipotong 4)
bread crumb secukupnya

cara-cara

Rebus ubi keledek hingga empuk.  kemudian lencekkan.

Campurkan tepung gandum dengan ubi keledek yang telah dilenyek tadi.  uli hingga menjadi doh.  tepung gandum ni saya main agak2 aje sebab bergantung kepada saiz keledek yang digunakan.



setelah itu bentukkan doh menjadi bulat, leperkan dan letakkan cheese di tengah2 sebagai intinya.  bulatkan semula.  (rujuk gambar di bawah.



salutkan bebola tadi dengan bread crumb.  kalau terlalu kering boleh basahkan sedikit bebola tadi untuk melekatkkannya.



panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan menggunakan api yang sederhana sehingga masak.


 sedia untuk dihidangkan.  amat sesuai dimakan panas-panas sebaik sahaja selepas goreng sebab cheese di bahagian dalamnya akan terasa di tekak tat kala kita mengigitnya.  nyummyyyy