sebenarnya nenek saya adalah keturunan cina. atuk saya pula keturunan jawa. jadilah JAWA-CINA. tapi kulit saya ikut arwah atuk sy. sebab tu warna gelap. kebanyakan adik beradik emak saya ramai yang berkulit gelap ikut arwah atuk. tapi bila jatuh kat cicit-cicit dah jadi bercampur-campur. yang muka cina memang nampak sungguh dengan mata sepetnya. tapi kami tak pernah menyambut CNY sebab kami tak pernah tahu adik-beradik arwah nenek saya. sebenarnya arwah nenek saya dijaga oleh keluarga angkat yang beragama islam. jadinya budaya cina tu dah hilanglah dalam diri. tapi ada juga adik-adik saya yang menghantar anak2 mereka ke sekolah cina. jadinay adalah sebahagian daripada keluarga saya yang fasih berbahasa mandarin. begitulah kisahnya.
memandangkan saya berada diperantauan, bila cuti2 panjang memang tak tahu hala tuju sangat. iyalah saudara mara jauh. harapkan kawan-kawan sahaja lah. jadinya raya ke2 CNY anak saya mendapat jemputan rumah terbuka cikgu sekolahnya. saya pun menumpang sekakilah meraikannya. kawan2 anak saya yg tak ada transport menumpang kereta sy untuk ke rumah cikgu mereka. memang jadi sardin lah dalam kereta. bersesak2. tapi ok lah sebab rumah cikgu mereka tak jauh sangat pun.
yang berdiri berbaju biru (tengah) tu lah tuan rumahnya... |
sebab diaorg nak SPM tahun ni, dapat hadiah buku latihan juga. |
sebenarnya walau apa pun agama, bangsa dan keturunan kita, sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain perlulah terus dikekalkan dalam memastikan keharmonian antara kaum.
Sekian, wasalam
No comments:
Post a Comment