assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
sebelum cuti CNY saya berpeluang menyertai program memacak papan tanda di Gunung Gading yang dianjurkan KKAS dan kerjasama SFC dan Maksak.
Program ini disertai seramai 33 orang ahli KKAS termasuk saya, DO Lundu dan Belia Lundu. Program ini bertujuan untuk menggantikan papan tanda di puncak Gunung Gading yang telah uzur dimamah usia.
secara kebetulan juga pada waktu ini ada bunga raflesia yang sedang berkembang cantik. Disebabkan saya dah pernah melihat bunga raflesia tu sebelum ini, saya taklah teruja sangat nak tengok.
perancangan saya selepas turun dari puncak gunung ini, kami akan berkemah di tapak khemah yang disediakan bersama anak2 saya.
Pendakian biasa mengambil masa 3-4 jam untuk ke puncak. tapi kali ni saya dapat sampai dalam masa 2 jam 45 minit sebab perlu mengejar hero kecil saya yagn tak pandai penat. sabo ajelah. saya biasa mendaki secara santai sambil menikmati keindahan alam.
|
kita sarapan dulu |
|
sesi taklimat dan perasmian. no 2 dari kiri tu adalah DO Lundu |
|
bergambar sebelum memulakan pendakian |
|
sesi warming up |
|
taklimat untuk mereka yang nak melihat bunga raflesia
|
|
pendakian bermula |
|
yang ditunggu-tunggu pun tiba |
|
sesi mengorek lubang |
|
si hero kecil ni pun sibuk juga nak tolong korek lubang |
|
bergambar dulu kat signboard lama
|
|
group photo dengan signboard baru pula. |
setelah selesai, sebelum bergerak turun, kami bergambar lah berdua dengan kedua2 signboard ayng ada di sini...
|
signboard lama |
|
signboard yang baru |
dalam perjalanan turun sempat jugalah saya merakamkan gambar apa2 yang menarik di pandangan mata saya
|
batu besar di tepi trail pendakian |
|
tengok saiz ulat gonggok ni...
|
|
kawan sehiking |
Sebaik sahaja sampai semula ke starting point saya terus memasang khemah di tempat yang disediakan memandangkan waktu zohor yang menghampiri penghujungnya. Sementara itu ketiga2 anak saya menyediakan makanan tengahari + petang. waktu ni dah jam 3.45 petang. menu simple sahaja tapi cukup menyelerakan. lepas tu saya terus berehat.
mujur khemah kami dipasang di bawah bumbung sebab pada sebelah malam tu hujan turun dengan lebatnya. Khemah yang berusia 15 tahun tu dah hilang waterprof nay. kalau kena hujan air akan masuk.
Aktiviti pagi hanya melibatkan memasak sarapan dan bersantai2 sahaja kerana hujan masih belum reda. niat nak melihat bunga raflesia terpaksa dibatalkan. lebih kurang jam 10.30 pagi kami berkemas2 dan bergerak balik.
disebabkan keletihan dan hujan saya terlupa terus nak mengambil gambar tapak khemah dan aktiviti yang kami anak beranak buat pada waktu itu. tak pa lah. lain kali boleh repeat balik memandangkan tapak khemah itu agak selesa dan sesuai untuk kami.
sekian, entry hiking dan camping untuk kali ini.
wassalam
No comments:
Post a Comment