Showing posts with label Pesta Tasik Biru Bau. Show all posts
Showing posts with label Pesta Tasik Biru Bau. Show all posts

Monday, 9 October 2017

pesta tasik biru 2017

assalamualaikum semua

pesta tasik biru kembali lagi.  seperti tahun sebelum ini, banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta ini berlangsung.  saya tak jadi peserta pun tapi datang sebagai pengunjung aje.  kali ini apsukan keselamatan ada membuka booth pameran.  apa lagi, saya sekeluarga pun ambil peluang lah naik dan melihat senjata dan kenderaan yang dipamerkan.

gambar belah kanan ni first time saya nampak motosikal yang digunakan oleh pihak tentera.  menurut mereka motosikal ini digunakan dlm hutan.  anak saya azim bergaya dengan helmet lagi..

 

selain itu juga kenderaan seperti kereta kebal yang beraneka model turut dipamerkan disini..  masing2 tak melepaskan peluang termasuklah mama mereka.

 


beraneka barang2 jualan ada kat sini.  pilih aje yang mana suka.  sediakan ajelah pulusnya banyak2..




saya suka tengok nenas yang disusun begini. nampak unik. hanya menggunakan dawai yang diikat sahaj mampu menghasilkan replika buah nenas dengan menggunakan buahnya..

 

pasukan tentera darat juga membuat pertunjukan... menarik persembahan mereka.






sempat lah bergambar dengan sepupu saya yang juga bertugas di bumi kenyalang ini sebagai pasukan keselamatan bersama ahli keluarganya.



Izah dan sepupunya mengambil bahagian dalam acara karaoke...

 

ini pula pertandingan jong.  banyak juga kategori jong ini. antara yang dipertandingkan adalah jong  tercantik.   


di dalam tasik ini pula ada pertandingan jong terpantas yang menggunakan bantuan angin sepenuhnya untuk berlayar.



biasa kita lihat pertandingan tarik tali kan.  tapi kali ini saya dapat melihat pertandingan tarik tali tetapi di dalam rakit.   memang meriah sungguh..


ada pertandingan mewarna juga turut diadakan untuk kanak2.


ada pertandingan gubahan bunga.  macam2 cara mereka menggubah.  memang cantik dan kreatif idea mereka.  lesung kayu pun boleh dijadikan pasu.




sekian entry saya untuk kali ini

wassalam







Friday, 7 October 2016

pesta tasik biru di Bau

assalamualaikum semua

sebenarnya secara kebetulan aje saya lalu.  biasanya kalau saya pergi ke Pasar Serikin terus balik rumah aje. tapi entah macam mana tergerak pula nak singgah ke tasik biru.  bila sampai penuh dengan kemah dan kenderaan. rupa2nya ada pesta Tasik Biru disitu.  memang rezeki kami lah tu...

sebelum tu saya nak cerita sikit pasal Tasik Biru yang terletak di daerah kecil Bau, Sarawak ni.

Untuk pengetahuan u'll Tasik Biru ni mempunyai keluasan lebih kurang 5 hektar dan beratus meter dalam.  Dahulu Tasik ini aktif dengan kegiatan perlombongan emas.  Dikatakan  tasik ini mempunyai emas yang paling cantik dan berkualiti di dunia.  Akibat kerja2 perlombongan emas di tasik ini, berlaku pemendapan tanah dibeberapa kawasan di kawasan Bau termasuklah tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan Bau.  Ini telah mengakibatkan penduduk disini marah dan membantah kerja2 perlombongan itu.  Akhirnya pada tahun 1998, kerja2 perlombongan dihentikan dan tasik ini diisi semula dengan air.  Pemendapan yang berlaku juga telah berhenti dengan serta merta.

Sekarang Tasik Biru ini menjadi salah satu destinasi pelancongan Negeri Sarawak.  Ia dibuka kepada orang ramai yang ingin beriadah dan bersantai2 di sini.  Pengunjung dapat menikmati pemandangan tasik buatan manusia  yang berwarna biru ini.  Namun begitu, pengungjung tidak dibenarkan mandi di dalam tasik ini sebab airnya mengandungi paras arsenik yang tinggi. dibimbangi memudaratkan kesihatan.  selain itu faktor kedalaman tasik ini juga menjadikan ianya berbahaya dan tidak sesuai.

dari cerita2 mulut ke mulut, tasik ini satu ketika dahulu dikatakan berpenunggu.  Pernah ada kejadian sebuah bas sekolah terjunam kedalam tasik ini dan meragut banyak nyawa.  disebabkan itu juga saya tak berani sangat nak mendekati tasik ini.  cuma tengok dari tepi aje...


ok lah .  berbalik pula kepada pesta Tasik Biru ini.

antara aktiviti yang dijalankan semasa Pesta Tasik Biru ini adalah pertandingan memasak, jong cantik, aktiviti air seperti lumba jong, tung of war on boat dan lain2, pameran agensi kerajaan seperti PDRM, KBS, jualan kraftangan, jualan makanan dan banyak lagi.

saya kongsikan gambar2 yang sempat saya ambil.



Wani dan Azim mencuba gusti lengan




 kami tengok dari tepi aje. tak berani nak mendekati kawasan jeti..




 
 pertandingan jong cantik antara yang menarik minat saya anak beranak.

bila dah letih kami makan tengahari di sini.  pihak penganjur menyediakan kawasan berkhemah yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk pengunjung menjamu selera.





sekian, wassalam