Showing posts with label dapur. Show all posts
Showing posts with label dapur. Show all posts

Monday, 31 December 2018

dekorasi sempena nak tukar tahun

assalamualaikum semua

biasanya hujung minggu ada aje gunung yang saya nak daki.  Mungkin sebab terlalu aktif menyebabkan lutut saya mulai membengkak.  so atas nasihat kwn2 sy berehatlah dulu.  tapi sebab dah memang biasa akatif tak reti duk diam, mula lah idea mendeko pula muncul dalam kepala. 

sebenarnya dah lama saya berhajat untuk menukar warna kabnet dapur saya.  tapi belum sampai seru lagi.  begitu juga bilik air Azim aka bilik air tetamu.  cuma ideanya tak muncul lagi.


hasil cuti hiking maka terhasillah refomasi ini


gambar sebelum

 

bilik air ni berwarna putih coklat.  malangnya ada sekeping tile tertanggal dan tak jumpa pun corak yang sesuai.  sedih wei... 



Inilah rupa kabinet hitam oren saya yang penuh dengan nostalgia silam...  saya nak tukar sangat warnanya sebab warna kabinet ini bukanlah pilihan hati saya.  Tapi iya lah bukannya murah kalau nak tukar dan mengambil masa yang lama juga prosesnya.  tak sanggup saya nak bermain dengan debu-debu dan habuk.



gambar selepas


Tada.........................




 

tiles yang cacat tu saya tutup dengan 3D wallpaper.  terus berubah suasana bilik air tu.  




dengan menggunakan wallpaper kalis air (beli kat MR DIY aje)  terus berubah warna kabinet saya.  happy sangat.  tapi malangnya roller blind saya pada bahagian bwhnya dah mula hitam sebab masa memasak saya akan gulung keatas.  jadi segala asap dan wap akan kena sedikit pada hujung blind tu lah...  ada juga saya cuba cuti tapi setakat ni masih belum jadi lagi.  Anak-anak saya pun suka tengok perubahan pada kabinet tu.  

sekian perkongsian deko-deko saya.  

Wassalam

Friday, 23 October 2015

island segera di dapur

assalamualaikum semua

entry kali ini nak tunjuk (macam riak la pulak) sedikit perubahan pada dapur di rumah comel ini.
sebenarnya saya memang berangan2 nak memiliki dapur yang ada island.
tapi memandangkan ruang yang comel, keinginan terpaksa dilupakan.
namun begitu saya gigih jugak berfikir macam mana nak merealisasikan impian tu.
setelah jenuh memerah otak, google merata2 tapi tak jumpa jugak idea yang bersesuaian.
sesetengah idea yang ditunjukkan memerlukan kos yang tinggi.. sob.. sob.. sob...

tujuan saya nak ada island ini adalah untuk memudahkan kerja2 di dapur dan sebagai ruang untuk sarapan pagi.
tapi kalau saya buat jugak island yang bersaiz 2 kaki lebar tu memang sesaklah dapur.
lagipun kalau boleh saya tak mahu island yang fix.
kalau boleh nak island yang kalau rasa nak diubah, boleh ubah.
kalau boleh nak yang simple.
kalau boleh nak yang murah.
kalau boleh.........
hihihi.. banyak betul 'kalau boleh' nya

dan akhirnya.......
inilah hasilnya.





Entah macam mana timbul pulak idea saya untuk membeli meja ini.
meja konsol yang biasanya orang letak kat ruang tamu akhirnya menjadi island di dapur saya.
meja ini tak lebar sangat. sesuai sangat untuk diletakkan di ruang yang sempit.
saya beli stool 3 biji dan letak kat bawah meja tu.


pemandangan dari sudut lain pulak.

setakat ini saya berpuashati dengan kewujudan island segera ini.
di samping sebagai kaunter sarapan, ia juga berfungsi sebagai tempat saya nak  buat kerja mengguli tepung, menyediakan bahan2 masakan dan sebagainya.
sebelum ini kami bersarapan di ruang makan utama.
setakat minum air secawan dan makan roti seketul macam tak sesuai aje guna kat ruang makan yang berkerusi lapan tu.
lepas tu jauh sikit dari dapur. leceh.
saya kalau boleh nak semua ada kat sebelah kiri, kanan, hadapan dan belakang saya.
ia lah masa itu penting.
semenjak ada meja ini memang mudah. lepas saya sediakan sarapan, pusing belakang dan letak aje kat atas meja ini.
lepas tu sediakan minuman panas. nak kemas pun senang sebab dekat dengan sinki.

meja comel setelah dihias dengan mug.

kos untuk menghasilkan island segera ini memang dalam budget saya.
sebenarnya masa saya survey harga meja ini ada banyak jenis.
meja yang berharga RM 1++ pun ada tapi materialnya macam bukan jenis yang tahan lama.
ada satu yang saya berkenan pulak kaler putih. (memang lari konsep lah).
kesudahannya saya beli material kayu yang berharga RM2++ dan berwarna dark brown. (sebenarnya saya cari hitam tapi tak jumpa)
stool pun saya beli kebetulan tengah sale. dapat murah sikit.
sebenarnya saya nak beli stool warna oren. konon2 nak matchingkan dengan kabinet oren.
tapi tak jumpa. yang ada pun mahal sangat..
dengan kos lebih kurang RM300 impian saya untuk ada island ini pun tercapai...
alhamdulillah...

anak2 pun suka guna ruang ini.
setakat nak makan yang simple2 memang sesuai lah.

so..kepada sesiapa yang sedang mencari idea buat island dengan kos yang rendah dan tak memerlukan ruang yang besar bolehlah guna idea ini..

inilah rupanya bila dah letak makanan. gambar ini adalah breakfast anak2 semalam. stove pizza dan air milo... simple aje.

sekian, wassalam

Tuesday, 1 September 2015

apa ada dalam kitchen kabinet

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

entry kali ini saya nak cerita sedikit tentang KC di rumah saya yang comel ni.  sebelum ini ada saya tunjukkan KC daripada luar aje kan.  so kali ini saya nak tunjukkan bagaimana saya menyusun peralatan memasak dan peralatan dapur di dalam KC pula.


mula2 nak tunjuk dulu buah strawberi yang saya gunakan sebagai hiasan pada tangkai pintu tall rak saya..... hahaha


ok untuk pinggan mangkuk kegunaan harian, saya letakkan di atas sink.  senang nak letak walaupun bermasalah untuk anak2, (iayalah anak2 saya masih kecil lagi kecuali Izah. dah sama tinggi dengan mamanya) tapi saya suka.  lepas basuh aje terus letak kat situ. maknanya kat situlah pinggan mangkuk harian saya lepak sampailah saya tukar set pinggan yang lain... (hihihi... macamlah banyak sangat set pinggan saya).   biasanya orang suka letak rak pinggan kat atas counter top kan?  tapi berdasarkan pengalaman saya, kalau letak kat counter top, ruang tu jadi sempit untuk saya buat kerja2 memasak.  jadi untuk mendapatkan ruang yang luas, ini lah cara saya....


yang ini pemandangan dari depan KC saya. sebelah oven tu tempat letak tong gas. tak perlulah nak tunjuk gambar. u ll boleh bayangkan sendiri aje... selepas tempat tong gas tu yang saya nak cerita...



tada.........
inilah rupa bahagian dalam KC saya. saya gunakan rak jenis sorong tarik aje. ini pun berdasarkan pengalaman yang lepas... kalau guna rak kayu yang bertingkat2 tu selalunya susah nak ambil peralatan yang ada disebelah dalam.. kadang2 jenuh memunggah dulu kalau nak guna... dengan guna rak jenis ini saya tarik aje kalau nak ambil peralatan memasak yang duk kat hujung KC.  

KC sebelah kanan saya gunakan untuk menyimpan peralatan memasak seperti periuk dan kuali. manakala KC sebelah kiri tu saya gunakan untuk menyimpan segala jug air, tupperware bekal anak2 ke sekolah dan lain...




ok.. kita tengok dari dekat pulak ye




untuk ruang KC yang lain saya akan cerita dalan entry yang akan datang ye...

sekian, wassalam....

Tuesday, 18 August 2015

kitchen kabinet

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal kitchen kabinet kat rumah saya pulak...
KB yang ada kat rumah comel ni designnya bentuk u..

untuk counter topnya saya guna material tiles aje sebab tahan lasak dan murah.  saya pilih warna hitam supaya segala kekotoran yang ada kurang jelas.  cuma kalau hitam semua nampak gelap pulak.. jadinya saya memilih pintu hitam dan oren supaya nampak ceria.... semangat sikit nak memasak... (kalau masak tak sedap jangan salahkan KB pulak... kuang! kuang! kuang!)

KB ini dipasang sepanjang dinding dapur..
jom kita tengok KB ni dari sebelah kanan ke kiri...


sebelah kanan sekali saya letakkan mesin basuh.  
Reason: dekat dengan sumber air dan mudah sebab ianya bersambung dengan saluran air buangan dari sinki dapur.  

lagi pun saya akan basuh basuh sebelah petang sambil memasak... jadi mudahlah saya nak tengok mesin tu.

Pada sebelah atas sinki tu terletaknya rak pinggan yang digunakan hari2... 
masalah pada rak pinggan ini adalah pada anak2. saya memang dah ajar anak2 untuk cuci pinggan mereka sendiri. jadi lepas diorang cuci memang diorang tak boleh nak letak kat rak tu.. biasanya diorang akan letak kat sebelah kiri sinki tu aje dan saya yang akan letak kat rak tu.  tapi bagusnya saya boleh jadi QC untuk tengok kadar kebersihan pinggan tu. kalau saya tak puas hati, saya akan cuci semula senyap2 tanpa bebudak tu tahu dan letak elok2 kat rak...

kat sudut sebelah sinki tu saya gantungkan segala peralatan memasak macam sudip, papan pemotong, senduk, sudu, garfu dan sebagainya.  periuk nasi dan cerek air pun parking kat situ jugak...  belah atas tu saya letakkan bekas bawang saya.  bahagian bawah dapur tu terletaknya oven yang memang banyak jasa dalam keluarga saya. usia oven ini lebih kurang 9 tahun dah.. evergreen gitu... nak nampak kesan2 karat yang dah tak mahu hilang. cermin pun dah kelabu aje rupanya.. tapi tak apa, asalkan aktiviti membaking berjalan lancar... beres... saya dah berpuas hati...



bahagian yang mengadap tingkap ni lah terletaknya dapur.. tingkap sengaja saya tak mahu letak sinki sebab daripada pengalaman yang lepas2 kalau sinki dekat dengan tingkap, grill tingkap tu akan cepat berkarat dan susah nak bersihkan.. lagipun saya suka rak pinggan atas sinki... bahan2 untuk memasak yang biasa saya letak dalam bekas plastik warna hijau tu dan parking kat depan tingkap aje... tapi nampak macam serabut.  cuma belum ada idea nak letak kat mana... nanti2 lah fikir..



 kat sudut kiri tu saya letak blender, mixer, stok makanan yang tak muat nak letak kat tall rak (suka sangat saya buat stok) dan jugak bekas beras tupperware. kat sebelah kiri ni pulak letaknya tall rak saya. saya pernah cerita pasal tall rak saya kat entry sebelum ni. boleh baca di sini.  sebelah tall rak tu letaknya peti sejuk dan freezer... sebelah freezer tu bukan mesin basuh (rupa sama tapi fungsi lain2 ye...) itulah dryer saya.  ini kes orang nak senang aje lah kan... saya kan ibu bekerjaya. nak jemur baju tu malas bebenor..... sebaik sahaja mesin basuh berhenti berputar, saya terus masukkan dalam mesin pengering ini pulak... nasib baik saya suka lipat baju... jadi aktiviti sebelah malam adalah melipat baju sambil tengok TV...

 



macam mana saya susun semua barang2 dalam KB tu saya cerita dalam entry yang lain pulak ye...

sekian, wassalam.