Thursday 21 September 2017

mendaki Gunung Sadong, Serian


Assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal pendakian saya ke Gunung yang tertinggi di Daerah Serian iaitu Gunung Sadong.  Gunung ini juga dikenali sebagai Gunung Santing.  Gunung ini tingginya 727m dpl.  perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk ke puncak.


seperti biasa, sebelum memulakan pendakian, kita bergambo dulu dan warming up untuk mengurangkan kecederaan.



sebelum masuk hutan kita merentasi kampung dan kebun orang kampung dulu ye...  kali ni kita masuk kebun lada hitam pulak.  jangan gatal2 tangan nak petik lada hitam orang ye..

  


sambil berehat tetiba telefon berbunyi pulak.  hahaha  siapa kata dalam hutan tak ada line telefon. 




bergambar kat batu penanda pulak.  walaupun yang nampak kaki aje, pun boleyyy



model tupperware tengah berposing.  ko ado... hahaha.  masa ni hujan tengah turun dengan lebatnya.  menumpang aje lah sesiapa yang ada pegang hp dan kamera...



gambar yang ini pulak bila hujan dah mula reda...  view memang tak nampak sangat sebab kabus dikelilingnya.



ini ajelah view yang dapat ditunjukkan kat puncak gunung ini.  





keadaan memang sejuk dan berkabus sebab cuaca mendung dan baru lepas hutan.  nasib baik lah baju lengan panjang.  dapat jugalah tahan dari kesejukan.  




besar giler ulat ini.   memang banyak ditemui sepanjang trek gunung ini.  macam ulat gonggok tapi bewarna putih berbelang hitam. nampak cantik tapi saya tak berani pegang.


istimewa sangat ekpedisi kali ini sebab dapat melihat flora yang sangat unik.  semasa mendaki,  saya ternampak macam sejenis kaktus.  kat tepinya ada bunga halus2.  tak berani nak dekat dan sentuh.   snap gambar dari jauh aje lah.  tanya kpd pakar, setakat ni x tahu namanya.  menurut pakar botani kemungkinan daripada family Fabaceae.  ianya tumbuh dihujung akar.  mungkin juga spesis Phytocrene. itu aje lah info yang saya dapat kongsikan.

 

kat puncak  terjumpa pulak spesis cendawan ini.  memang rasa teruja sangat.  maklumlah tak pernah lagi jumpa cendawan yang siap ada jaring2 kat tepinya.


bila balik, try google.  jumpa dalam google image.  baru tahu namanya dictyophora.  nama localnya kulat butuh mayat. memang spesis cendawan yang unik.



ekpedisi kali ini memang mencabar mental dan fizikal kerana keadaan cuaca yang kurang baik. semasa kami memulakan pendakian, cuaca nampak mendung.  trek agak licin kerana sehari sebelum tu hujan. apabila kami sampai di puncak, hujan mula turun dengan lebatnya tapi sekejap sahaja. sebaik hujan berhenti kami pun bergerak turun.  trek memang betul2 mencabar.  trek yang curam dan licin menanti.  berkali2 kami tergelincir dan terjatuh. memang kena berhati2 sungguh.  rasa menyesal sebab x bawa hiking stick.  terpaksa minta belas ehsan guide untuk memotong kayu untuk dijadikan tongkat. tapi bunyi buah nangka jatuh berdebuk memang amat kerap.  suasana jadi lucu bila setiap kali ada ahli yang jatuh disusuli dengan gelak ketawa rakan pendaki yang lain.  tidak ada seorang pendaki pun yang terkecuali daripada terjatuh dan tergelincir.  rasa macam main gelongsor pun ada.  mungkin disebabkan trek yang basak, kehadiran pacat tidaklah mengejutkan.  memang banyak pacat yang melekat pada stokin dan kaki pendaki.  redha aje lah.

sekian, perkongsian aktiviti mendaki saya.  Wassalam.

movie lagi


Assalamualaikum semua

bila sebut pasal cuti aje memang ramai yang teruja dan seronok.  amat jarang sekali dapat cuti berganda sampai 5 hari berturut2.  Tapi tahun 2017 buat sejarah apabila cuti berganda ini datang.  31 Ogos Hari kebangsaan, 1 Sept cuti Aidiladha, 2 dan 3 sept weekend (memang cuti mingguan) dan tambah lagi 4 Sept sebab Malaysia jadi Juara Sukan Sea 2017.

Tapi, tapi kan keterujaan itu berkurangan sebab 2 orang anak saya akan mengharungi peperiksaan penting iaitu UPSR bermula pada 11 September 2017 dan PT3 bermula pada 9 Oktober 2017.  oleh itu saya terpaksa kurangkan aktiviti untuk mereka supaya mereka dapat memberikan fokus kepada pelajaran.

hari pertama cuti saya join fitness training.  sebenarnya dah sebulan saya join yang mana aktivitinya dibuat selepas office hour di tempat kerja saya.  tapi memandangkan cuti, coach kami nak buat di luar kawasan pej untuk memudahkan ahli2 berkumpul.  2 kumpulan digabungkan untuk aktiviti ini. selama 1 jam kami di sini.






bila dah selesai, masing2 kelaparan dan destinasi kami adalah restoran mee Brunei yang terletak di Satok.  sesekali dapat makan beramai2 rasa seronok sangat.



inilah rupa mee Brunei nya..  saya makan yang versi special.  nampak penuh dengan tulang yang besar2.  harga semangkuk mee ini adalah RM9.



disebabkan dan berjanji dengan anak2, selepas breakfast kami terus menuju ke The Spring untuk membeli tiket.  bila dah sampai saya terus masuk kesurau untuk membersihkan diri dan menukar pakaian lain...  nasib baik datang awal, jadi tak perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket.  memang rezeki kami sebab tak perlu menunggu lama kerana waktu tayangan lebih kurang 30 minit sahaja.


sambil menunggu tu makan lah pop corn yang di beli disini.  makanan luar tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam ye...





bergambar dulu kat posternya..  gambar gelap sikit sebab saya terlupa nak on flash.. lepas habis kami singgah ke MPH sekejap untuk cari buku.  sempat juga saya sambar sebuah buku ni.  yang lain2 buku  anak2. 





sekain, wassalam.

Potato Bun yang lembut

assalamualaikum semua

entry kali ini saya nak berkongsi resepi potato bun yang lembut

bahan2 bun
600 gm tepung high protein
120 gm ubi kentang direbus dan dilenyek
1 1/2 sudu besar susu tepung
250 ml air ais
60 gm butter
11 gm yis
s sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver

cara membuatnya
  1. masukkan semua bahan dalam bekas adunan. uli dengan menggunakan mixer/ tangan hingga menjadi doh.  uli selama 8 - 10 minit.
  2. tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan selama 40 minit atau doh naik 2 kali ganda
  3. kemudian tumbuk2 doh untuk mengeluarkan anginnya
  4. bentukkan menjadi bulat dan susun dalam tray yang disapu dgn butter
  5. biarkan doh mengembah lagi sehingga 2 kali ganda atau 40 minit.
  6. bila dah kembang, sapkan dengan telur yang dipukul pd bahagian atasnya.  paipkan adunan kastad ikut corak yang disukai
  7. panaskan oven selama 5 minit dahulu.  bakar doh selama 20 minit pada suhu 170 darjah celsius.
  8. lepas dikeluarkan dari oven, sapukan dengan butter untuk mendapatkan hasil roti yang lebih berkilat.

sos kastard

bahan2
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil butter
1/2 sudu kecil esen vanila

cara membuatnya
  1. satukan susu cair, tepung dan gula dalam periuk.  kacau sebati baru buka api.
  2. kacau sentiasa hingga pekat dan matikan api. masukkan mentega dan esen vanila.
  3. biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam piping beg.
saya kongsikan gambar yang sempat saya snap semasa penyediaan roti ini.

ini gambar semasa penyediaan sos kastard.  saya buat sos kastard ini semasa nak tunggu doh mengembang kali pertama.  tapi kalau nak buat awal pun boleh juga sebab kita nak kena tunggu sos ini sejuk dulu baru boleh masukkan dalam piping beg.







doh ini lembut sangat.  saya susun dalam tray yang ada di rumah.  ada yang segi empat dan bulat.  ikut dan ajelah.



walaupun rupanya tak cantik sangat tapi yang penting rasanya.  lembut aje bun ini terjadi.  puas hati sangat sebab pertama kali mencuba dah menjadi dengan sempurna.  tapi saya rasa masa nak letakkan air sejuk tu kena pandai2 agak.  mungkin perlu dikurangkan atau dilebihkan airnya.  masa menguli tu dah boleh tahu.  tapi sebab saya uli guna mixer tu yang curah aje air terus dalam adunan.  tak apa lah, belajar dari kesilapan.

 

yang ini pulak tak nampak bentuk sebab dah mengembang betul.  tak kisahlah ye..


yang ini versi topping sos kastard dan cheese.  rupanya bila letak cheese lagi sedap.  yang ini memang kena ngap dulu dengan anak2..  lepas ni kalau nak meroti lagi saya akan buat topping sos kastard dengan cheese lah.  macam saya dah bagitau sebelum ini, saya guna aje tray yang ada kat rumah.  jadi macam2 saiz lah..



sementara tu, baki ubi kentang yang saya rebus tu saya hasilkan mashed potato untuk makan malam..



sekian, wassalam


Thursday 14 September 2017

Resepi Paru sambal berlada

assalamualaikum semua

hari ni saya nak kongsikan resepi masakan paru sambal berlada cara saya.

bahan rebus
700 gm paru
2 hiris halia
1 batang serai - diketuk
sedikit garam

bahan dikisar
9-10 tangkai cili kering/ cili padi.  saya campur 2 jenis cili ini
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

bahan2 lain
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar gula @ secukupnya
1 keping asam keping

cara-cara


  1.  Paru direbus bersama bahan rebus yang lain selama 30 minit.  sebaik2nya sehari sebelum dimasak. tapi saya buat hari yang sama aje.  masak hingga paru tidak liat.  boleh cuba cucuk dengan lidi untuk tahu... kemudian toskan airnya.
  2. bila dah sejuk baru potong nipis2. lumurkan sedikit garam dan kunyit.  biarkan seketika.
  3. goreng paru tersebut hingga garing.  yang ini ikut tekak masing2.  saya suka paru yang garing dan rangup.  jadi saya akan goreng lama sikit.  jangan sampai rentung sudah lah ye.  angkat dan tos.
  4. dalam kuali lain, (kalau nak guna kuali yang sama pun boleh juga.  tapi saya buat serentak aktiviti menggoreng dan menumis ni untuk jimat masa) tumis bahan2 kisar hingga naik bau.  masukkan serai yang diketuk, gula dang asam keping.  kacau hingga masak.  yang ini saya agak2 ikut pengalaman sendiri.
  5. bila dan masak, masukkan paru goreng tadi.  kacau seketika hingga sebati dengan cili dan matikan api.  tambahkan sedikit garam kasar.
  6. bolehlah dihidangkan.



ini lah gambar paru yang dah selesai dihiris dan diletakkan garam kunyitnya.  perap seketika supaya bahan2 ni meresap ke dalam paru untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.



ini proses menggoreng paru.  sesekali kacaulah supaya paru ni garing dengan sekata.  seelokknya goreng tenggelam untuk mendapatkan hasil gorengan yang garing dan rangup...


kan saya kata, saya buat serentak proses menggoreng dan menumis.  dah tentulah nampak perbezaan pada warna kualinya.  kuali menggoreng tu kuali yang baru 2 tahun pakai.  kalau bersihkan guna berus dawai bolehlah dapat warna cerah sikit. kuali untuk menumis pula memang kuali yang dah bertahun2 pakai.  rasanya dah hampir 16 tahun kot usianya.  sental dengan berus dawai pun dah tak mahu hilang hitamnya.  tapi masih elok lagi cuma rupanya aje lah yang hitam legam.


inilah rupa paru sambal berlada yang sedia untuk di ngap.. memang feveret anak2 saya.  mereka siap ratah lagi paru ni.  memang seperiuk habis kalau buat lauk ni.. tapi seronok dan puas hati bila tengok anak2 suka makan apa yang dimasak.  


Sekian perkongsian resepi saya kali ini.  Wassalam

Tuesday 12 September 2017

T Run 2.0

assalamualaikum semua

inilah running event yang paling jauh yang saya sertai setakat ini.  masa pilih  10 km tu saya agak ragu2.  sebab sebelum ini paling jauh pun 7 km aje.  tapi memikirkan saya kerap jogging lebih dari 5 km, saya nak cuba tahap kemampuan diri ini.  macam rugi pulak nak ambil 5 km sebab dah biasa lari jarak tu masa jogging santai2.

running event ini adalah charity run.  kali ini dapat baju warna oren terang.  silau mata memandang. ini lah brosur yang diedarkan.  banyak juga syarikat yang menaja run ini.



seperti biasa, sehari sebelum event kena ambil racepack dulu.  kali ini kawan saya tolong ambilkan.  biasa race pack akan dapat baju t dan bib aje.  kalau ada yang lain2 akan dapat masa tamat.  tapi kali ni dapt macam2 pulak makanan tambahan dan ada kupon.


jam 6 pagi saya dah sampai sini.  masa ni sesi warming up sedang berjalan.  sempatlah selfie seketul dengan Azim.  macam biasa, yang suka ikut saya jogging dan apa2 running event  adalah Azim.  dan seperti biasa juga dia  akan jadi peserta tidak berdaftar.    kebetulan warna baju sama.  Jadi tak ketara sangat lah.


banyak yang saya pelajaran hasil dari pengalaman saya berlari sejauh ini.  Saya nampak Azim kurang sesuai ikut saya untuk jarak ini.  mungkin sebab terlalu jauh dan water station yang disediakan adalah pada jarak 6 km baru ada 1.  ada juga lah dia merungut masa dah nak sampai garisan penamat.  dia suruh saya berjalan bila nampak saya terus berlalari.. saya punya pesen kalau nak nak dekat garisan penamat, semangat nak sampai cepat tu membara dan akan cuba berlari dengan lebih cepat. 

Satu lagi masa pada km 5 kasut yang saya guna dah mula rasa kurang selesa.  saya rasa panas pada bahagian dalam kasut. Sebelum ini saya tak pernah ada masalah dengan kasut.  mungkin juga sebab kasut yang saya pakai ni masih baru.  ada guna 2 @ 3 kali untuk jogging tp x pernah guna untuk running event. Rasanya khidmat kasut saya yg lama masih lagi diperlukan untuk tujuan ini.  kasut lama saya sy tinggal diofis utk tujuan fitness training saya.  untuk elakkan dari lupa saya beli sebiji lagi yang diletakkan di rumah.  lepas event ni saya terus tukar kasut.  yang baru sy tinggal di ofis dan yang lama saya letak di rumah.  perancangan akan datang kalau kasut lama saya rosak, saya nak beli brannd yang sama juga sebab selesa dengan kaki saya.

tamat larian, saya dapat medal ini.  alhamdulillah. berjaya juga saya.  rasa semangat pula nak cuba half marathon selepas ini.  untuk pengetahuan, half marathon adalah sejauh 21 km.


selfie selepas tamat larian dan Azim sempat juga bergambar dengan maskot batman.  malu-malu pulak dia masa bergambar ni.


 

habis larian, kami isi perut dengan roti jantan yang memang menjadi kegemaran Azim.



sekian celoteh saya. wassalam...

kolam hiasan terkini

assalamualaikum semua

begini keadan semasa kolan hiasan di depan rumah saya.  airnya warna hijau sebab kolam ni tak ada penapis.  masih dalam perancangan untuk pasang penapis kat kolam ini.  ini pokok bunga water lili yang baru saya beli.  nampak subur dan bunga pun berkembang tak berhenti.



ikan yang ada dalam kolam ni tinggal 5 ekor aje.  yang lain tak tahu lah ke mana.  mungkin juga kena makan dengan biawak sebab ada nampak kelibat biawak dalam kolam ni minggu lepas.  sepatutnya ikan yang ada dalam kolam ni ada 10 ekor. termasuk seekor ikan bandaraya yang memang jarang nak nampak kecuali masa bersihkan kolam.


kolam ikan ni memang sedia ada sewaktu rumah ini dibeli.  tapi owner lama bina kolam ni tanpa ada sistem penapisan yang sempurna.  jadi kolam ni bewarna hijau dan tidak ada air yang mengalir langsung.   perancangan akan datang nak buat sistem penapisan.  tapi masih dalam proses kajian dan dapatkan budget.

sekain, wassalam

Monday 11 September 2017

tempat letak medal

assalamualaikum semua. 

sejak aktif running ni semakin bayak koleksi medal sampai tak tahu nak simpan macam mana.  kebetulan Group UGR ada buat tempat gantung medal ni.  saya pun belilah dan digunakan untuk gantung medal ni.  Tengoklah dah penuh pun.


sekian, wassalam