Assalamualaikum semua
entry kali ini nak cerita pasal pendakian saya ke Gunung yang tertinggi di Daerah Serian iaitu Gunung Sadong. Gunung ini juga dikenali sebagai Gunung Santing. Gunung ini tingginya 727m dpl. perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk ke puncak.
seperti biasa, sebelum memulakan pendakian, kita bergambo dulu dan warming up untuk mengurangkan kecederaan.
sebelum masuk hutan kita merentasi kampung dan kebun orang kampung dulu ye... kali ni kita masuk kebun lada hitam pulak. jangan gatal2 tangan nak petik lada hitam orang ye..
sambil berehat tetiba telefon berbunyi pulak. hahaha siapa kata dalam hutan tak ada line telefon.
bergambar kat batu penanda pulak. walaupun yang nampak kaki aje, pun boleyyy
model tupperware tengah berposing. ko ado... hahaha. masa ni hujan tengah turun dengan lebatnya. menumpang aje lah sesiapa yang ada pegang hp dan kamera...
gambar yang ini pulak bila hujan dah mula reda... view memang tak nampak sangat sebab kabus dikelilingnya.
ini ajelah view yang dapat ditunjukkan kat puncak gunung ini.
keadaan memang sejuk dan berkabus sebab cuaca mendung dan baru lepas hutan. nasib baik lah baju lengan panjang. dapat jugalah tahan dari kesejukan.
besar giler ulat ini. memang banyak ditemui sepanjang trek gunung ini. macam ulat gonggok tapi bewarna putih berbelang hitam. nampak cantik tapi saya tak berani pegang.
istimewa sangat ekpedisi kali ini sebab dapat melihat flora yang sangat unik. semasa mendaki, saya ternampak macam sejenis kaktus. kat tepinya ada bunga halus2. tak berani nak dekat dan sentuh. snap gambar dari jauh aje lah. tanya kpd pakar, setakat ni x tahu namanya. menurut pakar botani kemungkinan daripada family Fabaceae. ianya tumbuh dihujung akar. mungkin juga spesis Phytocrene. itu aje lah info yang saya dapat kongsikan.
kat puncak terjumpa pulak spesis cendawan ini. memang rasa teruja sangat. maklumlah tak pernah lagi jumpa cendawan yang siap ada jaring2 kat tepinya.
bila balik, try google. jumpa dalam google image. baru tahu namanya dictyophora. nama localnya kulat butuh mayat. memang spesis cendawan yang unik.
ekpedisi kali ini memang mencabar mental dan fizikal kerana keadaan cuaca yang kurang baik. semasa kami memulakan pendakian, cuaca nampak mendung. trek agak licin kerana sehari sebelum tu hujan. apabila kami sampai di puncak, hujan mula turun dengan lebatnya tapi sekejap sahaja. sebaik hujan berhenti kami pun bergerak turun. trek memang betul2 mencabar. trek yang curam dan licin menanti. berkali2 kami tergelincir dan terjatuh. memang kena berhati2 sungguh. rasa menyesal sebab x bawa hiking stick. terpaksa minta belas ehsan guide untuk memotong kayu untuk dijadikan tongkat. tapi bunyi buah nangka jatuh berdebuk memang amat kerap. suasana jadi lucu bila setiap kali ada ahli yang jatuh disusuli dengan gelak ketawa rakan pendaki yang lain. tidak ada seorang pendaki pun yang terkecuali daripada terjatuh dan tergelincir. rasa macam main gelongsor pun ada. mungkin disebabkan trek yang basak, kehadiran pacat tidaklah mengejutkan. memang banyak pacat yang melekat pada stokin dan kaki pendaki. redha aje lah.
sekian, perkongsian aktiviti mendaki saya. Wassalam.
1 comment:
perlu guide ka untuk naik ke gunung ya? ada no contct?
Post a Comment