inilah running event yang paling jauh yang saya sertai setakat ini. masa pilih 10 km tu saya agak ragu2. sebab sebelum ini paling jauh pun 7 km aje. tapi memikirkan saya kerap jogging lebih dari 5 km, saya nak cuba tahap kemampuan diri ini. macam rugi pulak nak ambil 5 km sebab dah biasa lari jarak tu masa jogging santai2.
running event ini adalah charity run. kali ini dapat baju warna oren terang. silau mata memandang. ini lah brosur yang diedarkan. banyak juga syarikat yang menaja run ini.
seperti biasa, sehari sebelum event kena ambil racepack dulu. kali ini kawan saya tolong ambilkan. biasa race pack akan dapat baju t dan bib aje. kalau ada yang lain2 akan dapat masa tamat. tapi kali ni dapt macam2 pulak makanan tambahan dan ada kupon.
jam 6 pagi saya dah sampai sini. masa ni sesi warming up sedang berjalan. sempatlah selfie seketul dengan Azim. macam biasa, yang suka ikut saya jogging dan apa2 running event adalah Azim. dan seperti biasa juga dia akan jadi peserta tidak berdaftar. kebetulan warna baju sama. Jadi tak ketara sangat lah.
banyak yang saya pelajaran hasil dari pengalaman saya berlari sejauh ini. Saya nampak Azim kurang sesuai ikut saya untuk jarak ini. mungkin sebab terlalu jauh dan water station yang disediakan adalah pada jarak 6 km baru ada 1. ada juga lah dia merungut masa dah nak sampai garisan penamat. dia suruh saya berjalan bila nampak saya terus berlalari.. saya punya pesen kalau nak nak dekat garisan penamat, semangat nak sampai cepat tu membara dan akan cuba berlari dengan lebih cepat.
Satu lagi masa pada km 5 kasut yang saya guna dah mula rasa kurang selesa. saya rasa panas pada bahagian dalam kasut. Sebelum ini saya tak pernah ada masalah dengan kasut. mungkin juga sebab kasut yang saya pakai ni masih baru. ada guna 2 @ 3 kali untuk jogging tp x pernah guna untuk running event. Rasanya khidmat kasut saya yg lama masih lagi diperlukan untuk tujuan ini. kasut lama saya sy tinggal diofis utk tujuan fitness training saya. untuk elakkan dari lupa saya beli sebiji lagi yang diletakkan di rumah. lepas event ni saya terus tukar kasut. yang baru sy tinggal di ofis dan yang lama saya letak di rumah. perancangan akan datang kalau kasut lama saya rosak, saya nak beli brannd yang sama juga sebab selesa dengan kaki saya.
tamat larian, saya dapat medal ini. alhamdulillah. berjaya juga saya. rasa semangat pula nak cuba half marathon selepas ini. untuk pengetahuan, half marathon adalah sejauh 21 km.
selfie selepas tamat larian dan Azim sempat juga bergambar dengan maskot batman. malu-malu pulak dia masa bergambar ni.
habis larian, kami isi perut dengan roti jantan yang memang menjadi kegemaran Azim.
sekian celoteh saya. wassalam...
No comments:
Post a Comment