Thursday, 7 September 2017

Salam Aidil Adha 2017

assalamualaikum semua

rasanya masih belum terlambat lagi saya nak ucapkan salam aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat semua.  syukur alhamdulillah, tahun ini allah berikan rezeki kepada saya untuk melaksanakan ibadah korban.  memang kalau dah diizinkan oleh Tuhan segalanya akan berjalan dengan baik.  Sebenarnya saya tak merancang pun nak melaksanakan ibadah korban cuma last minit baru hati ini tergerak.  Dan memang rezeki saya, adalah sahabat saya mewar2kan dalam group wasap kekosongan 1 bahagian lembu untuk dikorbankan dan sedang mencari peserta yang berminat.   Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Korban dibuat pada aidiladha ke 2 dan penyembelihan dilakukan di tapak sembelihan di Kampung Buntal.  Pagi2 lagi jam 6 saya menuju ke Masjid dan bergerak bersama2 ke tapak sembelihan memandangkan saya kurang arif laluan ke situ.

inilah lembunya.  daripada baka jenis besar.  puashati sangat saya tengok saiz lembu ni...  waktu ni gerimis jadi saya tak dan nak ambil gambar lembu ni ketika di dalam kandang.  Sayu rasa hati mendengar takbir ketika sembelihan dilakukan.  mudah-mudahan korban saya diterima Allah dan Allah memakbulkan doa2 saya dan segala urusan saya dipermudahkan olehNya.  Aamiin....




di tapak ni cuma aktiviti menyembelih dan memotong lembu kepada beberapa bahagian sahaja sebelum dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa ke tempat melapah yang dibuat dirumah salah seorang peserta korban.  Kat sini saya jadi tukang memerhati sahaja.

 


bila sampai kawasan melapah saya terus tukar baju dan membantu melapah daging2 ini.  bila ramai2 memang semua kerja jadi cepat.

 




dan sebelah malamnya kami makan malam dengan sup gear box segar yang sedapp... Azim suka betul makan sup ini.



Saya berdoa semoga saya sekeluarga (anak2, ibubapa, adik beradik dan sahabat2 saya) dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan, juga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.  Semoga saya terus kuat mengharungi dugaan hidup ini...

sekian, wassalam

No comments: