pada hari pertama aidiladha terjadi fenomena Sun Halo yang jelas dapat dilihat oleh mereka yang berada disekitar Bandaraya Kuching. Fenomena ini terjadi bermula matahari naik hingga lah sebelah petang. gambar dibawah ini saya snap sekitar jan 12 tengahari di hadapan rumah saya.
saya selfie juga ye. bukti tu yang memang saya tengok dengan mata sendiri. bukan dapat daripada orang lain ye..
gambar yang dibawah ini saya dapat daripada kawan saya. yang ini disnap pada jam 10.50 pagi. memang saya tak dapat tengok sendiri sebab masa ni kami sekeluarga berada dalam bangunan tengah tengok movie. memang cantik betul pemandangannya.
sedikit info yang saya kongsikan berkaitan dengan fenomena ini hasil daripada perkongsian rakan2 dan carian di google.
Fenomena Halo merupakan lingkaran cahaya berbentuk bulatan seakan2 pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan dan bersudut 22 darjah. yang saya nampak tu adalah lingkaran yang mengelilingi matahari. Ia merupakan sejenis fenomena optik. Terdapat banyak banyak jenis halo tapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5-10 km di lapisan troposfera atas. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang panas macam di negara kita. Halo akan terjadi apabila cahaya matahari dibiaskan dalam ketulan ais yang membentuk heksagon yang terperangkap dalam atmosfera. Sun Halo berlaku apabila langit mempunyai berjuta-juta ketulan ais yang berlainan orientasi. Halo sangat besar. ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. ia tidak mengaitkan hujan akan turun. apabila melihat halo, pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. berhati2 juga jika ingin mengambil gambar halo.
sungguh besar keajaiban allah. kita sebagai hambanya perlu sedar dan munasabah diri. berbagai2 kejadian alam yang berlaku sebenarnya adalah petunjuk daripada yang maha Esa untuk kita semua. Janganlah lalai dan leka kerana sebagai hambanya kita perlu terus isqamah dalam ibadat dan sentiasa mengharapkan keredhaan dariNya.
sekian, coretan saya kali ini. wassalam...
No comments:
Post a Comment